Tauhu adalah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapis dad diambil patinya.Selalunya jika hendak memasak, kita mesti beli bahan dekat pasaraya yang mana ia akan jadi rutin kita setiap minggu.
Kini, bukan saja boleh dibeli , tauhu boleh di buat sendiri di rumah. Sudah pasti rasa lebih bersih, diyakini halal dan jimat wang. Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari Kak Zai . Boleh cuba cara puan Zai ni
Simpan di sini la..buat tauhu utk makan sendiri..tengok la alatan yg kita guna tu..jangan gelak tau.
Bahan-Bahan
Kacang Soya, cuka dan air
Cara membuatnya.
IKLAN
Rendam kacang soya semalaman
Bland..lps tu tapis..saya guna kain yg sama gk..
Masak..bila dh mendidih..masukkan cuka makan ..1kg kacang..1senduk cuka (senduk gulai) kacau2..
Biarkan st ..tunggu sampai naik berkeladak(berketul2)
Sediakan bekas dulu..raga plastik..alaskan ngn kain yg diguna utk tapis ai soya td..
Sauk la ngn senduk berlubang sampai habis..klu ada baki sikit2 lg..tuang dlm penapis teh ja..
Dh siap lipat kain tu kiri/kanan..ambil plastik pemotong sayur..letak ktatas..tindih la ngn lesung batu..tk pun batasimen ka..jgn terlalu berat..nnt isi tauhu keras..ringan sangat pun…nnt hancur bila potong..
Bila dh sejuk blh la potong..letak dlm air..dh boleh dimakan.
IKLAN
..resepi ni saya halalkan
Rujuk gambar
IKLAN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin ada antara kita menolak untuk makan nanas kerana pengalaman sebelum ini bila tiap kali makan nanas mesti rasa pedih atau gatal lidah. Tapi tahukah anda kenapa ada yang rasa begitu? Kadang-kadang pelik juga nak menjawab persoalan ini bukan?
Menurut perkongsian di fb Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, lidah boleh lidas(gatal/pedih) adalah kerana nanas mengandungi bromelain, sejenis enzim yang boleh menguraikan protein. Bromelain ini boleh menjejaskan lapisan protein mukosa pada permukaan lidah, menjadikan lidah sensitif kepada asid pada jus nanas.Iritasi asid pada permukaan lidah yang terjejas itulah yang menghasilkan rasa lidas.
Enzim yang banyak terkandung dalam empulur(teras) nanas ini juga bertanggungjawab atas beberapa teori yang dikaitkan dengan nanas, antaranya:
.
Nanas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan?
Masyarakat kita percaya bahawa nanas ini tajam, dan boleh menyebabkan keguguran jika dimakan di awal kehamilan.
Di sudut perubatan, bromelain didapati boleh menyebabkan pengecutan rahim, namun sebiji-dua nanas tidak mengandungi dos bromelain yang cukup untuk menyebabkan keguguran.
Hakikatnya, nanas adalah buah yang elok dimakan kerana ia kaya dengan vitamin C, anti-oksida dan berserat tinggi.
.
Nanas lebih berkesan membunuh sel kanser daripada ubat kimoterapi?
Terdapat pula teori yang mengatakan bromelain mempunyai kuasa membunuh sel kanser 10 ribu kali lebih baik daripada ubat kimoterapi.
Teori itu juga mendakwa, bromelain akan mengurangkan keperluan dos sesuatu ubat kerana bromelain setelah menguraikan dinding sel, ubat akan lebih mudah menyerap ke dalam sel.
Dua-dua teori ini tidak berasas. Tiada kajian perubatan yang sahih membuktikan dua teori ini. Nanas cuma kaya anti-oksida, iaitu unsur kurangkan risiko kanser.
Bromelain ada digunakan dalam bidang perubatan untuk mengurangkan keradangan dan untuk rawatan luka. Ini sahih.
.
Nanas boleh digunakan untuk melembutkan daging?
Ini dakwaan berasas. Sifat bromelain yang boleh menguraikan protein akan menyebabkan daging(protein) menjadi kurang liat.
Namun, kena perap daging dengan jus nanas segar sebelum masak, kerana bromelain akan terurai jika dipanaskan.
Oleh kerana itu, tak boleh guna jus nanas terproses dan nanas tin untuk melembutkan daging. Ia tak akan berkesan.
KESIMPULAN: Ada banyak petua dan teori yang berlegar di media sosial, namun tak usah percaya bulat-bulat. Dapatkan nasihat daripada individu bertauliah.
Bagi masyarakat di Utara tanahair, ikan pekasam umpama makanan wajib bagi masyarakat di sana. Penambah selera kala buntu dan jemu dengan sajian menu setiap hari.
Makan nasi panas dengan ikan pekasam juga sudah cukup memadai. Tak perlukan lauk pauk yang lain. Memang bangkit selera.
Kebiasaannya kita hanya membeli pekasam di kedai sahaja. Maklumlah tak pernah terfikir cara untuk menyediakannya sendiri di rumah. Pun begitu rasa yang kadang-kala sedap dan ada juga yang kurang buat kita rasa geram dan tak puas
bila makan.
Jawapannya tentu sahaja buat sendiri di rumah adalah pilihan terbaik. Sebenarnya mudah sahaja nak hasilkan sendiri ikan pekasam di rumah. Ikuti perkongsian ini. Senang je nak buatnya.
Bahan-bahan:
Beras yang siap dibasuh & ditoskan sehingga kering
Garam kasar
Ikan yang siap dibersihkan
Caranya:
Langkah 1:
– Gaul rata ikan yang siap dibersihkan tadi dengan garam kasar.
– Masukkan juga garam kasar ke dalam bahagian dalam ikan.
– Perap ikan tersebut di dalam bekas yang ditutup rapat selama 3 malam
Langkah 2:
– Goreng/sangai beras yang siap dibersihkan tadi hingga menjadi keperangan.
– Goreng dengan api yang sederhana.
Langkah 3:
– Kisar beras yang siap digoreng tadi.
– Kisar jangan terlalu halus.
Langkah 4:
– Masukkan sedikit air putih ke dalam beras yang siap dikisar tadi.
– Gaul rata
Langkah 5 :
– Bersihkan dahulu ikan daripada garam kasar.
– Gaul ikan yang siap dibersihkan tadi bersama beras yang siap dikisar yang dicampur dengan air.
– Gaul rata
– Masukkan sekali beras ke dalam bahagian dalam ikan.
Langkah 6 :
– Perap ikan yang siap digaul dengan beras perang yang siap dikisar di dalam bekas yang rapat.
– Pastikan tiada lalat atau serangga kecil dapat masuk ke dalam bekas tersebut.
– Perap sekurang-kurangnya 14 hingga 21 hari.
Setelah 21 hari diperap di dalam bekas.
Selamat mencuba!
Kredit: Sue Ketom Ketom
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Zaman sekarang ramai wanita yang menhadapi masalah selepas bercerai. Ini mungkin kerana kurang pengetahuan dan panduan dalam sesuatu hal. Contohnya tidak tahu cara menuntut...