Bukan mudah untuk membuang tabiat yang telah sebati dan menjadi darah daging sejak berpuluh tahun lamanya. Namun tiada apa yang mustahil jika diiringi tekad yang teguh dan kesediaan untuk berubah.
Inilah yang ingin dikongsikan oleh saudara Khairul Abdullah, bagaimana dia berjaya berhenti merokok setelah bertahun berbuat demikian.
Berikut 6 Perkara Yang dilakukannya. Semoga perkongsiannya mendapat manfaat dan menjadi panduan buat perokok tegar di luar sana yang ingin berhenti merokok.
Aku Buat Sehingga Berjaya Berhenti Merokok.
Aku berhenti merokok sejak anak sulung aku lahir. Dah nak masuk 6 tahun lah jugak aku tak sentuh langsung rokok. Hisap apatah lagi.
Kenapa aku berhenti?
Sebab aku insaf selepas dapat anak. Tak mahu keluarga aku sakit sebab asap rokok aku. Jadi aku nekad untuk berhenti. Jadi, esoknya tu terus aku berhenti sampailah ke hari ini.
Takde slow down dulu, takde tukar ke vape dulu, takde guna benda alah apa pun. Berhenti serta merta begitu jer. Alhamdulillah berjaya walaupun pada bulan pertama tu siksa ya robbi menahan ketagihan. Maklumlah dekat 25 tahun jugak kot aku merokok.
Jadi nah aku kongsikan 6 perkara yang aku buat.
1. Niat
Aku perasan, yang nak berhenti rokok ni, paling penting adalah niat. Niat pulak kena disertakan rasa keinsafan dan keazaman atau kehendak yang tinggi. Kalau ada tiga benda tu maka ianya jadi lebih senang.
Kalau aku tak berniat dan takde sebab untuk berhenti rokok maka aku takkan ada motivation. Mudah gagal.
2. Berhenti serta-merta
Nak berhenti benda alah ni aku kena jadi orang yang nekad. Tak boleh teragak-agak.
“Errr awal bulan depan lah aku stop.”
“Ehh, bulan depan lah aku start.”
Kononnya, namun aku tak boleh gitu. Akan sering gagal.
Jadi, bila dah berniat dan berazam sahaja nak berhenti aku terus ambik keluar semua rokok yang ada dan hancurkan dan buang dalam jamban dan aku pam.
Aku tak simpan langsung sebatang dua atau sekotak dua buat backup kot-kot boleh membantu bila aku sangap teruk nanti.
Tidak. Tak perlu dikenang lagi.
3. Cari aktiviti pengganti
Aku mula tak keruan bila selesai makan dan bila aku masuk toilet nak melepas atau bila aku stay up kerja lewat atau bila aku pergi mamak atau makan dengan kawan. Jadi, lepas makan aku tak keluar pergi bawah pokok atau tempat yang kau selalu hisap rokok.
Kalau kat rumah, aku pergi dapur dan basuh pinggan, kalau kat restoran baik aku kutip nasi yang tumpah tu dan kira berapa butir. Aku perlu “kill the time”.
Kalau dalam toilet tu aku tak berlama macam selalu. Aku buat sepantas mungkin dan terus keluar.
4. Jangan berjumpa dan lepak dengan kaki rokok.
Dalam tempoh 40 hari pertama, aku sebolehnya elakkan terus lepak dengan kawan-kawan yang merokok. Tak payah keluar lepak mamak dalam tempoh tersebut.
Aku kena jauhkan diri dari rokok. Penampakan asap dan bau rokok tu bakal menambah ketagihan. Walaupun kau rasa macam namatey, aku gagahkan juga bertahan.
5. Dapatkan sokongan.
Benda baik gini kena dapat sokongan isteri, anak-anak dan juga ibu bapa. Aku telefon mak di kampung, bagitau dia yang aku nak berhenti rokok ni, minta dia doakan.
Aku bagitau isteri dan anak yang aku nak berhenti, walaupun anak aku tak faham sepatah haram pun waktu tu. Minta diorang sokong dan bagi semangat.
Minta diorang sibukkan aku dan penuhi masa terluang aku supaya aku tak teringat kat rokok tu.
6. Sokonglah diri sendiri.
Aku tahu aku nak buat benda baik ni. Jadi aku kena sentiasa positif. Aku selalu yakinkan aku yang aku boleh, aku boleh. Rasa nak merokok jer aku carilah benda lain, main game atau paling best bukak peti cari makan.
Jika waktu kerja aku lewat malam perlu ada rokok, maka aku carilah benda lain untuk dihisap seperti gula-gula atau chewing gum. Kalau takde gula-gula, bijik durian pun feel jugak.
Bila berjumpa kawan yang merokok, bila dioffer sepam dua, aku takkan sesekali mencuba. Kawan akan kata “Alah, sepam jer pun, takde hal lah.” No no no, aku takkan sentuh pun.
Aku kena percaya dengan diri aku. Yakinlah yang kita nak buat benda baik dan Allah akan permudahkan. Selain itu kena selalu berdoa.
Begitulah.
***
6 benda tu sahaja yang aku buat.
Dalam masa sebulan lebih tu memang sangap gila lah. Lepas 40 hari tu rasa dah macam ok jer. Lepas 3 bulan tu dah rasa tak kisah atau macam dah lupa. Cuma bila lepak dengan kawan maka godaan dia tinggi, jadi sebolehnya aku elakkan.
Alhamdulillah, aku berjaya.
Hari ni kau layan lah rokok cap apa pun depan aku, aku kool jer.
Tak teringin langsung.
Sekian.
KHAIRUL ABDULLAH
#TipsSuperDaddy