Rumah tangga yang bahagia adalah impian setiap pasangan. Rumah tangga yang dipenuhi dengan kasih sayang, rasa hormat dan penuh tolak ansur.

Tidak dinafikan, setiap hubungan suami isteri pasti akan ada cabarannya. Antaranya mempunyai pasangan yang mempunyai sikap panas baran.

Tetapi kalau sudah jodoh dengan suami begini wanita itu terpaksa melaluinya. Ada yang separuh jalan tidak lama tempoh perkahwinannya dan ada juga berpuluh tahun memendam rasa.

Sebagaimana perkongsian pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun ini luah kagum dengan memberi tahu bahawa sebenarnya ramai wanita- wanita yang hebat di luar sana kuat bersabar dan bertahan dalam cabaran rumah tangga.

 

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

 

Ads

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

20 Tahun Hadap Sikap Suami Panas Baran, Ustazah Asma Harun Luah Kagum

Sesuatu yang merisaukan kita lihat sekarang dalam rumah tangga apabila isteri hilang rasa hormat pada suami.

Iya, kadang isteri juga teruji dengan segelintir sikap suami yang lepas tangan dalam mendidik anak, tidak bantu uruskan rumah, panas baran atau yang mengabaikan keperluan isteri.

Sesetengah suami menggunakan alasan itu semua takdir untuk menghalalkan perbuatan yang dilakukan, tetapi sebenarnya setiap tindakan manusia adalah pilihan.

Jika suami banyak melakukan perkara yang merosakkan rumah tangga dengan sengaja atau mempunyai matlamat tersendiri, maka wajar seorang isteri hilang rasa hormat terhadap suami.

Saya sangat kagum dengan wanita-wanita yang menghadapi dugaan seperti ini.

Mereka berusaha untuk bersabar dan kekal kuat demi rumah tangga serta anak-anak.

Namun tidak bermakna, mereka perlu menelan semua tohmahan dan derita yang diberikan suami bulat-bulat.

20 TAHUN ISTERI SABAR DENGAN SIKAP SUAMI PANAS BARAN

Ads

Saya pernah terbaca luahan seorang wanita yang mengadu tentang suaminya, berkahwin selama lebih 20 tahun tetapi sangat sabar dengan sikap suami yang panas baran, kaki pukul dan lepas tangan akan tanggungjawab terhadap keluarga, bahkan anak-anak pun takut untuk berjumpa setiap kali ayah mereka pulang dari kerja.

Allahu Akbar, telinga yang mendengar pun terasa berat apatah lagi bahu yang memikul ujian tersebut.

Namun saya percaya kalian sangat hebat kerana masih bertahan dan bersabar sehingga ke hari ini. Saya doakan semoga dengan berkat kesabaran menjadi asbab hidayah buat suami untuk berubah.

Andai tidak berdaya lagi, carilah kebahagiaan sendiri tanpa bergantung kepada suami, dalam masa yang sama banyakkan berdoa kepada Allah, jangan hilang kepercayaan kepada-Nya.

Dalam membina keluarga yang harmoni, cuba mencari titik persamaan antara pasangan. InsyaAllah semua ini boleh menjadi penawar mujarab dalam membina sebuah keluarga, suami isteri menjalani kehidupan yang diisi suka dan duka, saling menghormati serta berkasih sayang sepenuh jiwa, agar akhirnya dapat dibangkitkan di dalam Syurga bersama.

Sumber: Asma’ binti Harun

Ads

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

20 Tahun Hadap Sikap Suami Panas Baran, Ustazah Asma Harun Luah Kagum

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI