Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka.
Bagi membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan ini dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran fasa pertama BSH 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 (Isnin) kepada penerima BSH yang berdaftar (kategori isi rumah) di dalam pangkalan data BSH 2019.
Pastinya ini suatu lagi kegembiraan yang bakal dinikmati buat keluarga yang layak. Untuk itu ketahui cara untuk menyemak status anda di portal ini.
Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020
- Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020
- Untuk makluman, tuntutan SKK BSH 2020 bagi kematian pemohon yang berlaku mulai 1 Januari 2020 masih belum dibuka atau belum boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh mula tuntutan ini akan dimaklumkan semula.
- Tarikh dan kaedah pembayaran
- Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara berikut:
- Pengkreditan terus ke akaun – mulai 20 Januari 2020
- Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020
Berikut adalah merupakan jumlah keseluruhan bayaran yang diperolehi.
RM1000 – Pendapatan isi rumah RM 2000 dan ke bawah.
RM750 – Pendapatan isi rumah RM2001-RM3000
RM500 – Pendapatan isi rumah RM3001-RM4000
Macam Mana Anak-Anak Nak Hormat Guru Kalau Mak Ayah Sendiri Pun Tak Tunjukkan Contoh Baik?
Guru adalah pendidik yang mengajar dan menyampaikan ilmu kepada anak-anak supaya menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.
Justeru, jasa dan pengorbanan guru harus dihargai. Termasuklah menghormati mereka baik ketika di sekolah mahupun selepas tamat pengajian. Justeru, ibu bapa lah yang harus memainkan peranan dalam mendidik anak supaya beradab dengan guru.
Namun, jika ibu bapa sendiri yang tidak menunjukkan teladan yang baik, bagaimana anak-anak mahu menghormati guru.
Hal ini dikongsikan oleh seorang guru Mohd Fadli Salleh menerusi laman facebooknya.
Dah macam mana anak-anak nak hormat guru kalau mak ayah sendiri pun tak tunjukkan contoh baik?
Ilmu ini berkait rapat dengan keberkatan. Dan keberkatan itu terletak pada redhanya guru pada anak-anak didik mereka.
Aku tak tahu kejadian ni berlaku kat mana. Yang pasti, ustaz atau ustazah murid ini pasti terluka dengan nota sinis dan pedas ini.
Ustaz/ustazah tu ‘conteng’ iqra’ muridnya untuk memberi tunjuk ajar. Macam aku tanda buku dan tunjuk ajar pada murid juga.
Banyak kesilapan murid aku bulatkan, atau gariskan, atau buat tanda soal, atau potong yang salah. Nak tunjukkan murid tu kat mana kesalahan dia dan macamana pula cara yang betul.
Bukannya pergi conteng lukis muka Bahenol pun. Nak mengajar memang gitu gayanya.
Nak buku bersih dan baru senang je. Beli buku dan ‘frame’kan. Gantung kat dinding rumah. InsyaAllah 10 tahun lagi pun elok je buku tu.
Kalau aku yang dapat nota macam ni, aku akan stapler duit RM20 kat buku anak dia beserta satu nota.
“Nah RM20 sebagai ganti buku anak tuan yang saya conteng. Beli lah buku baru. Duit lebih tu tuan beli kismis banyak-banyak dan makan. Bagi cerdik sikit.
Dah jadi cerdik, ajar sendiri anak tuan. Saya enggan mengajar anak tuan. Murid bodoh saya boleh tahan dan sabar mengajar. Tapi jika mak ayah yang biadab begini, silakan ajar sendiri anak tuan.”
Aku pernah terbaca satu kisah tentang Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dan muridnya.
Ada aku simpan dalam nota kat telefon aku ni. Nah aku salin semula di sini. Baca dan hayatilah.
************”
PENTINGNYA REDHO SEORANG GURU
————————————————————-
Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani.
Ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir. Lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya.
Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya.
Kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir. Ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya.
Syekh Abdul Qadir suka makan ayam. Setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain. Dia akan makan separuh sahaja.
Lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya. Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi.
Pakcik ada anak namanya ini?
Jawab si bapa: ya ada..
Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir?
Jawab si bapa: ya.
Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja.
Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik.
Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir.
Wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing.
Saya hantar kepada tuan syekh,supaya anak saya jadi alim ulama’.
Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja..
Kalau begitu ambillah anakmu.
Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang.
Ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang, bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam.
Ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul. Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir.
“Wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula. Tuan didik lah anak saya.
Ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing. Aku melihat ilmu anakku sangat luar biasa bila bersamamu.”
Maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir.
” Bukan aku tidak mahu menerimanya kembali. Tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU.
ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu. Disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU maka anak yang menjadi mangsa.”
Begitulah ADAB dalam menuntut ilmu.
Anak, mak, ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru. Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita.
Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru.
Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab, memaki dan mengaibkan guru nya?
Kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu, maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepada mu.
Semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita.
Aamiin.
*************
Baca biar hadam. Renung dalam-dalam.
#MFS
.
Sambal Halia Petua Arwah Emak Atasi Masalah Angin Dalam Badan. Wanita Ni Kongsi Cara Buat.
Bagi yang hadapi masalah angin dalam badan tentu tahu bagaimana sukarnya untuk menjalani rutin harian.
Selain mendapatkan nasihat pegawai perubatan,boleh amalkan petua orang lama termasuk makan herba seperti halia.
Sebagaimana perkongsian ini, berkongsi cara penyediaan sambal halia petua daripada arwah ibunya.
Ikuti perkongsian ini.
Sambal Halia
Petua amalan Arwah Mak, diturunkan pada kami Adik Beradik.
Senjata ampuh untuk masalah angin dlm badan, mengatasi sengal2 sendi, kebas2 kaki dan tangan, lenguh2 badan, bandan rasa tak bermaya, urat masuk angin, sangat2 bagus untuk ibu lepas bersalin yg mengalami bentan.
Makan dengan nasi panas.InsyaAllah.. Lepas makan badan berpeluh2, buat kerja pun cergas, bangun pagi tak rasa sakit2 badan lagi
Bahan :
1 inci Halia mentah
1 sk lada hitam biji
1 sb ikan bilis goreng
1 ulas bawang putih mentah
Cara :
Tumbuk semua bahan dan boleh dihidang. Makan dengan nasi panas
Kalau badan terasa lenguh2, elakkan makan sayuran sejuk dan banyak angin mcm bayam, kangkung, daun ubi, petai dn jering ye. Pakai sarung kaki.
Dulu2 mmg tak percaya petua ni, ye lah.. muda2 asik nak kan fakta bukan auta dan kajian sains.
Bila dah bersalin, peranak pinak dan dah berusia ni baru tau dan rasa keberkesanan mengamalkan petua dan pantang2 ni.
Kalau tak larat nak buat sambal ni time sakit, buat teh halia.
Hiris 1 inci halia, masukkan dalam secawan air panas, bila dah suam, minum perlahan2 sampai habis. Amalkan hingga badan rasa cergas semula.
Sumber: Humairah Al-Hamra
‘Memburu Tahajjud’. Asyik Rasa Susah Aje Nak Buat, Lelaki Ini Kongsikan Caranya.
Solat yang diwajibkan iaitu solat fardu lima kali dalam sehari semalam. Sedangkan solat sunat itu tidak wajib dilakukan, tetapi jika dilakukan akan mendapat pahala serta keutamaan.
Salah satu solat sunat yang sangat dianjurkan untuk ditunaikan umat Muslim iaitu solat tahajud.
Kelebihan solat tahajjud juga ada dinyatakan di dalam ayat-ayat Al-Quran yang membuktikan betapa banyaknya kebaikan solat yang dilakukan di akhir malam ini.
Solat tahajud adalah solat sunat yang ditunaikan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam dan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.
Pada waktu berkenaan malaikat turun ke bumi. Allah berfirman dalam Surah Al-Muzammil ayat 1-4 yang bermaksud: “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan ‘tartil’.
Solat tahajud dilakukan paling minimum iaitu dua rakaat dan paling maksimum tiada batasannya serta diakhiri dengan solat witir sebagai penutup.
MEMBURU TAHAJJUD
Selalu pasang niat nak bangun solat sunat tahajjud pada sepertiga malam?
Tapi tak pernah berjaya?
Atau menunda-nunda bunyi alarm sehingga terlepas waktu? Disini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba.
In shaa Allah . Semuanya dengan izin Allah.
1 – Pastikan solat isyak telah dilaksanakan (usahakan untuk solat pada awal waktu).
2 – Selepas solat dan berdoa, sambunglah ibadah dengan membaca Al-quran. (Kalau berniat nak tidur selepas solat isyak seeloknya bacalah terlebih dahulu Surah Al-Mulk).
3 – Sebelum melelapkan mata disunatkan untuk menepuk-nepuk bantal sebanyak 3x dan mengibaskan selimut sebanyak 3x jugak dengan niat untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad sebelum tidur.
4 – Baca ayat Qursi, Basmalah 21x, Surah 3Qul, doa tidur dan kalimah syahadah.
5 – Bagi yang ada simpan bacaan surah-surah dalam handphone boleh dengar guna earphone. Memang boleh lena dan mudah untuk bangun. Jangan lupa set alarm untuk bangun.
6 – Kemudian tidur dan niat untuk bangun tahajjud pukul 5 pagi. Mohonlah pada Allah untuk sedarkan kita dari lena.
7 – Bunyi alarm bangun terus, kalau nak tunda boleh tapi jangan sampai x ckup masa nak solat atau sampai terlepas waktu.
8 – Baca doa tidur dan bangkit untuk mandi atau berwudhu’ dan lakukan solat tahajjud.
Usahalah buat hari-hari.
Pasang niat hari-hari. Bila dah dapat buat tu akan rasa nikmat sangat. Rasa nak buat lagi dan lagi.
Alhamdulillah
Sumber: Mohd Ibrahim
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.