Rumahtangga yang harmoni adalah idaman setiap pasagan suami isteri. Biarpun tidak kaya harta, tetapi hubungan yang erat akan menjamin kebahagian yang berkekalan. Ikuti pesanan oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah mengenai bagaimana peranan yang harus suami lakukan supaya hubungan dengan isteri semakin bertambah erat.
23 PESANAN BUAT SUAMI
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
Ads
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
Ads
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
Ads
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Menyedari isteri begitu meminati penyanyi Anuar Zain, semalam pelakon kacak Fizo Omar telah melakukan kejutan kepada isteri tercinta Mawar Karim.
Mawar yang sedang menjamah hidangan di kediaman kawan mereka, terkejut setelah Anuar Zain muncul.
Aksi sepontan Mawar telah mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan apabila Mawar terus memusingkan badan kebelakang dengan riak wajah gembira melihat penyanyi kesayangan ramai itu.
Berkongsi kisah dan pengalaman sepanjang tahun lalu bila anak-anak belajar secara online di rumah dan kitalah sebagai ibu ayah yang ‘mengajar’ anak-anak untuk setiap mata pelajaran, nyata bukanlah mudah.
Bukan sahaja cabarannya untuk mengingat semula ilmu yang pernah dipelajari di zaman bersekolah m, bahkan tidak dinafikan tahap pendidikan anak-anak kita sekarang jauh lebih kehadapan. Berbeza dengan zaman kita sebagai pelajar.
Ditambah pula dengan kerenah anak-anak, diakui bukan semua antara kita sabar mendidik anak. Jika awalnya kita lemah lembut menjelaskan atau mengajar, sudahnya jika berkali-kali tidak juga difahami oleh anak memang senang cakap kita akan ‘bertukar’, mungkin jadi singa hatta makhluk hijau sekali pun!
Membaca perkongsian daripada seorang suami ini juga nyata pasti ramai antara kita melalui perkara yang sama. Boleh senyum sendiri dibuatnya.
Ini perkongsiannya.
“Mak ajar tak sama dengan cikgu ajar…”
Proses pengajaran dan pembelajaran di rumah…PdPR…
KPM baru umum, sesi persekolahan bersemuka ditangguhkan berikutan peningkatan kes Covid-19…
Bini dah tepuk dahi dah…🤦♀️
Saya pun faham…sepanjang tahun lepas, dia salin satu-satu keje2 sekolah yang cikgu bagi…habis salin, dia panggil anak buat…rujuk buku teks, cari jawapan…dia sambung memasak…habis memasak, dia check keje sekolah anak…anak buat silap…dia salin sekali lagi keje sekolah tu, dia tutup api dapur, dia duduk sebelah anak, dia start “MENGAJAR”…
Saya ni work from home (WFH) …
Saya nampak, saya perati sambil tengah meeting online…
Sebelum nak ajar anak, dia baca dulu buku teks…lepas khatam bab atau tajuk yang perlu diajar tu, dia tgok soalan yang cikgu bagi…dia cari jawapan dulu, dia ingat dalam otak dia, pastu dia ajar…
Tak kata kat dia la, silibus budak2 sekarang bukan sama macam silibus kita dulu2…sekarang dah banyak soalan KBAT…seawal sekolah rendah pun soalan2 dah tricky…kita dulu ni darjah 1 smpai 3, dok belajaq menulis dan mengira lagi…yang xtak tau tulis pun ada lagi sampai kena masuk kelas pemulihan…darjah 3 pun ada yang tak pandai baca…sungguh, bukan nak buat cerita…
Kadang-kadang kan, anak sendiri ni pun haru biru jugak…masa mak dia dah boleh mengajar, dia kata dia lapaq, dia nak makan…takpa, p makan dulu…habis makan, dia kata pulak dia dah set cerita kat TV, dia nak tengok…mak dia marah, mak dia tutup TV…dah tu, sekali dengan kita pulak takleh tengok TV…baru belajar 5 minit, dia kata dia mengantuk la, nak berak la…macam-macam…
Perlu diakui yang cara mengajar cikgu-cikgu dan mak-mak ni tak sama…
Cikgu tu memang belajar cara untuk mengajar…Well trained, well educated…bini kita ni, walaupun educated, tapi not well trained…bila anak tak berapa nak boleh jawab, dia terang lagi…kali kedua ok, kali ketiga dia dah angin…bila berkali-kali, dia dah bukan macam bini sendiri dah…
Kita yang tengah meeting ni kalih tengok dia, dia tengok ja kita, cepat-cepat kita tengok balik skrin laptop…tunduk rapat, tak bangun dah kepala tengok dia…boleh tembuih dinding cara dia tengok tu…macam kita pulak buat salah kat dia…
Fuh, seriau, takut ooo bila bini jadi lagu tu…now, this situation will repeat again…anak2 kena start sesi persekolahan 2021 dgn pengajaran dan pembelajaran dirumah (PdPR)…
Dia pasti akan BERTUKAR lagi…😁
Jangan memandai suruh saya yang ajar anak…kalau saya ka, tak paham sekali, terbang dah anak tu sampai umah tok wan depa…
Pakcik tak kuat, bab ni pakcik pantang…senipis kulit bawang je kesabaran pakcik…
Sumber : Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang mengikuti pelakon jelita, Emma Maembong, mesti tahu bahawa sekarang ini dia sekeluarga sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci.
Semalam, di samping berkongsi gambar-gambar sesama di sana, Pelakon Emma ada berkongsi di bahagian kapsyen tentang kisah doanya pada tahun 2019 yang diangkat satu per satu mengikut permintaan diri.
Menerusi hantarannya di laman Instagram, Emma menyatakan bahawa dia memohon doa agar dipercepatkan jodoh pada tahun 2019 di hadapan Kaabah dan doanya diangkat pada tahun seterusnya.
Malah, sekali lagi, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Binti Ismail dijemput ke Mekah untuk menunaikan ibadah bersama suami, Muhammad Shazli Azhar dan anaknya, Shariq Gabriel.
Susulan daripada itu, pelakon tersebut meluahkan rasa syukur kerana doanya didengari dan dimakbulkan mengikut kemahuannya.
“2019 Emma berdoa depan kaabah untuk percepatkan jodoh , doa Emma nak kawin next year tu jugak, dan setahun kemudian 2020 alhamdulillah Allah makbulkan doa Emma, Emma kawin dan telah di kurnia kan anak dalam tahun yang sama seperti apa yg Emma doa kan.
“Dan tahun ni emma diberikan rezeki utk dtg balik ke kaabah bersama suami @shazli.a dan anak @shariqgabriel , Ya Tuhan Sekalian Alam, Tuhan Maha Mendengar Lagi Berkuasa, terima kasih kerana mengkabulkan doa ku, syukur ya rabb ❤️😭” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitip doa yang baik-baik untuk Emma dan sekaligus berharap agar Emma dan adik beradik yang lain kekal menutup aurat.
Sumber: Instagram @emma_maembongofficial
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.