Ramai yang tahu kerabu tu banyak jenis. Macam kerabu buah, kerabu sayur, kerabu ayam. Yang suka makan kerabu selalunya makan je semua jenis kerabu. Betul tak?
Untuk yang suka makan kaki ayam, menu kerabu kaki ayam boleh jadi penambah atau pencuci mulut. Teksturnya yang lembut dan rasanya yang sedikit masam boleh diratah macam tu je.
Sama juga dengan kaki ayam yang dijadikan sup. Hirup kuah panas-panas sambil ratah kaki ayam memang sedap. Tahu-tahu je dah habis. Kadang-kadang tak sempat nak rasa nikmat tu sebab laju sangat habis.
Jom kita cuba buat resepi guna resepi yang dikongsi oleh RASA.
BAHAN-BAHAN:
Ads
10 Kaki ayam
10 tangkai cili padi merah/hijau (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 batang serai (dihiris)
5 biji tomato ceri (dihiris)
2 sudu kecil sos ikan
2 biji limau kasturi
Garam dan gula
CARA PENYEDIAAN:
1. Mula-mula, rebus kaki ayam sampai jadi lembut. Kemudian sejukkan. Bila dah sejuk, tanggalkan isi dari tulang.
2. Masukkan kaki ayam yang telah dibuang tulang dalam besen atau bekas besar. Campurkan semua bahan yang telah dihiris iaitu cili padi, bawang besar, serai, dan tomato ceri. Kemudian gaul.
3. Masukkan sos ikan, perahkan limau kasturi dan perasakan dengan garam serta gula. Gaul lagi sekali.
4. Kalau suka hirup kuah, boleh masukkan sedikit air rebusan kaki ayam tadi. Siap dan boleh dihidang.
Tak dinafikan, kemeriahan sambutan hari kemerdekaan Malaysia tahun ini paling meriah setelah dua tahun menyepi dek kerana virus yang melanda seluruh dunia. Dapat dilihat semangat orang ramai tidak kira ketika majlis perbarisan yang berjalan semalam, acara bunga api dan sekolah-sekolah yang menganjurkan majlis sambutan hari kemerdekaan mendapat penerimaan baik dari orang ramai.
Tidak kurang juga ada yang secara peribadinya dengan kreatif mencipta lagu tersendiri, malah ada juga yang membuat beberapa perkongsian yang menarik untuk ditontoni orang ramai. Misalnya video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @syazaaawr yang memuat naik seorang budak perempuan melakonkan beberapa watak dalam lagu ‘Keranamu Malaysia”.
Menjadi perhatian orang ramai melihat kegigihan ibunya menyediakan segala jenis pakaian dan props, di samping kepintaran adik ini dilihat sangat pandai melakonkan watak seperti buruh, nelayan, petani, pakar IT dan pakar ekonomi mengikut bait-bait lirik lagu tersebut.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai terhibur apabila melihat kereta jenama ‘Negara’ yang dibawanya menggunakan kereta mainan, malah ada yang berseloroh baru tahu kewujudan kereta yang jenama Negara itu.
Dulu, nak makeover rumah mesti melibatkan kos yang tinggi, siap panggil tukang untuk buat pemasangan. Namun kini, semua ini melibatkan bajet yang sedikit.
Dengan kemudahan pembelian atas talian, pada harga yang murah tentu kita dapat hiasa rumah dengan mudah.
Selalunya kita lihat makeover dapur, bilik atau tandas. Namun kali ini kita akan lihat makeover pintu masuk rumah. Memang nampak mewah walaupun bajet ciput.
Ikuti perkongsian ini.
Sedikit perkongsian deko budget yang saya buat untuk apartment kos rendah. Antara favourite part yang rasa macam saya buat dengan jayanya. Untuk pintu masuk. Ikot nafsu hati nak tukar pintu baru warna putih. Tapi bak kata admin, nak deko ukur poket suami hihi. Maklumlah, dah tak bekerja. Maka, saya beli wallpaper foam untuk efek putih. Sign Assalamuaikum tu suami hadiahkan. Suprise. Tau2 balik, pintu rumah dah ada sign cantik
Tandas. Antara tempat paling mula2 buat masa awal2 PKP. Guna wallpaper beli dekat shopee.2 gulung tak habis. Frame flush tu pon design sendiri, print sendiri & insert dalam frame ikea. Letak effect hijau2 sikit daun beli dekat shopee.
Bilik mandi
Pilihan wallpaper
Saya beli dkt shopee yg 70cm x 70cm Satu bahagian (depan shj) guna 5 keping Sebaiknya. Potong kpd 2 column setiap keping (1 keping ada 6 column) Tampal yang menegak dulu, kemudian melintang.
Maryam Durian Kimchi Sebak Tak Dapat Dukung Rina, “Omma Boleh Dukung Rina Ke? Baby Tak Sakit Ke?” Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi kini sarat hamil lapan bulan. Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini hamil anak kedua. Usia kandungan sudah memasuki 33 minggu.
Maryam Durian Kimchi Sebak Tak Dapat Dukung Rina
Seperti ibu hamil yang lain, ketika hamil ramai yang mengelak untuk mengangkat benda berat termasuk mendukung anak. Tidak terkecuali dengan Maryam. Sejak hamil anak kedua, dia tidak lagi ‘berani’ mendukung anak sulungnya, Rina. Situasi ini membuatkan Maryam tersentuh hati.
Masa awal mengandung saya jarang dukung Rina. Saya selalu cakap “omma tak boleh dukung Rina sebab dalam perut omma ada baby, nanti perut omma sakit.”
Sekarang dah 33 minggu, Rina tak minta saya dukung dia. Tapi semalam saya dukung dia dalam 3 saat, bila saya cakap “Rina jom omma dukung Rina..” dan Rina terkejut dan tanya dengan muka happy, “omma boleh dukung Rina ke? Baby tak sakit ke?”
Bila saya dengar dia cakap macam tu, rasa kesian pada Rina dia dah boleh faham situasi dia sebagai kakak kena berkorban walaupun dia masih 3 tahun. Dia siap cakap “Rina suka omma dukung Rina” sambil peluk saya.
Maafkan omma tak dapat dukung Rina dan omma rasa berterima kasih kerana Rina faham omma.
Hantaran Maryam mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.
Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.