24 Jam Asyik Dengan Telefon, Dari Wasap Group Sampai Ke Games. Masa di rumah bazir macam tu je. Ini Sebabnya Kenapa Isteri Boleh Hilang Hormat Pada Suami

Share

Lumrahnya bagi setiap pasangan, awal-awal perkahwinan merupakan saat bahagia dan dipanggil zon berbulan madu. Pada waktu itu semuanya nampak manis dan indah, saling sayang menyayangi. Namun lama-kelamaan, mula nampak sikap sebenar.

Dalam perhubungan, it takes two to tango. Kalau sorang je yang beria takkan jadi. Sebab tu kena saling bertoleransi dan bantu-membantu antara satu sama lain. Isteri ni apabila dah tawar hati, rumah tangga automatik jadi kusam, tak ceria, ada anak cuma untuk pecahkan sunyi. Rasa hormat pada pasangan sedikit demi sedikit mula menghakis. Abila sudah kronik dan tidak dapat dibendung lagi, itulah yang menyebabkan berlakunya pergolakan dalam rumah tangga.

Hadamkan perkongsian saudara Mohd Fhais akan punca yang membuatkan isteri mula hilang hormat pada suami.


7 Punca Isteri Hilang Rasa Hormat Pada Suami

1 – Tak pandai urus duit

Macam mana isteri nak ada rasa hormat kalau tiap-tiap bulan isteri yang kena tanggung beli beras, sayur, daging, ayam, ikan susu anak dengan baju anak.

Gaji habis bayar hutang tu bukan alasan tuan tuan. Nafkah tu wajib di beri bukan ikut mampu tak mampu. Lagipun duit untuk di urus bukan untuk di habiskan.

2 – Tak pandai urus emosi

Isteri bukan tempat untuk melempias api kemarahan. Isteri layak di beri rasa cahaya kegembiraan. Macam mana nak ada rasa hormat jika suami sendiri tak hormat perasaan isteri.

Suami tak kaya boleh di terima lagi tapi suami yang tak boleh urus emosi ni sangat di benci kerana setiap hari isteri akan alami penderaan emosi yang teruk.

3 – Tak pandai urus masa

24 jam dengan telefon. Mula dengan wasap group lepas tu games, sampai ke sudah berkepit dengan telefon. Masa di rumah bazir macam tu je.

Susah isteri nak hormat suami kalau suami lebih suka berkepit dengan telefon daripada berkepit dengan isteri. Ada masa boleh main games, ada masa kena utamakan keluarga juga. Ingatlah bila susah nanti bukan telefon yang akan bantu tapi isteri juga yang membantu.

4 – Tak membantu urusan rumah

Suami patut jadi tempat isteri mengadu, tempat untuk bergantung harap bila ada masalah bukan sebaliknya. Suami fikir balik rumah nak berehat, nak dengar berita yang indah indah je, tak nak serabut kepala dengan masalah rumah. Salah!

Isteri harapkan suami balik ke rumah boleh membantu. Harap suami ada dapat la berehat sejam dua. Tapi hampeh, makin bertambah kerja ada la, di tambah kena layan suami macam raja pula. Rasa hormat hilang, timbul rasa menyesal pula.

5 – Tak peduli tentang anak

Tak ada isteri yang boleh hormat suami kalau anak sendiri pun tak ambil peduli. Baju anak, makan anak, sekolah anak malah anak sakit pun dia tak peduli. Semua isteri yang urus sendiri.

Buat anak sama-sama tapi yang susah jaga anak isteri seorang. Memang menyinga la kawan tu. Jangan harap la boleh hadir rasa hormat jika begini.

6 – Tak peduli tentang isteri

Keperluan isteri tak di penuhi. Kehendak isteri tak di peduli. Semua tentang isteri di anggap remeh! Lagi pandai isteri berdikari lagi hebat pula suami ambil kesempatan.

Bukan setakat isteri hilang hormat malah semakin meluat tengok muka setiap hari. Ini la punca terjadinya pergaduhan setiap hari. Kesian, anak-anak jadi mangsa.

7 – Tak matang

Macam mana nak ada rasa hormat kalau dah lama kahwin pun suami masih lagi tak matang matang. Masih lagi cakap ikut suka mulut, tak pernah nak dengar nasihat, tak pernah nak jaga perasaan isteri.

Malah isteri yang dah banyak menolong pun tak pernah nak tunjuk penghargaan. Masih lagi dengan ideologi orang perempuan buat kerja rumah, lelaki buat kerja berat. Orang perempuan kena layan suami, bukan sebaliknya.

Parah dan padah jika kalian terus begini.

Kahwin ni bukan cuma duduk satu rumah dah kira berkahwin. Kahwin ni kena duduk dalam satu kehidupan. Laki bini kena hidup sama-sama. Bukan kau dengan hidup kau aku dengan hidup aku. Itu lebih baik jangan kahwin.

Nak isteri hormat kita? Mudah je, hormati la mereka dan mereka pun akan hormati kita. Tak susah pun!

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais

Rasa hormat tak boleh di minta, ia akan datang sendiri bila kita layak menerimanya.

#notakekeluargaanfhais

t.me/CoretanFhais