“20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa

Share

Pelakon dan pengarah terkenal, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri meluahkan rasa syukur dan terharu apabila impian membina sekolah pendidikan khas bersama isteri kini sudah tercapai.

Bakal menjalinkan kerjasama dengan beberapa tadika swasta di seluruh Malaysia, akuinya lagi, usaha tersebut diadakan bagi memperluaskan lagi akses terhadap sekolah pendidikan khas sejak diusia kanak-kanak lagi.

Akui Ahmad Idham lagi, dia sebolehnya tidak mahu para ibu bapa yang lain turut merasai kepayahan untuk menghantar anak-anak istimewa mereka ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan awal seperti mana yang pernah dia lalui lebih kurang dua dekad yang lalu.

“Alhamdulillah semalam telah termeterai memorandum persefahaman antara Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus bersama Tadika Sinar Indah Berkat di Ampang.

“Hampir 20 tahun yang lalu, susah untuk saya dan isteri cari Sekolah Pendidikan Khas untuk Anak saya, Ahmad Firdaus. Saya yakin dan percaya mereka yang ada anak istimewa pasti pernah melaluinya sama seperti saya,” kongsinya di laman Instagram.

Ahmad Idham dan isterinya, Amy Aziz mempunyai seorang anak isimewa yang bernama Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 21.

Dalam masa yang sama, dia juga mahu memastikan anak-anak istimewa ini mendapatkan pendidikan yang terbaik terutamanya dalam aspek pengurusan diri.

“Anak-anak istimewa ini luar biasa dan mereka memerlukan sistem Pendidikan Khas yang sistematik dan komprehensif agar anak-anak ini dapat mengikuti proses pembelajaran dalam rangka untuk mendidik mereka berdikari dalam pengurusan diri

“Saya terpanggil untuk mengisi kelompongan ini agar mereka yang mempunyai anak-anak istimewa ini dapat memberikan pendidikan sebaiknya buat anak-anak mereka,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Idham turut memaklumkan inisiatif ini juga bakal menyediakan pelbagai kemudahan bukan sahaja buat anak-anak istimewa ini tetapi juga buat para ibu bapa dan pendidik.

“Saya juga mahu me­nyediakan khidmat saringan percuma bagi membantu ibu ba­pa mendapatkan pra diagnosis mengenai kelewatan anak dari segi akademik, mewujudkan pro­gram sokongan bersama komu­niti ibu bapa yang ada anak isti­mewa.

“Dan juga menyediakan lati­han untuk guru mendalami ilmu pengajaran kepada anak istimewa dan melaksanakan program ke­keluargaan dari masa ke masa.

“Saya mulakan di Ampang dan akan kembangkan ke seluruh Malaysia. Doakan saya,” kongsinya lagi.

 

Selain Ahmad Firdaus, Ahmad Idham dikurniakan tiga cahaya mata lain, Ahmad Aydeel, 18, Kintan Myra, 16, dan Ahmad Khaliff, 12.

Sumber: ahmad_idham


ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club