Pelakon dan pengarah terkenal, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri meluahkan rasa syukur dan terharu apabila impian membina sekolah pendidikan khas bersama isteri kini sudah tercapai.
Bakal menjalinkan kerjasama dengan beberapa tadika swasta di seluruh Malaysia, akuinya lagi, usaha tersebut diadakan bagi memperluaskan lagi akses terhadap sekolah pendidikan khas sejak diusia kanak-kanak lagi.
Akui Ahmad Idham lagi, dia sebolehnya tidak mahu para ibu bapa yang lain turut merasai kepayahan untuk menghantar anak-anak istimewa mereka ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan awal seperti mana yang pernah dia lalui lebih kurang dua dekad yang lalu.
“Alhamdulillah semalam telah termeterai memorandum persefahaman antara Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus bersama Tadika Sinar Indah Berkat di Ampang.
“Hampir 20 tahun yang lalu, susah untuk saya dan isteri cari Sekolah Pendidikan Khas untuk Anak saya, Ahmad Firdaus. Saya yakin dan percaya mereka yang ada anak istimewa pasti pernah melaluinya sama seperti saya,” kongsinya di laman Instagram.
Ahmad Idham dan isterinya, Amy Aziz mempunyai seorang anak isimewa yang bernama Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 21.
Dalam masa yang sama, dia juga mahu memastikan anak-anak istimewa ini mendapatkan pendidikan yang terbaik terutamanya dalam aspek pengurusan diri.
Ads
“Anak-anak istimewa ini luar biasa dan mereka memerlukan sistem Pendidikan Khas yang sistematik dan komprehensif agar anak-anak ini dapat mengikuti proses pembelajaran dalam rangka untuk mendidik mereka berdikari dalam pengurusan diri
“Saya terpanggil untuk mengisi kelompongan ini agar mereka yang mempunyai anak-anak istimewa ini dapat memberikan pendidikan sebaiknya buat anak-anak mereka,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Idham turut memaklumkan inisiatif ini juga bakal menyediakan pelbagai kemudahan bukan sahaja buat anak-anak istimewa ini tetapi juga buat para ibu bapa dan pendidik.
“Saya juga mahu menyediakan khidmat saringan percuma bagi membantu ibu bapa mendapatkan pra diagnosis mengenai kelewatan anak dari segi akademik, mewujudkan program sokongan bersama komuniti ibu bapa yang ada anak istimewa.
“Dan juga menyediakan latihan untuk guru mendalami ilmu pengajaran kepada anak istimewa dan melaksanakan program kekeluargaan dari masa ke masa.
Ads
“Saya mulakan di Ampang dan akan kembangkan ke seluruh Malaysia. Doakan saya,” kongsinya lagi.
Satu masalah bagi ibu yang bekerjaya, untuk memilih orang yang betul-betul diyakini untuk menjaga anak kita sepanjang ketiadaan kita. Situasi sebegini turut dirasai oleh pelakon, Mira Filzah yang mengakui susah untuk mempercayai orang luar dalam memberi amanah menjaga putera tunggalnya di rumah.
Tambah Mira, pemergian pembantunya ke kampung untuk beberapa bulan memberi kesan kepada aktres tersebut dalam menguruskan anak.
Perkara itu dikongsikan sendiri olehnya di Instagram Story miliknya yang menyatakan bahawa dirinya kurang aktif di media sosial sejak kebelakangan ini oleh kerana ketiadaan pembantu dalam menguruskan hal rumah.
Malah, Mira atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman sempat memuji kaum ibu di luar sana yang menjaga anaknya sepenuh masa tanpa pembantu kerana dia menyedari bahawa tidak mudah menguruskan anak serta rumah sendirian.
“Kurang update sejak kebelakangan ini sebab pembantu balik rumahnya selama 2 bulan lebih. Saya tak tahu bagaimana ibu-ibu di luar sana buat tapi hebatnya kaum ibu yang menjaga anak sendiri tanpa pembantu.” tulisnya.
Oleh kerana sukar untuk mempercayai orang luar, Mira membuat keputusan untuk menguruskan sendiri anaknya, Wan Khair Amir. Mira meluahkan rasa puas hati dengan pembantu lamanya, namun dia percaya segala yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.
“Bukan tak nak panggil babysitter datang hari-hari tapi susah nak bina kepercayaan dengan orang. Dengan pembantu lama kita dah bina kepercayaan selama lima bulan, dia bagus sangat tapi tuhan maha mengetahui.” tambahnya.
Susulan itu, Mira mengharapakan dapat bertemu dengan pembantu yang bertanggungjawab, menyanyangi anaknya dan yang paling penting jujur dan ikhlas dalam menjalankan amanah yang diberi.
Isteri kepada Wan Emir itu juga menyatakan untuk membawa Amir dalam jadual kerjanya pada Januari depan oleh kerana berat hati untuk meninggalkan puteranya itu setelah dia mula menjaga Amir 24 jam.
Sumber: Instagram @mfmirafilzah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rupanya bergelar ibu bapa bukan mudah. Pelbagai perkara kena tahu untuk mendidik anak supaya menjadi orang yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. Bagi yang mempunyai anak yang masih kecil, jangan lupa bawa anak-anak jalan-jalan walaupun disekitar rumah. Nampak biasa-biasa aje tetapi beri kesan kepada personaliti anak itu.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais mengenai kebaikkan jika membawa anak berjalan disekitar rumah.
Bawa anak jalan-jalan tu wajib
Ini rutin saya setiap hari. Kalau tak dapat petang, saya akan bawa mereka jalan-jalan belah pagi. Alah tak jauh pun, depan rumah je. Jadilah tengok kucing, ayam dan burung-burung.
Sebenarnya jalan ke mana tu tak penting. Ada binatang atau tak pun tak penting. Yang penting ialah “bonding” ayah-anak tu. Tak usah lama, 5-10 minit sehari pun dah cukup.
Kadang tu ada ayah bukan tak ada masa, tapi sebenarnya tak ada “hati” nak luang 5 minit dengan anak. Ada je alasan penat la, sibuk la, banyak kerja la.
Banyak kebaikan untuk perkembangan anak-anak ni bila bonding ayah dan anak tu kuat.
Antaranya,
1 – Semakin kuat bonding semakin rapat hubungan ayah dan anak tu.
2 – Ada kajian mengatakan anak yang rapat dengan ayah ni self-confidence mereka lebih tinggi berbanding anak yang kurang rapat dengan ayah.
3 – Anak ayah biasanya kurang agresif. Kalau nampak anak tu agresif atau kasar mungkin sebab “tabung emosi” mereka tidak berisi. Bila tabung emosi kosong mereka akan mula menagih perhatian mak ayah dengan cara yang negatif.
4 – Ada juga kajian menunjuk anak yang rapat dengan ayah ni pandai bersosial. Dia mudah bergaul, dan perwatakan mereka digemari kawan-kawan di sekolah.
5 – Anak yang anggap ayah sebagai “kawan baik” ni boleh bina self-esteem tinggi dalam diri anak. Dia jadi tak mudah terpengaruh dengan gejala negatif kawan-kawan nanti.
Selain daripada ini sebenarnya perkara yang paling berharga bila ayah banyak luangkan masa dengan anak ialah “memori” gembira bersama tu.
Anak-anak ni kecil sekali sahaja. Sekejap je mereka akan besar dan lupa kita.
Masa anak kecil la kita kena “ada” dalam hidup mereka, nanti mereka dah besar baru kita “ada” dalam ingatan mereka.
Mohd Fhais
Sehari memang ada 24 jam, tak luak pun 5-10 minit jalan-jalan dengan anak tu.
p/s : Tolong sampaikan juga pada orang lain yang selalu sibuk tu ye supaya mereka pun tahu pentingnya bonding ayah-anak ni.
p/s : Saya selalu juga berkongsi ilmu kekeluargaan dan parenting dalam telegram. Ajak pasangan belajar sekali ye.
Klik sini ? t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan calang-calang ibu bapa terpilih untuk menguruskan anak autisme. Pastinya ada cabaran kala menguruskan anak autisme. Bagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh ibu ini, Puan Ummi Aisyah melalui disebuah grup sosial.
*Awal tahun persekolahan* byk parents berhujah share pengalaman tak kurang juga yg minta pandangan dlm group berkenaan Anak yg tidak dpt mengikuti alam persekolahan di aliran perdana..
*Wahai ayah&ibu jgnlah bersedih* atas kelebihan/kelainan anak yg dianugerahkan Allah..untuk pengetahuan semua..
Sy guru kpd murid aliran perdana & sy ibu kpd anak oku(pembelajaran)..
*Anak sy dilahirkan pramatang* 27wks4dys with 950g.. 60hari di NICU 52 hari dgn bantuan pernafasan.. berjalan tatkala umur 18 bulan.. sehingga kini belum boleh bercakap.
*Follow up pakar Pediatric HRPB* Ape yg berlaku..setiap ujian yg dilakukan oleh doc menunjukkan Anak ada ciri² autism sejak berumur 2 tahun.. sy hanya ambil masa setahun Sahaja utk melihat perkembangan Anak..masuk tahun ke 3 sy mohon pakar diagnosed Anak sy sedangkan doc masih memberi masa atas sebab prematured..Sy bertegas dgn keputusan utk doc terus diagnosed kan Anak sy… Sbb ape?? Sebab sy – xnak Anak sy rasa rendah diri ketika berada dikalangan anak² yg ternyata lebih baik drnya -sy x sanggup melihat Anak sy tepaksa bertarung dgn org yg tidak layak utknya -sy xnk menyusahkan guru yg akan stress utk melayan Anak sy – sy tau anak sy x mampu ikut Apa yg tersenarai dlm. Aliran perdana..
Setelah doc diagnosed sy terus ke JKM mohon kad oku seterusnya sy ke PPD jumpa Pegawai Unit pendidikan khas. Mohon pra sekolah pendidikan khas ketika umur nya 4 tahun.. Alhamdullilah.anak sy diterima ke pra ppki ketika umur 5 tahun..murid paling muda dlm kelas.
Apa yg sy ingin kongsikan ialah *Ibu lebih memahami kemampuan Anak jgn takbur dgn diri demi menutup kekurangan Anak pd pandangan org* *Sbg ibu tunjulkan kelemahan itu melalui kelebihan yg dia ada* *Jgn sesekali merendahkan kemampuan Anak Dan rasa down bila doc diagnosed ank..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...