Sebagaimana yang dilapurkan oleh Mstar, Harry Zulkifli, 26, sentiasa berdoa agar dipertemukan semula dengan bapa kandungnya, Zulkifli Harun yang terpisah ketika berusia setahun. Oleh sebab itu, dia tidak pernah melihat wajah bapanya selepas kedua orang tuanya berpisah kira-kira 25 tahun lalu.

Namun, tarikh 20 Julai 2018 menjadi detik paling bermakna dalam hidup Harry apabila dia ditakdirkan bertemu semula dengan bapa kandungnya. Dan detik ini turut dikongsi melalui akaun ig miliknya dan ditonton hingga kini seramai 520,915 orang.

25 Tahun Terpisah & Belum Pernah Menatap Wajah. Akhirnya Bapa & Anak Ini Bertemu, Cukup Menyentuh Hati!

Inilah detik pertemuan menyentuh hati yang berlaku di tempat parkir sebuah pusat membeli belah di Larkin, Johor dikongsi Harry di Instagram.

Dan tentunya daripada perkongsian tersebut menimbulkan banyak persoalan daripada orang ramai tentang bagaimana boleh terpisah, kenapa ingin bertemu semula, cara menjejaki dilakukan, apa perasaan dan berbagai-bagai lagi terus ingin diketahui akan kisah sebenarnya. 

Dan ini jawapan  Harry untuk semua persoalan.

Ads

Sebab2 saya tak putus asa

Posted by Harry Zulkifli on Saturday, 21 July 2018

 

Antara isi kandungan video tersebut adalah seperti :

  1. Harry dilahirkan di Hospital Johor tetapi sijil kelahirannya direkodkan lahir di Kuching, Sarawak.
  2. Ibu bapa berpisah kerana konflik dan akhirnya Harry dibawa oleh ibunya ke Sarawak.
  3. Sepanjang membesar sering menanyakan perihal ayah kepada ibunyanya. Namun ibunya menunjukkan perasaan marah. Disebabkan hormat dengan perasaan ibu, Harry tidak lagi terus bercerita tentang hal ini dengan ibunya.
  4. Bila sudah bekerja dan makin besar, selalu cakap nak cari ayah. Bila main fb atau ig cuba search nama Zulkifli bin Harun. Memang banyak tapi saya tak tahu wajahnya, jadi usaha mencari tidak dapat dibuat.
  5. Bila balik raya ke Kuching, baru-baru ini ibunya tunjukkan sesuatu di fb, iaitu wajah ayahnya yang selama ini dicari.
  6. Bila balik KL, Harry cuba stalker fb ayahnya dan ikhtiar terus dilakukan untuk dapat bertemu.

Alhamdulillah, potret ini menceritakan segala-galanya. Usahanya selama ini dipermudahkan Allah. 25 Tahun Terpisah & Belum Pernah Menatap Wajah. Akhirnya Bapa & Anak Ini Bertemu, Cukup Menyentuh Hati! 25 Tahun Terpisah & Belum Pernah Menatap Wajah. Akhirnya Bapa & Anak Ini Bertemu, Cukup Menyentuh Hati!

Ads

 

Dalam 11 orang adik beradik. Dia ni yang paling bungsu. Orang panggil dia baby. Dah besar pun masih panggil dengan gelaran baby. Comel jee. Sempat bawa dia pergi mall. Katanya rindu nak main game.

Saya  pernah ada adik sebelum ni. Lama saya tenung adik2 saya. Sayang semua kerana Allah. Masing2 dengan peragai mereka sendiri. Kebanyakan adik2 saya mirip muka saya sikit2. Gembiranya.

Yang buat saya teruja. Hubungan kami semua seolah olah sudah kenal bertahun lama. Tak rasa kekok, tak rasa jangal. Sikit2 tu biasa. Mungkin hanya pada awal pertemuan. Bila dah duduk semeja. Makan semeja. Tidur serumah. Semua jadi akrab.! Masing2 bercerita tentang latar belakang masing2. MasyaAllah. Saya tahu Allah yang bantu semua ni. .

Ads

Alhamdulillah, sempat berkongsi banyak perkara dengan adik2. Keluarga memang sporting. Mereka juga paham siapa saya sebelum ini. Mungkin ada sebab kenapa Allah temukan kami sekarang. Tapi tidak semasa saya jahil dahulu. Saya yakin semua ini jadi sekarang ada sebab. Ada hikmah.!

Dalam 11 orang adik beradik. Saya No 2. Macam tak percaya kan.? Riuh rendah satu rumah bila berkumpul macam ni. Seronok sangat. Kenagan yang saya tidak boleh lupakan sampai bila2. .

Kadang2 saya selalu terfikir, mana datang kekuatan saya sekuat ini. Dengan banyak masalah dan dugaan yang datang. Dengan sehabis upaya nak berhijrah. Nak istiqomah lagi. Bukan mudah bagi saya. Jujur saya kata berat. Tapi sekarang saya rasa betul2 lega. Rasa tenang.

Yang bermain di fikiran saya sekarang ialah, ” macam mana ibu saya terlampau kuat mengharungi hidup membesarkan saya selama 26 tahun.? ” maknanya, sekuat sekuat saya, kuat lagi ibu saya. MasyaAllah. Dialah ratu. Dialah princess. Dialah nyawa. Allah bantu ibu jadi kuat. Jelas lagi ibu saya selalu cakap baru2 ini. . ” bukan soal aku kuat.! Tapi aku TERPAKSA KUAT ”
.
Bila saya dengar ibu saya cakap ni. Saya sentap. Sekarang baru saya nampak jelas pengorbanan seorang ibu tunggal membesarkan anak nya. Sahabat semua, bagi saya. Ini rezeki paling besar yang Allah bagi kat saya. Dan ini juga satu tanggungjawab baru untuk saya. Saya kena nekad berubah. Saya kena maju ke depan. Kalau boleh, jangan pandang belakang dah. Betul tak.?

sumber : fb & ig Harry Zulkifli

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI