
Berhati-hati apabila memakai kantap pelekap atau contact lens kerana ia boleh memberi kesan jika lama dipakai. Pelakon yang juga juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM2019), Lisa Surihani baru-baru ini selamat menjalani rawatan lasik, iaitu pembedahan pembetulan penglihatan. Isteri kesayangan aktor Yusri Abdul Halim ini berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya lisasurihani.
Menurut Lisa, penggunaan kanta lekap selama 24 tahun memberikan kesan pada bahagian kornea matanya.
“Ini adalah gambar Lisa masa buat pemeriksaan mata 12 Disember 2019 yang lepas di @profmuhayaeyelasikcentre.
“Untuk yang tidak tahu, Lisa nak buat Flapless pada hari tersebut tapi nak dijadikan cerita, Lisa perlu tangguhkan pembedahan tersebut. Nak tahu sebab apa?
“Sebab… Penggunaan ‘contact lens’ bertahun- tahun ni (24 tahun guys) dah memberi kesan kepada struktur kornea Lisa!
Terdahulu, Lisa pernah memberitahu dia menggunakan kanta lekap sejak berusia sembilan tahun untuk penglihatan lebih jelas.
“Tapi… Alhamdulillah Lisa berjaya juga melalui pembedahan Flapless setelah menjalani sesi terapi mata yang membantu struktur kornea Lisa kembali normal!” tulisnya menerusi kapsyen di dalam instagram sambil memuat naik sekeping gambar.
https://www.instagram.com/p/B6z_B9KHnWN/?utm_source=ig_web_copy_link
“Suami Limited.” Netizen Sebak Doa Suami ‘Struggle’ Bagi Hadiah Gelang Emas Pada Isteri.

Pasangan suami isteri yang saling melengkapi antara satu sama lain sentiasa berusaha untuk menbahagiakan pasangannya.
Biarpun ‘struggle’ dalam kehidupan, namun hati tetap untuk memberikan kegembiraan buat pasangan.
Begitulah yang digambarkan dengan pasangan suami isteri ini. Menerusi perkongsian video di Tik Tik akaun kiedaamy97_ melihat bagaimana ikhlasnya seorang suami memberikan hadiah istimewa buat isteri tersayang.
Demi menghargai isterinya, suaminya menyimpan duit selama setahun tanpa pengetahuannya untuk membelikan hadiah.
Malah kata-kata suaminya ketika memakaikan gelang di tangannya mengundang sebak.
“Happy birthday ibu. Dimurahkan rezeki. Semoga berjaya dalam bidang perniagaan. Sambil mencari rezeki, menjaga anak.
“Terima kasih jaga makan minum abah. Abah simpan duit selama setahun untuk hadiah ibu.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perkara yang sama, sebak melihat kasih sayang ikhlas seorang suami yang menghargai isterinya yang menguruskan rumahtangga.
Apa yang pasti, tidak kiralah hadiah apa jua, yang penting sikap suami yang tahu menghargai isteri yang setia bersama ketika susah dan senang.
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Bahagia Bila Anak Dengar Kata, Ini 3 Doa Yang Dikongsikan Ustaz Ebit Lew!

Memilih untuk hidup aman damai dengan penuh kesederhaan dan bahagia bersama keluarga dan anak-anak adalah impian setiap manusia. Namun bahagia bagaimana yang kita impikan?
Menurut Ustaz Ebit Lew, bahagia tak datang dengan sendirinya jika kita sendiri tak berusaha untuk mencarinya. Cari bahagia kita bersama pasangan anda anak-anak. Tiga doa yang dikongsikan Ustaz Ebit Lew ini wajar kita amalkan.
“Untuk bahagia kena berjuang, berkorban dan berusaha. Ia bukannya boleh datang sekelip mata atau telan apa-apa pil bahagia. Tapi kena berusaha membawa ahli keluarga dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah dan dalam hati ada iman, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.
Suami dan isteri saling sayang-menyayang, anak-anak tak degil sebab masing-masing tahu jika buat baik Allah akan lebih sayang kerana sayang yang kita mahu itu semuanya kurniaan daripada Allah jua.
Makanya, bawalah ahli keluarga datang ke majlis ilmu, mendengar cerita kehidupan akhirat, cerita kehidupan Rasulullah s.a.w. Kita tak akan dapat bahagia bila tak bawa ahli keluarga kepada sunnah Nabi.
Amal 3 doa ini untuk bahagia:
1. Surah al-Furqan ayat 74
Amalkan doa ini selalu. Jangan tinggalkan ia. Ini adalah rahsia bahagia dalam kehidupan. Ia adalah doa paling mujarab untuk kebahagiaan dalam keluarga. Ia umpama kemuncak bahagia. Allah yang ajarkan manusia doa ini dalam al-Quran.
Maksud ayat ini: “Ya Allah anugerahkan kami pasangan yang menyejukkan mata dan beri keturuan zuriat yang dapat memimpin pada kebaikan.”
Allah yang beri rasa sayang dan cinta pada pasangan. Bila tengok rasa tenang dan bahagia walaupun tak banyak duit dan tak cantik atau handsome.
Keluarga bahagia adalah impian untuk pimpin tangan pasangan dan anak-anak masuk ke syurga Allah. Bawa mereka dekat pada Allah SWT. Syarat bahagia sebuah keluarga yang Allah dah tetapkan iaitu mengurniakan kita wajah pasangan yang menyejukkan mata dan pimpin ke syurga.
Bila kita pimpin pasangan dan anak-anak dekat dengan Allah mereka juga akan bahagia. Kalau kita nak bahagiakan anak-anak bukan bila mereka sedih kita bagi mainan, kita bagi gajet, kita bawa jalan-jalan. Kita sepatutnya bimbing anak-anak dekat dengan Allah SWT dan Nabi SAW.
2. Surah Ibrahim ayat 40
Macam mana nak suruh anak-anak mudah solat? Amalkan doa ini Insya-Allah anak-anak akan mudah solat, solat awal bahkan bersolat sunat juga.
Rab-bij ‘al-ni muqimas salati, wamin dhur-riy-yati, rabbana wata qabbal du-a’ i
Maksud ayat ini: “Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan zuriat keturunan aku orang yang menjaga solat.”
Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat reda Allah. Oleh itu kita kena dekatkan diri pada Allah. Doa pada Allah supaya kita dan zuriat keturunan jadi orang yang menjaga solat. Orang yang menjaga solat adalah orang yang dekat pada Allah. Ahli solat tidak akan mudah marah-marah, tak suka maki hamun, tidak mengeluh dalam hidup, tenang dalam hidup, tak cepat melatah, lidah jadi baik, tak menyakitkan hati orang lain.
Ahli solat akan sentiasa cakap baik, tak menyakitkan hati orang. Kalau anak kita suka anak cakap kasar dan tak reti nak cakap lembut sebenarnya ia bermula dengan diri kita sendiri.
Bila kita adalah orang ahli solat maka secara tak langsung kita juga orang yang sangat menjaga lidah dan tak cakap kasar pada pasangan dan anak-anak. Ibu ayah jangan terlalu kasar dan keras pada anak-anak 24 jam. Bertegas pada mereka itu perlu tapi jangan sampai anak-anak jadi tak suka dan takut pada kita.
Semakin anak-anak membesar mereka dahagakan kasih sayang dan pelukan ciuman dari ibu ayah. Oleh itu janganlah asyik tengok handphone 24 jam bila di rumah sampai lupa nak tengok dan peluk cium suami/isteri dan anak-anak.
Dalam hidup ini kita kena menghargai apa yang kita ada. Kadang-kala kita kurang mempunyai hati yang bersyukur dan menghargai apa yang ada pada kita.
Nabi s.a.w bersabda orang yang paling baik adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Bila kita syukur, Allah sayang kita. Bangunkan keluarga dengan kasih sayang dan peluk cium anak-anak setiap masa.
3. Surah al-Ahqaf ayat 15
Satu orang tanya pada Talhah r.a apa nak buat bila anak dia degil. Talhah r.a cakap baca surah al-Ahqaf ayat 15.
Maksud ayat ini: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Saidina Ali r.a berkata ini doa yang diamalkan oleh Saidini Abu Bakar As-Siddiq ketika umur 40 tahun dan Allah bagi semua ahli keluarganya memeluk Islam.
Sebarkanlah Ilmu Walaupun Sebesar Zarah..
Kisahnya Pernah Jadi Inspirasi Sebuah Iklan Raya, Kini Mak Cik Saadiah Sudah Tiada

Pasti ada yang masih ingat dengan sebuah iklan Raya yang cukup kreatif dan meninggalkan kesan yang mendalam hingga membuatkan ada yang berasa sebak bahkan ada yang menitiskan air mata. Iklan dimaksudkan adalah yang bertajuk “Mangkuk Tingkat Mak Teh” dan ia adalah sebenarnya diilhamkan daripada sebuah kisah benar, makcik Saadiah Abdullah.
Rutin makcik Saadiah mengayuh basikal dari rumahnya di Kampung Padang, Kuala Kenderong ke IPD Gerik sejauh lima kilometer setiap hari bagi menghantar makanan kepada petugas di situ walaupun suaminya telah meninggal dunia.
Terkini, memetik berita daripada Sinar Harian telah dilaporkan Saadiah Abdullah, balu anggota polis yang menyentuh hati orang ramai melalui rutin harian menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik selama 37 tahun meninggal dunia di sini pada Sabtu.
Allahyarhamah Saadiah, 84, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gerik sekitar jam 12.40 tengah hari selepas beberapa hari dimasukkan ke wad akibat sakit tua.
Kesihatan Semakin Merosot
Anak bongsunya, Wan Jelani Alias, 51, berkata, keadaan kesihatan ibunya yang lebih dekat dengan panggilan Mak Cik Saadiah itu mula merosot sejak bulan lalu selepas terjatuh di bilik mandi yang mengakibatkan strok sebelah badan.
“Keadaan kesihatan emak memang tak berapa baik dalam beberapa minggu ini dan sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital.
“Kali pertama dan kedua, keadaan emak selepas keluar hospital baik-baik sahaja, makan juga masih berselera. Cuma dalam tiga hari lepas, keadaan emak semakin uzur.
“Kami bawa semula ke hospital dan emak terpaksa menggunakan bantuan oksigen kerana keadaannya yang semakin tenat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Ibu Wira Di Hati Anak-Anak
Menurutnya, ibunya itu adalah seorang perwira dan pejuang sama seperti Allahyarham bapa, Alias Nik Daud yang terkorban dalam serangan hendap komunis ketika bertugas pada tahun 1975.
“Sepanjang hayatnya, emak tak pernah lupakan pengorbanan dan sejarah arwah bapa. Dia adalah perwira sebenar di hati kami,” katanya.
Jenazah Saadiah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Kuala Kenderong, Gerik pada jam 5.30 petang.
Wan Jelani berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham dan turut merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan orang ramai yang turut bersedih dengan pemergian ibunya itu.
Menurutnya, ibunya itu adalah seorang perwira dan pejuang sama seperti Allahyarham bapa, Alias Nik Daud yang terkorban dalam serangan hendap komunis ketika bertugas pada tahun 1975.
“Sepanjang hayatnya, emak tak pernah lupakan pengorbanan dan sejarah arwah bapa. Dia adalah perwira sebenar di hati kami,” katanya.
Jenazah Saadiah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Kuala Kenderong, Gerik pada jam 5.30 petang.
Sumber : Sinar Harian
ARTIKEL MENARIK: Cha Bang Ang, ‘Dessert’ Senang Nak Buat & Sangat Sedap Hasil Gabungan 3 Jenis Susu!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club