Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka.
Bagi membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan ini dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran fasa pertama BSH 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 (Isnin)
kepada penerima BSH yang berdaftar (kategori isi rumah) di dalam pangkalan data BSH 2019.Pastinya ini suatu lagi kegembiraan yang bakal dinikmati buat keluarga yang layak. Untuk itu ketahui cara untuk menyemak status anda di portal ini.
Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020
Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020
Berikut adalah merupakan jumlah keseluruhan bayaran yang diperolehi.
RM1000 – Pendapatan isi rumah RM 2000 dan ke bawah.
RM750 – Pendapatan isi rumah RM2001-RM3000
RM500 – Pendapatan isi rumah RM3001-RM4000