“25 Tahun Sudah ‘Lost Touch’ Pasal Baby, Masih Rebus Botol Susu Setiap Hari.” Umie Aida Dedah Masih ‘Old School’ Dalam Bab Jaga Bayi

Share

Baru-baru ini pelakon popular, Datin Seri Umie Aida berkongsi cerita mengambil seorang anak angkat perempuan diberi nama Nur Aisya. Dalam satu perkongsian, Pelakon Dukun itu mengakui awalnya tidak mempunyai perancangan untuk mengambil anak angkat, namun menyifatkan ia sebagai rezeki apabila bayi tersebut belum mendapat keluarga angkat lain.

Mengakui sudah lupa cara menjaga bayi memandangkan ia sudah ditinggalkan selepas 25 tahun, namun Umie berterima kasih kepada orang ramai yang selalu berkongsi tips penjagaan bayi dengannya.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Alhamdulillah, terima kasih atas tips tentang penjagaan baby, almaklum lah..25 tahun  saya sudah lost touch pasal baby, kalau ada apa-apa tips sudi kiranya share dengan saya ya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Umie turut akui dia masih  ‘old school’ terutama mengamalkan cara lama dalam penjagaan bayi.

“Oh ya, saya memang old skool, saya rebus botol susu baby selama 20 minit setiap hari, masalah yang timbul sekarang ini, penutup botol jadi susah nak tutup, apakah kesan rebusan itu.

“Dulu saya rebus botol anak-anak saya okay je, hmm.. zaman beredar, botol susu pun bukan direbus lagi ya?” tambahnya.

Perkongsian tersebut mendapat respond pengikutnya, rata-rata ada yang memuji dan tak kurang turut  memberi pelbagai cadangan kepadanya.

zarinazainuddin_ Steam aje awak.. ada sterlizer dah takyah rebus ???

eida_ismailofficial Pakai contact lens ye aisya ? semoga membesar sihat jd ank yg berguna.. Sy pon rebus juga botol ank..tp 2hari skali.. Bila air mendidih je terus tutup api..

tehazlina Kak umi nanti beli sterilizer. Mmg senang sangat x yah pening2.

east_reenz sy rendam dlm air panas yg hangat selama 5-10 min..ok xde ubah structure..lg cpt dan mudah..alhamdulillah

byaizamia.pinkish Beli warmer + sterilizer 2 in 1 je mak cun. Tak payah rebuihh dah ?

nurulasmanita oldskool yg comel gituwww

khalzuin_niku Alaahaaiii comelnya.. Anak kak umie sebaya anak saya rasanya ni.. dah 46 hari.. saya rendam jer botol susu kat dalam air panas lepas mendidih 30 minit.. nak rebus takut puting susu lama² lembik

Tak kurang ada yang memuji kecomelan anak angkat Umie Aida ini.

arfahhani_ Ala… Comelnya awk.. Cantiknya mata awk.. Manisnya senyuman awk.. Auntie doakan awk jadi anak yg solehah berjaya dunia dan akhirat.. Menjadi sahabat Al quran setiap masa.. Aamin..

afiqahzainuddin_ Cantiknyeeeeeeee…secantik namanya…moga sentiasa sihat & menjadi anak yg solehah…aamiin ya rabbal alamin

mommyhannanshah Come nyaaa…anak mata tu cantik, lain color dia ?

Sumber: IG umieaida9