Peguam syarie yang mewakili pelakon Nur Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan akan memfailkan kes baharu berkaitan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.
Fakhrul berkata, perkara itu perlu difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.
“Terma persetujuan juga sudah direkodkan termasuklah nafkah edah, anak dan apa-apa yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.
“Hak penjagaan akan rekodkan di Mahkamah Tinggi Syariah sebab bukan bidang kuasa di Mahkamah Rendah.
“Kami kena failkan kes baharu di Mahkamah Tinggi untuk merekodkan persetujuan yang tercapai dalam perjanjian. Tarikh belum ditetapkan sebab baru boleh difailkan,” katanya ditemui pada prosiding kedua kes perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi.
Sementara itu, Fattah berkata, biarpun Fazura mendapat hak jagaan ke atas Fatima, namun dia masih mempunyai peluang untuk bertemu dan bermalam dengan anaknya itu.
“Betul hak jagaan anak diberi kepada Fazura, tapi kami ada perjanjian yang perlu dipersetujui bersama.
“Antaranya saya dapat hak lawatan untuk berjumpa Fatima dan bermalam dengannya, Alhamdulillah,” katanya.
Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!
Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Bodoh Tak Apa Lagi Tapi Jangan Tipu Aku.” Kak KM Pantang Kalau Anak Menipu!
Liana Rosli atau mesra disapa sebagai Kak KM dilihat sebagai seorang ibu yang sangat menyayangi serta menyokong anak-anaknya. Bahkan jika mereka cemerlang dalam pelajaran, usahawan ini tidak akan teragak-agak untuk memberi ganjaran yang besar kepada mereka.
Biarpun dia seorang ibu yang selalu memanjakan anaknya, Kak KM berkongsi tentang perkara yang membuat dia marah pada anak-anak. Hal ini ditanyakan oleh follower Kak KM dan dia tidak bersembunyi tentang hal tersebut.
Menurut ibu beranak empat ini, dia tidak kisah kalau anaknya kurang pandai dalam pelajaran tetapi yang paling menjadi kepantangan buat dirinya adalah sekiranya mereka menipu. Dia turut menerapkan nilai bahawa anak yang menipu ibu, hidup mereka tidak akan selamat.
“Jangan menipu aku, aku benda lain tak ada hal. Aku sekolah bodoh pun tak apa lagi tapi jangan menipu aku.”
Jom tonton video ini;
@sweetdarakmbeautyjanga sesekali menipu org tua …
Namun kata Kak KM setakat ini anak-anaknya tidak pernah membohongi dirinya lagi tetapi dia tidak menafikan sekiranya di ‘belakang’ dirinya ada mereka berbuat begitu. Dia mengatakan tidak selamat anak yang menipu kedua orang tuanya jadi dia menitipkan pesanan pandai-pandailah untuk mereka fikirkan tentang hal itu.
Sebenarnya sebagai ibu ayah, memang kita tak harapkan banyak dari anak-anak. Mereka mempunyai peribadi yang baik serta bersikap jujur dengan kita adalah satu nikmat yang sangat kita syukuri. Memang benar kata anak kepada pelakon lagenda, Normah Damanhuri ini apabila perkara yang menjadi kepantangan untuk dirinya adalah apabila anak-anak menipu.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Buang Rahim & Payudara Akibat Kanser. Dek Kerana Suami Yang Penyayang & Sabar, Wanita Ini Mampu Terus Hidup Bahagia!
Mendengar perkongsian daripadanya Puan Noor Diyana Mohamed Zukri, 36 sebagai canser servival, cukup menyentuh hati. Bukan calang-calang orang mampu berada ditempatnya kini, punya semangat yang luar biasa hatta sepanjang bercerita tidak sedikit pun menitiskan air mata. Begitu sabar bercerita satu persatu tentang penyakit yang ditanggungnya kini.
2014 Disahkan kanser
Pada mulanya saya tidak menyedari sebarang perubahan pada diri yang menunjukkan saya tidak sihat, semuanya normal. Hingalah pada suatu hari, sedang saya bersabun dapat rasakan ada benjolan di payudara. Risau dengan keadaan itu, saya pergi ke klinik biasa dan kemudian direfer ke hospital.
Apabila dibuat pemeriksaan, benarlah ada ketulan sebesar 4.5-5 cm dan pembedahan harus segera dilakukan. Dan ketika ini tujuannya hanya untuk mengeluarkan ketulan tersebut, dan siapa menduga selepas 4 hari di bedah barulah didiognos saya ada kanser payudara.
Jujur saya katakan, masa itu emosi saya sangat terganggu, menangis sepanjang hari dan tidak dapat menerima kenyataan. Apa yang saya rasa hidup ini tiada harapan lagi. Namun, suami begitu positif orangnya dan dialah sebenarnya sumber kekuatan saya. Apa yang dia mahu agar saya kembali sembuh.
Maka saya akur untuk jalani pembedahan untuk membuang payudara saya dan jalani rawatan bermula bulan Dis 2014 dan complete kimo/radioteraphy pada bulan Mac 2015. Saya fikirkan selepas buat semua itu, akan berakhirnya kesakitan yang ditanggung. Tetapi sebenarnya disaat itulah semuanya baru bermula.
Tahap kesihatan saya semakin merosot, rambut saya gugur, selera makan berkurangan, kuku menjadi biru, muntah-muntah dan saya ambil keputusan hanya mengurungkan diri dalam rumah.
Pengorbanan suami
Saya cukup bersyukur dikurniakan suami sepertinya, tetap melayan saya seperti dahulu. Penuh kasih sayang dan saya amat hargainya. Suami sangat mainkan peranannya, ketika saya terlantar sakit, dia cuti kerja tanpa gaji demi menjaga saya. Dia jugalah yang menguruskan anak sambil dibantu orang tua kami.
Selain itu, dia jugalah yang tidak putus asa terus berusaha membawa saya ke merata-rata untuk mencari rawatan kanser. Pantang dapat tahu, ada cara alternatif, akan diusahakan untuk saya berubat.
Kuasa Tuhan, Saya Hamil
Ini suatu peristiwa yang cukup luar biasa dan doktor sendiri pelik bagaimana saya boleh hamil. Memandangkan saya telah dibekalkan ubat yang harus diambil selama 5 tahun untuk melawan kanser daripada menyerang lagi. Dan kesan ubat tersebut menghalang untuk saya mengandung.
Namun, kuasa dan perancangan Allah itu cukup indah. Saya disahkan hamil pada tahun 2016 dan doktor menyarankan untuk digugurkan kandungan tersebut atas faktor kesihatan. Namun naluri ibu yang ada dalam diri saya mengatasi semuanya. Saya rayu untuk meneruskan kandungan walaupun doktor jelaskan risiko yang bakal saya tanggung. Saya pasrah, kandungan ini harus diteruskan!
Alhamdulillah, sepanjang tempoh kehamilan kesihatan saya stabil dan menjalani rawatan kandungan lebih kerap berbanding ibu yang normal. Perkembangan bayi stabil dan pada usia 8 bulan kandungan, setalah dibuat setail scan, doktor dapati tangan bayi masih tergenggam tidak terbuka. Menurut doktor, bayi akan ada alami masalah apabila dilahirkan nanti. Saya serahkan semuanya pada Allah dan hanya Dialah tempat saya bergantung.
Subhanallah, anak saya dilahirkan sempurna dan normal seperti bayi lain. Syukur dengan kurniaan Allah yang cukup indah. Kami namakan Tuan Mohd Aiyjaz Aniq yang kini berusia 1 tahun 6 bulan dan dia jugalah putera permata hati yang melengkapkan lagi dengan 4 orang puteri kesayangan kami.
Terus Diduga
Setelah 4 bulan melahirkan anak, kanser menyerang saya lagi dan inilah risiko yang perlu saya tanggung atas keputusan yang saya buat. Jadi saya perlu membuang satu lagi payudara untuk terus berjuang. Sekali lagi, suami tetap dengan keyakinannya bahawa saya boleh sembuh dan sihat seperti sediakala.
Selepas pembedahan saya menolak untuk jalani kimoterapi kerana tidak mahu merasai kesakitan sebagaimana yang pernah saya lalui dulu. Atas keputusan ini juga, doktor sarankan untuk saya mengambil ubat yang lebih kuat untuk melawan kanser dan pengorbanannya saya perlu membuang rahim. Maka pada bulan 12 yang lalu saya telah lakukan pembedahan tersebut.
Suami tetap bagi semangat dan antara kata-katanya yang saya pegang adalah “Tak pa, kita buat apa sahaja asal sihat” dan atas sebab itu juga saya mahu jalani kehidupan yang sihat bersama keluarga.
“Saya pikir positif nak sihat je.Tak fikir sakit, fikir nak sembuh”-Noor Diyana
“Mereka Berdualah Hidup Dan Mati Saya.”-Isteri Pertama & Kedua Berbahagi Tugas Jaga Suami, Raih Perhatian!
Biasa apa yang kita dengar, seorang isteri akan sanggup bersusah payah menjaga dan mencari nafkah apabila keadaan suami tidak sihat, lumpuh atau terlantar sakit.
Pun begitu buat En Maaroof bilamana dirinya sedang diuji dengan kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya, namun bukan seorang isteri setia disisinya bahkan kedua-dua isterinya sentiasa menemaninya.
Noraini dan Effa Rizam bukan sahaja mampu berkongsi kasih, malah dua wanita ini setia dan berkorban untuk menjaga suami yang sakit. Meskipun jalani kehidupan keluarga yang dihimpit kesusahan selepas suami mereka kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis, kira-kira tiga bulan yang lalu.
“Mereka berdualah hidup dan mati saya,” kata Maaroof Noordin, 58, mengenai isteri pertamanya, Noraini Ishak, 42, dan isteri kedua, Effa Rizam Abd Ghafar, 42.
“Hidup kami berubah selepas kaki kiri saya terpaksa dipotong Oktober lalu, sekali gus tak mampu lagi teruskan kerja sebagai tukang rumah. Kini isteri kedua terpaksa bekerja sebagai tukang kebun di sebuah kilang di Gebeng, dengan pendapatan RM1,500 sebulan.
“Isteri pertama pula menguruskan rumah, termasuk menjaga keperluan saya,” kata Maaroof ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherating Lama.
Turut difahamkan bahawa Maaroof telah berkahwin dengan Noraini pada 2007 dan sudah hampir lima tahun berpoligami selepas mengahwini Effa Rizam pada 2018, namun tidak dikurniakan anak bersama kedua-dua isterinya itu.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
- Wang Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM 109,000 Lesap Disamun Penjenayah. Ni Kronologinya!
- Anak Bongsu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof Jalani Hidup Sederhana & Bahagia. Raih Pujian Ramai!
- Sebulan Pengambaran Di Langkawi, Alif Bawa Sekali Isteri & Anak Menetap Di Sana. Raih Pujian!
“Dengan pendapatan sekarang memang tak cukup, sewa rumah dan bil api air juga sudah dua bulan tertunggak. Untuk kos rawatan suami termasuk barang keperluan dan belanja ulang alik ke hospital sahaja sudah cecah RM600 sebulan,” katanya.
Terdahulu, nasib keluarga terbabit mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO), Amal Team yang memberikan sumbangan berupa katil, kerusi roda serta barangan keperluan harian termasuk makanan.
Sumber : Berita Harian
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club