Gout adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada lebihan asid urik di dalam badan.
Kebiasaannya menyerang ibu jari kaki, tetapi ia boleh juga menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Menjelaskan rasa sakit yang dirasai oleh pengidap adalah sukar untuk dibayangkan. Cukup menyakitkan.
Bergantung dengan ubatan yang dibekalkan oleh doktor, diakui dapat mengurangkan rasa kesakitan yang dirasai.
Pun begitu, tidak salah kiranya dicuba petua yang diamalkan oleh Encik Syed Abdul Rahim ini.
BERKONGSI PETUA
Saya berpengalaman 20 tahun mengidap gaut. Saya tak mampu solat dengan sempurna kerana lutut bengkak dan tak boleh dibengkokkan.
Ads
Saudara saya beri kapsul Gout dari Amerika..! Saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.
Dengan izin Allah swt saya ditemukan dengan orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya yang umur 90 tahun kelihatan lebih tua darinya.
Dia tanya saya, “Sakit apa ya..?”
Saya jawab, “Gout Pak..!”
Ads
“Cuba cari sebiji nanas yang masak dan satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar dan tambah 3 biji buah keras. Jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus..!” Katanya.
“Berapa kali minumnya..?” Tanya saya lagi.
“Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yang berterusan minumlah 3 bulan sekali..!” Katanya menegaskan.
Saya buat sebagaimana yang diajarkan. Gout saya dah hilang sama sekali. Sembuh sepenuhnya Alhamdulillah..!
Ads
Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout saya dah ucapkan selamat tinggal.
Bahan-bahan:
– 1 biji Nenas yang masak
– Lobak putih 250gm
– 3 biji Buah Keras.
kepada yang menulis petua ini dan kepada sahabat2 yang berbagi semoga beroleh ganjaran pahala di sisi yang maha Esa. Aamiin .. untuk kawan2 yang ada masalah Gout
Hampir dua tahun turun naik mahkamah, akhirnya balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat.
Sehubungan itu Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, diperintahkan membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.
Menurut peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.
“Manakala tuntutan kami (Nor Hidayah) terhadap Ali Puteh dibenarkan dengan kos.
“Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami.
“Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yang dianiya,” katanya seperti yang dilaporkan menerusi mStar.
Sementara it, Dayah menerusi laman Instagramnya melahirkan rasa syukur atas kenangan tersebut.
“Alhamdulillah syukur pada Allah kes Saman Hakim putus kan kemenangan kepada ku @hidayah_hamzah syukur pada Allah..terima kasih kepada Peguam kami, Mak, Abah,Anakku hamzah, adik beradik famili & rakyat Malaysia yg mendoakan kami sekeluarga.. Aamin2….
Demikian kapsyen yang dikongsikan Dayah tatkala selesai perbicaraan kes.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mendambakan kehadiran si kecil bergelar anak dalam melengkapi hidup mereka. Namun jika belum tertulis rezeki buat pasangan tersebut, redha dan bersyukur adalah cara terbaik dalam memujuk hati. Mungkin belum masanya lagi untuk anda dikurniakan anak.
Begitu pun, sikap sesetengah masyarakat yang memandang sinis kepada pasangan yang belum memiliki anak seolah-olah itu menjadi satu kesalahan buat mereka.
Salah seorang pengguna Facebook Farhad Hassan baru-baru ini berkongsi luahan hati dan kisahnya apabila sering mendapat pertanyaan sedemikian daripada sanak saudara. lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitiri.
Perkongsiannya menerusi akaun Facebooknya telah mendapat lebih 5 ribu tanda suka sejak dimuat naiknya. Ikuti kisah dan luahan hati suami ini.
AIDILFITRI TANPA CAHAYA MATA
Aku percaya bila hari raya je, mesti akan banyak soalan pasal anak ni oleh saudara mara/kawan. Aidilfitri tahun 2019 ni tahun kelima aku beraya tanpa cahaya mata dengan cik isteri. Berdua kemana-mana.
Bila orang tanya, dah habis rasanya template jawapan ni nak jawab. Usaha sudah, berubat sudah, jumpa pakar pon sudah. Tapi belum ada rezeki lagi. Kalau Allah belum berkehendakkan benda tu jadi, buat macam mana pon takkan jadi.
Berendam air mata
Banyak benda yang orang luar tak nampak . Rasanya da berpuluh test da di beli. Tiap-tiap kali negative, cik isteri senyum je geleng kepala. Habis berendam air mata aku tengok.
Bila baca berita kanak-kanak dibuli, didera, ditinggalkan, bayi dibuang, teresak2 cik isteri menangis. Mungkin terkilan amanah Allah yang sangat-sangat diidamkan ibarat tiada nilai pada sesetengah orang.
Jangan pertikaikan Allah
Tapi aku selalu ingatkan jangan sesekali pertikaikan Ya Allah, kenapa Kau pilih aku? Kenapa aku yang belum dikurniakan cahaya mata? Sebab pernah tak kau cakap macam tu bila tengah happy?
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat cabutan bertuah Honda Civic ni?”
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat bonus 3 bulan gaji ni?”
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat melancong free ni?”
Belum rezeki anak, Allah bagi rezeki lain
Sabar, Allah itu maha adil. Mungkin belum ada rezeki anak tapi Allah bagi rezeki dalam bentuk lain.
Jangan ingat yang tak de anak je yg diuji, yang dah ada anak lain pula ujiannya. Ada yang tiada me time, tiada masa dengan pasangan sendiri, tiada masa melepak, tak cukup duit dan macam-macam lagi.
Jangan jatuhkan darjat isteri
Tiada yang kurangnya pun perkahwinan korang kalau belum dapat cahaya mata. Jangan ada rasa kurangnya isteri tu bila dia belum dapat bagi zuriat. Jangan jatuhkan darjat isteri kau, dan jangan calarkan maruah lelaki lain dengan berfikiran naif macam ni.
Sibuk fikir salah pasangan tak dapat kurnia zuriat, tapi kau sendiri lupa nak bimbing bacaan quran isteri, perbetulkan solat sama-sama, tak tunaikan tanggungjawab sebagai suami.
Untuk pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan bersedih. Mungkin Allah belum beri rezeki zuriat tu sebab tau kekangan wang yang kita ada?So guna masa yang ada untuk cari duit lebih banyak2 untuk simpanan masa akan datang. So bila ada rezeki anak tu, cukup semua makan pakai.
Beri sokongan moral pada isteri
Gunakan masa yang ada berbakti kepada ibubapa, pasangan, pergi melancong, pergi tengok marathon movie yang anda minat, spend masa dengan pasangan anda macam waktu bercinta dulu.
Kalau yang niat bertanya atau berkongsi pengalaman rasa tiada masalah. Jangan layankan sangat dengan AJK persatuan makcik bawang yang selalu menyindir. Biarkan mereka dengan mulut mereka. Sebenarnya diaorang cemburu dengan life honeymoon korang.
Sebagai suami, tugas kita bagi sokongan moral. Jadilah peneman yang bagi kata-kata semangat, menenangkan cik isteri. Jangan biarkan isteri kita keseorangan menahan tekanan tu. Kita dah janji nak sama-sama kan?
InsyaAllah saya doakan semua yang sedang membaca ni dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Semoga ada rezeki kita semua raya bertiga tahun 2020.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila ada kerajinan dan minat untuk berkebun sayur, walau sekadar di balkoni kediaman pun boleh, tiada masalah. Bahkan bukan satu dua jenis sayur yang dapat ditanam, malah pelbagai. Ini sebagaimana perkongsian dari Gee Ja di laman Facebook yang memiliki ‘kebun sayur’ walau tinggal di tingkat 10!
Difahamkan Gee Ja ada menanam sawi choy sum, pakchoy, kailan, kangkung, bayam, bayam brazil, genovese basil, thai basil, bendi, ulam raja, kunyit, bangun-bangun, pudina.
Cabaran:
-angin kuat, pasu tergolek tu biasa. Saya tak guna pasu yang berat nanti susah nak alih-alih.
-balkoni saya agak terlindung, hujan memang tak kena, cahaya matahari pun agak terhad.
Kena gilir-gilir alih pasu supaya semua sayur-sayur dapat cahaya yang cukup.
-sangkaan awal saya kalau bertanam di tingkat tinggi ni kurang perosak. Sebenarnya tidak – banyak serangan aphid, spider mite (ni paling susah nak lawan), mealy bug & fungus gnat. Setakat ni guna cuka kayu & juga buat spray cili+garlic+sabun cuci pinggan untuk control. Tak berjaya sangat.
Semua pasu saya ni bercampur kulit telur, memang niat saya nak kurangkan sampah dari dapur, guna kulit telur, guna kopi/teh.
Apa lagi ya yang boleh diguna? Saya tak nak guna racun.
Pertanyaan Gee Ja mendapat perhatian warganet dan ramai memberi komen berkenaan cara kawalan serangga perosak secara lebih selamat menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah.
Antaranya Hans Ryder memberikan cadangan, “Tabur kulit telur.. tajam2… jemur kulit telur pastu hancurkan dgn tgn.. kasar sikit tabur dlm pasu… lagi buat buh seulas bawang putih pada setiap pasu.. kasi serangga perosak jauh dari tanaman…”
Selain itu dia menambah lagi, “Boleh spray dgn baja organik iaitu cili api campur bawang putih blend dgn air sabun basuh pinggan… test dulu sikit2.. takut melecur daun nanti…”
Manakala Kuan Kwong Foo memberi komen, “Can Try Neem Oil mixed with Baking Soda and Dish Detergent Liquid … Works for me 🙏”
Komen daripada Afiq Zulkifli pula, “Sy guna jgk kaedah guna spray cili tu.. tp xberhasil, blh cuba pulak nga air cengkih. Saya tukar kaedah ini alhamdulillah serangan aphit, benang dan daun yg kerinting pd cili dah tak ada”
Lain pula cara yang dipraktikan oleh Sarita Subramaniam, ujarnya “Air basuhan beras perap 24jam, siram kat pokok. Memang bau tapi pokok sihat & gemuk.”
Malah banyak lagi komen dan cadangan yang diberikan oleh warganet, apa yang pasti antara mereka tidak lokek berkongsi ilmu penanaman untuk menfaat bersama.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...