Siapa yang tidak kenal dengan susuk tubuh pendakwah selebriti ini. Pendekatannya yang cukup lembut dan sederhana membuatkan ramai yang  kagum, tak kurang yang suka dengan cara tersebut. Ke mana sahaja dia berdakwah, pasti terkesan dihati sehingga menimbulkan keinsafan dihati individu tersebut.

“3 Anak Belajar Di Mesir, Tak Tahu Mak Kerja Lorong.” Ustaz Ebit Lew Santuni Mak Nyah Di Lorong. Kata Netizen, Inilah Ustaz Adam ‘In Real World’

Baru-baru ini Ustaz Ebit Lew menyantuni golongan mak nyah atau wanita yang bekerja di lorong-lorong. Menurut Ustaz Ebit Lew, golongan ini cukup tersentuh dengan nasihat yang diberikan memandangkan sebelum ini tiada yang berbuat demikian pada mereka.

“3 Anak Belajar Di Mesir, Tak Tahu Mak Kerja Lorong.” Ustaz Ebit Lew Santuni Mak Nyah Di Lorong. Kata Netizen, Inilah Ustaz Adam ‘In Real World’

“2 malam tadi terus pergi ke lorong-lorong jumpa transgender/maknyah dan wanita-wanita kerja lorong. Menangis selepas jumpa mereka. Tak berhenti mereka cakap terima kaseh datang. Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat. Itu paling buat saya sebak dihati.

“Sebak menangis bila dapat jumpa saudara yang baik yang diuji dalam kehidupan. Ada seorang ni mula kerja lorong dari umur 11 tahun lagi.Untuk sara dan bantu keluarga adik beradik. Sehinggalah hari ini. Menangis saya dengar. Ada dari 14tahun dan 15 tahun. Saya peluk transgender maknyah mereka terharu sebak. Tak peluk wanita.

Ads

Menurut Ustaz Ebit lagi, biarpun sedar halal dan haram pekerjaamn tersebut, namun mereka tiada pilihan lain demi kesinambungan hidup. Sehinggakan ada yang sudah lama belakukan pekerjaan tersebut. lebih memilukan ada antara anak-anak tidak tahu pekerjaan sebenar ibu mereka.

“3 Anak Belajar Di Mesir, Tak Tahu Mak Kerja Lorong.” Ustaz Ebit Lew Santuni Mak Nyah Di Lorong. Kata Netizen, Inilah Ustaz Adam ‘In Real World’
.
“Mereka bawa saya ziarah semua wanita dan transgender yang kerja lorong. Banyak soalan mereka. Saya sedih tengok tempat kerja mereka. Bilik panas dan sempit. Ada yang yang tadi belajar solat dan lain-lain. Bila mereka tekun dengar nasihat. Ramai tinggal tempat kerja mereka sedangkan malam ini malam minggu ramai orang. Mereka terus ikut dan banyak dapat berbual dengan mereka. Mereka sedar jelas halal dan haram

“Ada seorang kakak ni dah lama kerja ini. Suami dah takde. Dari 13 tahun. Sampai sekarang kerja lorong. Anak 3 orang belajar Mesir. Bila anak minta duit dia bagi dan anaknya tak tahu kerja maknya. Dia seorang diri besarkan anaknya. Saya doakannya dapat keluar dari kerja semua ini dan anaknya dapat bantu ibunya. Sedih menangis kakak tu.
.
Tambah Ustaz Ebit lagi, ada antara mereka yang  menangis seorang diri kuat berdoa minta Allah beri kekuatan dalam perjalanan menjadi hamba Allah dan rindukan keluarga.

“3 Anak Belajar Di Mesir, Tak Tahu Mak Kerja Lorong.” Ustaz Ebit Lew Santuni Mak Nyah Di Lorong. Kata Netizen, Inilah Ustaz Adam ‘In Real World’
.
“Pohon doa nak teruskan program 3hari Motivasi untuk mereka semua. Hari tu ramai dari seluruh Malaysia datang sukarela nak belajar solat dan semuanya selama 3hari 2malam saya buat di Port Dickson. Mereka azam nak ikut bersama.

Ads

“3 Anak Belajar Di Mesir, Tak Tahu Mak Kerja Lorong.” Ustaz Ebit Lew Santuni Mak Nyah Di Lorong. Kata Netizen, Inilah Ustaz Adam ‘In Real World’

“Pohon doa semua yer buat saya dan mereka semua dan semua manusia didunia ini. Supaya kita semua sama-sama disayangi Allah dan diampuninya. Ya Allah diriku mengadu betapa lemahnya dan kekurangan dalam dakwahku. Maafkanlah diriku. Mereka semua baik-baik -ebitlew

View this post on Instagram

12malam tadi terus pergi ke lorong-lorong jumpa transgender/maknyah dan wanita-wanita kerja lorong. Menangis selepas jumpa mereka. Tak berhenti mereka cakap terima kaseh datang. Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat. Itu paling buat saya sebak dihati. Sebak menangis bila dapat jumpa saudara yang baik yang diuji dalam kehidupan. Ada seorang ni mula kerja lorong dari umur 11 tahun lagi.Untuk sara dan bantu keluarga adik beradik. Sehinggalah hari ini. Menangis saya dengar. Ada dari 14tahun dan 15 tahun. Saya peluk transgender maknyah mereka terharu sebak. Tak peluk wanita . Mereka bawa saya ziarah semua wanita dan transgender yang kerja lorong. Banyak soalan mereka. Saya sedih tengok tempat kerja mereka. Bilik panas dan sempit. Ada yang yang tadi belajar solat dan lain-lain. Bila mereka tekun dengar nasihat. Ramai tinggal tempat kerja mereka sedangkan malam ini malam minggu ramai orang. Mereka terus ikut dan banyak dapat berbual dengan mereka. Mereka sedar jelas halal dan haram . Ada seorang kakak ni dah lama kerja ini. Suami dah takde. Dari 13 tahun. Sampai sekarang kerja lorong. Anak 3 orang belajar Mesir. Bila anak minta duit dia bagi dan anaknya tak tahu kerja maknya. Dia seorang diri besarkan anaknya. Saya doakannya dapat keluar dari kerja semua ini dan anaknya dapat bantu ibunya. Sedih menangis kakak tu. . Mereka kadang menangis seorang diri kuat berdoa minta Allah beri kekuatan dalam perjalanan menjadi hamba Allah dan rindukan keluarga . Pohon doa nak teruskan program 3hari Motivasi untuk mereka semua. Hari tu ramai dari seluruh Malaysia datang sukarela nak belajar solat dan semuanya selama 3hari 2malam saya buat di PortDickson. Mereka azam nak ikut bersama. Pohon doa semua yer buat saya dan mereka semua dan semua manusia didunia ini. Supaya kita semua sama-sama disayangi Allah dan diampuninya. Ya Allah diriku mengadu betapa lemahnya dan kekurangan dalam dakwahku. Maafkanlah diriku. Mereka semua baik-baik -ebitlew #dakwahsebenarjalanan #doortodoorebitlew #astroaosis #PertubuhanKasihUmatMalaysia #jemputbawakeluargasunnah #tourOktober2019 #www.keluargasunnah.com @elews_design @paramountcoffeehouse #isterikubidadari #ebitlew #transgender

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Ads

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan memuji cara dakwah Ustaz Ebit pada golongan ini.

irfnzlkfle bukti yg org macam ni lebih hargai nasihat org lain. cuma mereka sukar untuk dapatkan org yg sudi beri nasihat pada dia org dekat tempat macam tu. terima kasih ustaz jalankan kerja dakwah ni kalau tak tak ada siapa la yg sanggup buat macam ustaz buat.

n_syazwani Allahuuu.. Akak tu anak2 berjaya smpai belajar kt mesir..

beemurff The greatest gift you can give someone is your time because you’re giving a portion of your life that you will never get back ✨

nasxf.khan Inilah baru bolh dikatakan mengikut Sunnah nabi love you ustaz ebit we all support you insyaallah

aimann.azizan Allahuakbar…. ustaz…. sungguh besar jasa ustaz.. sungguh hebat dakwah ustaz…. semoga ustaz dan keluarga diberi kesihatan berpanjangan dilimpahkan rezeki…

rozelle_signature Sebab tu don’t judge a book by its cover. X smua org pilih nk jd cmtu. Kdg keadaan memaksa

muhammadadib94 Ya Allah.. kuat nya Ustaz… tersentuh sy melihat Ustaz berdakwah.. semoga Allah merahmati Ustaz Dunia dan Akhirat.. sesungguh nya mereka smua ade terdetik nk brubah akan ttapi kekangan hdup serta xkuat pegangan mnghalang mereka dari berubah.. terima kasih Ustaz kerana berani berdakwah dgn cara ini. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar.. ???

Pujian turut diberikan oleh selebriti kepada beliau.

matredho MasyaAllah..terima kasih tuan kerana ade masa untuk Motivasi kepada mereka

zarinazainuddin_ ❤️❤️❤️ Ya Allah ustaz indahnya budi luhurnya pekertimu ustaz ,semuga dipermudahkan amalanmu dunia akhirat,amin

Inilah ‘ustaz Adam di dunia sebenar.

ayunajib Wujudnya rupanya ustaz Adam di dunia realiti? tahniah ustaz. Andai Rasulullah masih ada pasti dia gmbira dakwah meluas begini. Smoga dpmudah utk stiap langkah ustaz berdakwah.

azwaaa_ “Ustaz Adam” in real life. Semoga Allah permudahkan dakwah ustaz

norabudy The real “ustaz Adam” !SubhanaAllah.Moga Allah merahmati ,memberkati usia Ustaz demi menyebar baik dan menyantuni semua golongan .Allaahu..baiknya ustaz. Moga semoga kita bersangka baik dan menjadi baik hati orangnya..Aamiin ❤️

Tak terus jatuh hukum

encik_polarbear Kalau perasan dan ikut perkembangan ustaz ni dakwah, dia xpernah keraskan bab hukum . Itu ini haram, itu ini x boleh. Dia x terus jatuhkan hakum . Apa yg dia buat, dia sentuh hati dan akal orang dlu dengan lembut. Bila hati tersentuh, halal haram.tu sendiri akan belajar n ambil tau

umzanurain73 Allahuakbar berkaca mata saya ustaz ?. Ustaz memang manusia yang sangat hebat. Bertuahnya isteri dan anak-anak ustaz. Semoga Allah permudahkan semua urusan ustaz. Insya Allah.

xiy_halik For those yang bergelar da’i or DLL tu tolong contohi ustaz @ebitlew . Alhamdulillah takdak langsung dari hati dan kata-kata dia yang nak menghina atau mengeluarkan kata-kata kesat . Inilah satu satunya yang betol betol mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W . Bukan nak bandingkan laa ehh tapi manusia sekarang nampak LGBT semua tu sebagai akhir zaman , tapi diorang lupa yang terhegeh-hegeh cari pasal dengan orang (awie mbr) tu yang diorang agungkan , ayatnya ” bagus awie ni laa jihat pertahankan islam , biar kasar diorang bukan boleh tegor ringan-ringan nanti tak jadi ” yaAllah boleh dikatakan punya banyak komen yang support benda macam tu . Kawan kawan kita sebagai manusia cuma boleh tegur dan berdoa agar diorang berubah itu saja , janganlah korang nak ambik tugas Allah S.W.T hukum orang suka hati jangan ambik tugas Malaikat catat salah orang . Semoga kita terus dirahmati Allah S.W.T ✨ Terima kasih ustaz @ebitlewkerana membuka mata ramai pihak semoga ustaz dirahmati Allah S.W.T ? Aminnnnnnnn??

Sumber: IG ebitlew

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI