Bahagian bawah lengan walaupun terselindung namun ia merupakan bahagian tubuh wanita yang memerlukan penjagaan ekstra. Jika tidak diberi tumpuan, akhirnya akan menyebabkan warna kulit di bahagian tersebut boleh bertukar menjadi gelap.
Bila ini terjadi, pastinya seseorang itu akan rasa tidak selesa dan untuk bertanya pada orang lain tentang cara memutihkan kembali mungkin ada yang terasa malu. Walaupun hakikatnya jauh di dalam hati mahu memiliki kulit ketiak yang cerah dan licin seperti mana seorang model.
Oleh itu, apa kata cuba atasi masalah tersebut dengan menggunakan 2 cara yang dikongsikan oleh wanita ini. Selamat mencuba!
Tips putihkan bawah lengan secara alami
Bahan-bahan:
Timun
Serbuk kunyit
Cara buat :
Ekstra info : Kandungan antiseptik pada kunyit dipercayai boleh mencerahkan dan mengelakkan iritasi pada kulit
Nutrisi timun pula mampu melembapkan kulit. Timun yang bersifat dingin memberikan kesegaran pada kulit bawah lengan.
sumber : Julila Mohamed
Dan ini pula perkongsian Zulaika Harun yang dikatakannya dengan menggunakan Vaseline boleh memutihkan bahagian kulit yang gelap.
Cara guna : Sapu vaseline ke tangan atau bahagian yang korang nak cerahkan sebelum tidur. Dan rasai perubahan seawal 3 hari. Ya ya, semudah ini sahaja. Dan kulit akan terasa lebih lembut dan lembap. Serious okeh! Tapi kene buat hari2 tau. Konsisten.
Tips ini bukan hanya berguna kepada bakal2 pengantin yang nak tangan cantik, lembap gebu mulus nak sarung cincin dan rantai tangan kawin. Tapi, terbuka untuk setiap insan yang nak kulit cerah tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa sakit2 injection, tanpa perlu telan ubat dan yang paling best tanpa modal yang besar.
Jangan lupa cuba tau.
sumber : Zulaika Harun