Bukan semua orang memiliki hidup yang normal dan mewah. Ada antara kita yang diuji dengan penyakit, cacat, kemiskinan dan sebagainya.
Baru-baru ini tular satu kisah seorang suami istimewa yang berulang alik ke sebuah butik kerana mahu membeli baju buat isterinya.
Biarpun sedar diri tidak berkemampuan namun kesungguhannya menjentik naluri dan perasaan seorang pengusaha butik.
Selama hampir dua tahun dia mengunjungi buktik tersebut hanya untuk melihat. Apabila tiba waktunya, pakaian yang diidamkan itu pula sudah tiada.
Mungkin ini hanya secebis kisah masyarakat namun jika dihayati secara mendalam, memberi makna yang besar. Semoga bermanfaat dan menjadi contoh buat kita semua.
Ya, dia OKU since lahir sebab mak dia terjatuh masa mengandungkan dia so dia lahir dalam keadaan otot yang stroke. (I tak sampai hati nak soal selidik) sebab I baru berani tanya even dah kenal from 2017.
Dia ada isteri dan anak 2 orang dalam linkungan 15 tahun dan 10 tahun. Dia kerja as cleaner dekat majlis daerah and his wife tak kerja. Tiap kali nak dekat raya dia akan datang butik sebab nak tengok baju. Dia nak isteri dia pakai cantik-cantik, wife dia jenis redho je, ikut je.
Dia selalu masuk tapi tak beli apa-apa tapi dia selalu tengok baju ready made yang sama je since 2017 for his wife. Dia suka tengok baju-baju Maison katanya elok. Kiranya dia suka sangat everything pasal Maison.
Ads
Mungkin masih belum mampu, dia usahakan untuk kumpul duit beli busana indah tu, korang jangan salah anggap ini bukan atas permintaan dan desakan isterinya, tapi atas dasar kerelaaan dia sendiri.
Lebih menyedihkan, lepas 2 tahun dia asyik lihat baju ni, tiba-tiba dah sampai masa nak beli baju tu dah tak ada. Mungkin bukan rezekinya.
Lebih hiba lagi,dia buat gigih sampai 2 tahun nak kumpul duit untuk beli baju itu bukannya sebab dia suka-suka nak tayang kepada orang. Ada sebab tersendiri..Allahu sebaknya
Ads
Sebab kenapa dia berbuat demikian
Lately since Dec dia every week datang butik tapi I takda sebab selalu outstation. Dia kata ‘aku macam orang bodoh je datang lepas tu keluar’.
Then, I niat takpelah, I bagi jela baju ready made yang dia selalu tengok untuk wife dia tu dah nak masuk 2 tahun dia usha baju tu. Then, at the time dia datang baju tu dah takda orang dah beli. Mungkin takda rezeki dia kot.
Butik always welcome him plus dia sangat confident masuk butik since ramai orang area sini takut nak masuk Maison katanya macam mewah (I don’t think so). Tapi nak layan dia kena penuh sabar sebab dia jenis yang cakap kuat satu butik boleh dengar suara dia tak kisahlah ada orang tengah fitting or ramai client.. and I sendiri selalu tak faham apa dia cakap..
Normally, saya sendiri yang akan layan dia sebab dia nak saya layan dia walaupun I jarang layan walk in client tapi takpalah fikir positive je. Dia pernah jerit kat I masa tu I tengah ada appointment dengan client, ”woi ko nak lari mana aku datang ni,” sebab I masuk workshop nak cari tape.
So dia datang nak tempah baju raya anak sulung dia. Dia cakap untuk anak dia dulu. Kalau ada duit, dia tempah baju wife dia. Dia ada bela ayam, so dia jual ayam dia sikit-sikit nak bayar duit baju. So, I tak apalah, I bagi half price sajalah. Niat nak tolong dan I bagi satu kurta ready made for him.
Ads
Maybe akan ada orang question kenapa I tak bagi je everything for free? Ok guys, I’m not be able to do that sebab my staff yang akan state the price untuk setiap custom made order sebab semua kerja adalah rezeki staff saya juga yang bukan orang-orang senang. I feel bad kalau I ignore them I hope you guys faham.
Even ready made pon vendor punya, I perlu minta izin sebab duit orang. I hanya designer bukan fully business owner so I tak boleh guna duit company or ambil tanpa izin semua orang. Nanti tak berkat, since kami sangat baru.Then dia datang lagi nak try and error buat baju wife dia. Rezeki dia I ada, so I just minta dia bayar apa yang mampu. Dia cakap orang suka kutuk dia cacat, tapi isteri dia normal. Dia sakit hati and sedih, sebab itu dia nak tunjuk dia mampu bagi wife dia pakai cantik-cantik, pakai baju-baju butik.
Dia cakap dia buat baju wife dia saja, dia tak payah. Nanti banyak kena bayar hutang. Lagipun ayam dia tengah selesema, tak boleh nak jual.
Then I cakaplah, “Abang buat la baju raya satu.”. Dia kata, tak ada duit. I cakap, “Tak apa, abang bayar saja berapa yang mampu”and then he cry. Then dapatlah dia baju sebijik macam kat display.
Moral of the story, I selalu rasa I tak dapat buat apa yang I nak. I nak join all the fashion show, jumpa orang-orang yang femes, happy inspiredkan orang ramai macam ramai designer nak.
But take it memang dah ditentukan duduk luar bandar untuk bantu dan inspired orang kat sini. And I lupakan apa I nak bila I tengok muka all my staff. Banyak orang tak dapat mencapai apa yang mereka mahukan. Jadi saya korbankan impian saya untuk membantu masyarakat.
Kebelakangan ini sering kali kita mendengar ramai antara kaum wanita berhadapan dengan masalah kesihatan yang disebabkan oleh cyst ovari. Membayangkan bila perut kelihatan membuncit adalah tanda telah mengandung, namun setelah dibuat pemeriksaan detail rupanya cyst yang membesar di dalam rahim.
Sungguh tidak dinafikan, kenyataan itu bukan mudah untuk diterima. Apatah lagi andai cyst tersebut sudah ditahap serius dan ditakuti boleh memberi kesan yang buruk pada ovari dan seterusnya membahayakan nyawa.
Begitulah apa yang telah dihadapi oleh wanita ini. Disangka mengandung rupanya ada cyst berupa kantung air sebesar 30cm.
I WASN’T PREGNANT, I HAD CYST
Panjang masa yang di ambil untuk membuat perkongsian ni. Di sini, ada kisah berserta nasihat yang ingin diberikan berdasarkan sedikit pengalaman yang pernah dilalui.
Januari 2016, Alhamdulillah saya menjadi seorang isteri kepada imam bernama Azrul Aziz. 2 tahun pertama kami merancang untuk tidak lagi menimang zuriat atas faktor kami pelajar, untuk mengukuhkan ikatan pernikahan yang baru dibina dan juga untuk menstabilkan ekonomi dan sahsiah kami sebelum bergelar ibu bapa.
Menuju ke akhir tahun ke-2 perkahwinan, kami memutuskan untuk menimang cahaya mata, menjemput zuriat dalam keluarga kecil kami jika itu yang terbaik menurut aturanNya. Bermula dari sini, satu lembaran kisah hidup Dia bentangkan di hadapan kami.
Haid tidak teratur
Lebih kurang Julai 2017, kami teruji dengan keadaan saya yang mengalami haid tidak teratur. Oleh kerana secara lumrahnya haid saya teratur bermula dari kali pertama, ianya mendatangkan kegusaran. Ditambah dengan kesukaran untuk mengira waktu haid dan istihadah berdasarkan waktu haid yang sangat panjang, kami mula merujuk hal ini kepada pakar perubatan. Temujanji demi temujanji serta menjalani ultrasound, semuanya kelihatan normal, barangkali perubahan hormon yang temporary disebabkan stress atau faktor yang lainnya.
Januari 2018, saya mula mengalami heartburn yang boleh dikatakan teruk. Terkadang rasa seolah-olah tidak boleh bernafas dan dalam keadaan seperti itu, saya amat sukar untuk makan. Di samping itu, dalam tidak sedar berat badan bertambah di luar jangkaan, walaupun amount and pattern diet saya tetap sama seperti sebelumnya. Suami, keluarga dan rakan-rakan tertanya-tanya adakah saya mengandung? Saya akui kerana persoalan itu dan ditambah dengan haid yang masih tidak teratur, saya kerap menjalani ujian air kecing untuk mengesahkan samada saya mengandung atau tidak. Dan terbukti, setiap ujian yang dijalani memberikan keputusan negative.
Jun 2018, saya semakin mudah merasa kenyang setiap kali makan, dan saya juga semakin kerap mengunjungi tandas untuk membuang air dan perubahan itu disedari suami. Oleh kerana haid yang terus tidak teratur, kami meneruskan rawatan dengan merujuk pakar sakit puan di Kelantan. Disebabkan kekangan masa dan urusan pengajian, temujanji saya terpaksa ditangguh 2-3 kali.
Ada ketulan di kilang telur
19 Julai 2018, ketika ini saya dan suami sedang menjalani latihan perindustrian (praktikal) dan hari ini saya mengunjungi doktor pakar sakit puan ditemani ummi saya, Hapizah Soekis. Konsultasi dengan doktor berjalan lancar sehinggalah saya menjalani ultrasound sekali lagi. Dengan riak wajah yang terkejut, doktor pakar berbincang bersama doktor pelatih (barangkali) serta jururawat yang ada bersama beliau. Dengan nada yang kedengaran berhati-hati, doktor mengatakan bahawa ada sesuatu di ‘kilang telur’/ovari saya. Dengan tenang sy terus mendengar penjelasan beliau. Beliau mengambil masa yang agak lama memeriksa ovari di kiri dan kanan sambil berbincang kemungkinan situasi yang saya hadapi. Dengan sedikit ilmu medical terms dan English, saya dapat meneka kemungkinan keadaan saya. Mood yang mesra, damai dan tenang di dalam kamar itu tadi tiba-tiba berubah.
Antara dialog yang berlaku ketika itu antara saya dan doktor tersebut-
Doktor: Ada ketulan ye di kilang telur awak, ovari.. Nampak macam ada kat dua-dua belah tapi banyak di bahagian kanan. Nampak macam ketulan-ketulan kecil yang banyak.. Awak takde rasa sakit ke kat bahagian abdomen, perut awak ni?
Saya: Ada doktor, kadang kuat juga tapi saya rasa bearable, masih boleh tahan
Doktor: lama dah start rasa sakit?
Saya: Lebih kurang akhir tahun lepas atau awal tahun ni doktor.
Doktor: Awak ada ambik ubat putih atau kurus ke?
Saya: Tak pernah doktor.. saya tak makan benda-benda mcm tu..
Doktor: Dalam family, ada yang kena kanser ke?
Saya: Ada doktor, makcik saya
Doktor: Belah mak atau ayah?
Saya: Belah mak.
Dialog itu berakhir di situ buat sementara.
Ketika itu terbayang wajah arwah ibu sedara saya yang baru meninggal tahun lepas. Saya sifatkan beliau sebagai salah seorang cancer-fighter yang bertarung dengan breast cancer hampir 8-9 tahun kalau tak silap saya. Wanita hebat yang diuji, namun saya tak merasakan bahawa saya akan menjadi sesabar dan setabah beliau jika diuji sedemikian.
Doktor mula kelihatan ‘kalut’ memberi arahan itu dan ini kepada jururawat serta beliau mengisi 3-4 borang dihadapan saya. Darah saya diambil sebanyak 6 botol darah. Kembali bertemu doktor, doktor menerangkan yang penyisatan untuk mengetahui keadaan sebenar saya perlu dilakukan melaui CT Scan, dan diagnos hari itu belum dipastikan dan hanyalah kemungkinan. Surat rujukan untuk menjalani CT Scan diberikan, tertulis di bahagian bawah surat tersebut adalah:
Possible diagnose: ovarian cancer
Selepas pertemuan hari itu, tarikh temujanji dimaklumkan pada suami, ummi dan keluarga namun diagnose hari itu dan matlamat temujanji seterusnya tidak dimaklumkan. Hampir 2-3 hari ianya disimpan sebagai rahsia. Memandang suami, keluarga terutama ummi ayah terasa begitu asing kerana memikirkan kemungkinan yang berlaku. Akhirnya ummi dimaklumkan terlebih dahulu dan kemudian suami. Dengan matlamat untuk menjadi lebih peka menjaga pemakanan, ibu mertua mengetahui hal tersebut dan tangisan di pipinya membuatkan air mata saya yang bergenang di kelopak mata juga tidak dapat dibendung. Tangisan saya sekat dan senyuman diukirkan. Suami mula resah, merujuk ke sana dan ke mari, bertanyakan kemungkinan yang akan berlaku kepadanya saya.
“Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana memilihku menjadi insan yang diuji” – Itu suara hati yang saya pegang sejak menerima berita tersebut.
13 Ogos 2018, CT Scan dijalankan
29 Ogos 2018, temujanji dengan doktor pakar sakit puan untuk mengetahui keputusan CT Scan. Kemungkinan saya mengalami kanser ovari ada,namun ianya hanya dapat dibuktikan apabila sampel ketumbuhan di ovari saya dikeluarkan dan diuji. Tarikh pembedahan ditetapkan dan keputusan yang dicapai adalah untuk mebuang ketumbuhan yang ada serta membuang ovari kanan saya. Dengan penjelasan bahawa peluang saya untuk mengandung tetap ada memandangkan masih ada ovari kiri, suami menerima keputusan tersebut.
1 Oktober 2018, kami mengambil cuti selama seminggu untuk urusan pembedahan dan hari ini saya dimasukkan ke dalam wad untuk tujuan pembedahan keesokan harinya, dan ditemani kakak tercinta Ummu Husna Derahman. Petang itu, sekali lagi ultrasound di jalankan, saya dimaklumkan tentang doktor-doktor yang akan menyertai pembedahan saya, saya mengisi borang kebenaran untuk dibius penuh serta saya diterangkan tentang proses pembedahan esok hari. Berdasarkan pemerhatian melalui ultrasound serta dibantu oleh imej dari CT Scan, doktor seolah-olah merasakan keadaan saya lebih teruk dari yang sebelumnya. Pada ketika itu, secara professional doktor berdialog;
Doktor: Okay Puan Ummu, puan tahu ye tujuan pembedahan esok?
Saya: Ye saya, doktor..
Doktor: Okay, esok kita kan buat operation di panggil laporotomy dan kita kan belah bahagian abdomen awak secara vertical ye (sambil menunjukkan bahagian yang beliau maksudkan).. kita akan belah dari bawah pusat dan ke bawah, kira-kira 10 cm, dan kalau cyst tu besar, mungkin kita akan belah sikit dari ke atas pusat ye..
Saya: Ok doktor..
Doktor: Esok siapa penjaga yang akan ada masa operation ye?
Saya: InsyaAllah mak ayah saya dan suami akan ada sekali.
Doktor: Ok baik puan.. sebab macam ni ye puan, cyst puan ni kami rasa dah merebak jauh dan bukan berada berdekatan ovari sy, cyst tu dah hampir ke kawasan buah pinggang dan menolah bahagian atas puan ye.. jadi kami tak pasti samada bahagian mana lagi yang terlibat smpailah kami bedah buka dan lihat sendiri. (Saya hanya mengangguk mengiyakan). Sebelum ni puan dimaklumkan bahawa ovari kanan puan akan dibuang bersama ye puan?
Saya: Ye doktor..
Doktor:.. baik, jadi ye puan esok ada kemungkinan kita terpaksa untuk buang kedua-dua ovari dan kalau ianya dah merebak ke bahgian rahim, kami terpaksa untuk buang rahim puan sekali..jadi, kami perlukan persetujuan dari suami puan esok, kalau perlu..
Keadaan wad terasa sunyi, dalam keadaan terkesima saya mengiyakan dan doktor membenarkan saya kembali ke katil selepas memaklumkan bahawa saya perlu menandatangi surat persetujuan untuk menjalani pembedahan dan dibius penuh.
Dengan fikiran kosong, saya disapa kakak dan saya bertindak biasa. Saya kemudian berwuduk dan solat Asar. Sujud kali itu terasa lama, tangisan dalam diam mencurah di dada sejadah. Doa terasa sukar dilafaz. Ketika itu, terasa seolah-olah hamba yang sangat dhaif dan hina di hadapanNya, hamba yang sedang memahami aturanNya dan dalam keadan bertawakal terus mensyukuri nikmat ujian itu.
Memandangkan saya hanya ditemani ummi, ayah Derahman Yusoff dan kakak semasa urusan kemasukan wad, petang itu suami dtg seawal waktu melawat bermula. Saya menyambut dengan senyuman namun hati yang gundah. Selepas usikan dan jenaka antara saya, suami dan kakak, suami duduk di hadapan saya dan memandang tepat wajah saya, seolah membaca riak wajah saya untuk berkomunikasi dengannya.
Dengan hati dan lidah yang berat menuturkan kata, saya menceritakan apa yang saya lakukan tadi. Menyampaikan maklumat untuk pembedahan esok kemudian mengkhabarkan kemungkinan yang bakal kami hadapi esok. Saya ingin dia menjadi yang pertama dimaklumkan, kakak ditepi mendengar dengan tenang.
Wajah suami kekal tenang namun tangisan saya tak dapat dibendung. Hakikatnya saya tak mampu untuk menzahirkan kata, tapi saya memujuk hati. Dia menenangkan saya bahawa itu hanya kemungkinan dan bukan kepastian. Saya memaklumkan bahawa dia akan membuat keputusan tersebut esok jika diperlukan. Air mata saya terus mengalir laju, memandang wajah suami dengan bayangan “sayang mungkin tak mampu beri b anak..”, ianya terasa begitu pahit dan pedih. Terlintas di hati, andai benar itu takdir yang bakal tersurat, saya berazam untuk minta dilepaskan kelak agar suami mampu memilik isteri yang dapat memberinya zuriat. Suami menemani hingga ke habis waktu melawat dan pulang dengan riak wajah yang tenang dan menasihati untuk saya terus bertilawah untuk menenangkan hati.
Malam itu, mesej dari teman-teman bertanyakan khabar dan mendoakan tidak putus tiba. Abang Muhd Mustafa Siba’ei dan adik Ammar Irfaan yang kejauhan membuat video call serta menghantar pesanan bahawa mereka sentiasa bersama walau berjauhan. Sokongan moral dari kakak ipar Ira Faziera juga diterima menerusi telefon pintar saya. Tidak di duga, pesanan ringkas dari kakak ipar Azliza Aziz Liza dan adik ipar Wawa Aziz II menambah hiba dan mengudang tangisan yg terhenti.
“Utamakan diri adik sebelum fikirkan tentang orang lain.. kami sekeluarga menerima apa-apa keputusan seadanya.. Zuhdi dan Zuhaira sayang cik Ummu..”
“I know you’re strong kak Ummu… we all love you and I love you too, my sister..”
Begitulah ringkasan dari mesej mereka yang panjang. Malam itu terus berlalu.
2 Oktober 2018- Hari pembedahan. Seusai solat subuh, suami, ummi ayah, abang Mohd Amir Hadi Derahman sudah sampai ke wad dan bersama ketika itu adalah kakak ipar Hawadah Shafii yang setia menemani dari semalam. Kemudian kakak dan abang ipar Najahuddin Fuad Yusoff turut hadir, mengambil cuti belah pagi untuk menemani sepanjang pembedahan. Pembedahan saya adalah yang pertama dan dijadualkan pada pukul 8 pagi.
Suami datang dan duduk bersama di atas katil. Dia menyusun atur. Kemudian dia bersuara, memaklumkan bahawa dia telah berbincang dan befikir, apa jua keputusan yang perlu diberikan hari ini, dia akan memilih apa yang terbaik untuk kesihatan saya. Andai menghilangkan peluang untuk kami mendapat zuriat sendiri itu yang terbaik untuk saya, maka dia kan memilih keputusan itu. Di akhir kata, dia berkata sambil bercanda, “kita boleh dapatkan anak angkat..ma dan semua kat rumah pun bersetuju dan menyokong pendirian b”, sekali lagi air mata saya mengalir, terharu dengan layanan dan sokongan dari suami dan keluarga beliau. Pukul 8 pagi, saya dibawa ke dewan bedah diiringi anak-anak buah dan keluarga memberikan sokongan.
Ayah bersuara dalam ruangan sebelum ke bilik bedah, “Ayah tahu Syera anak ayah yang kuat..”, sebak di dada di tahan, flying kisses dari ummi, dan ciuman di dahi diterima dari ayah dan suami. Ahli keluarga yang lain menunggu di luar.
Alhamdulillah, pembedahan hanya mengambil masa lebih kurang 20-30 minit dan kira-kira 2 jam kemudian, saya dibawa keluar dari dewan bedah menuju ke wad. Saat terjaga saya sempat merasa perubahan di bahagaian abdomen di mana perut saya menjadi begitu kempis. Sempat berbicara dengsn doktor walau saya dalam keadaan lemah, beliau memaklumkan hanya cyst yang dikeluarkan serta ovari saya pun tidak dibuang bersama kecuali sedikit sahaja yang bersambung dengan cyst. Berbanding dengan teori awal bahawa cyst saya merupakan ketulan-ketulan kecil, hakikatnya ianya merupakan satu kantung yang sangat besar bersaiz 30cm X 30cm dan dipenuhi cecair yang akan dikenalpasti kemudian.
Mendengar penjelasan dari doktor dan menerusi gambar yang sempat di ambil suami ketika dipanggil seusai cyst tersebut berjaya di keluarkan, alhamdulillah, kelihatan kelegaan dan kegembiraan di raut wajah suami. Allah menguji dengan kami dengan sangkaan yang kami tidak akan dapat menimang cahaya mata sendiri, namun Allah hakikatnya seakan mencuit hati kami untuk mensyukuri kebenaran yang rahim saya bahkan kedua-dua ovari saya dalam keadaan baik. 5 hari kemudian saya dapat pulang ke rumah dan meneruskan recovery phase di rumah. Saya mengambil cuti pengajian untuk satu semester untuk tujuan fokus pada pemulihan.
Pelbagai pengajaran yang saya dapat perolehi dan simpulkan dari sebahagian kisah hidup saya ini. Saya bila mengetahui tentang keadaan saya sebelum ini, saya menjadi lebih peka dan belajar tentang mereka-mereka yang diuji dengan cyst ini. Sedikit kesimpulannya adalah:
Antara punca/faktor yang menyumbang kepada cyst:
1) Wanita yang memiliki berat badan berlebihan atau obes berkecenderungan untuk menghidap polycystic ovarian syndrome (PCO’s) dimana terdapat banyak cyst kecil pada ovarinya – menghalang telur keluar dari kilang ovari lazimnya menyebabkan sukar hamil
2) Wanita dalam era reproduktif di mana ovarinya berfungsi dengan baik juga merupakan golongan berisiko
3) Wanita pada era sebelum menopaus – jika terdapat cyst, besar kemungkinan mengidap kanser itu tinggi
4) Pengmbilan pil atau serbuk kolagen – or probably mudah difahami produk nak putih atau kurus
5) Pemakanan – haiwan yang disuntik hormon nak besar so on or suntikan hormon dalam binatang ternakan untuk elak penyakit
6) Stress dan tekanan perasaan
7) Ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron dalam tubuh badan
8) Lebihan hormon Xenostogen dalam badan
9) Kelewatan menimang cahaya mata – wanita yang lambat mengandung dan melahirkan anak mempunyai risiko yang lebih tinggi
10) Merokok
11) Genetik
Simptom cyst:
1) Mengalami kesakitan pada bahagian pelvis, ketika melakukan hubungan kelamin dan sakit ketika haid (/)
2) Mengalami masalah membuang air kecil atau besar (…)
3) Perut membesar dan terasa ada ketumbuhan di perut/kembung perut tak terkawal (/)
4) Rasa kenyang atau perut penuh (/)
5) Rasa mahu terkencing sepanjang masa (/)
6) Sakit di belakang atau paha (…)
7) Payudara menjadi lembut (…)
8) Pening dan muntah (/)
9) Period/haid tak teratur (/)
(/) utk simptom yang saya alami dan (…) utk simptom yg saya tak ingat atau tak perasan saya alami huhu
Konklusinya, sentiasa alert dengan anugerah kesihatan yang diberikan kepada kita and never take it for granted. Jangan ambil remeh dengan perubahan atau kesakitan yg tubuh kita alami especially perempuan (sebab perkongsian saya ini fokus pada wanita). Diri sendiri dan suami terutamanya, serta kaum keluarga perlu alert dengan apa-apa perubahan yang berlaku dan cepat-cepat rujuk pada pakar.
Latest update: Baru jumpa doctor untuk follow up case ni, doktor terkejut sebab Alhamdulillah saya dah mengandung 3 bulan. Tapi, bukan salah saya la doktor sebab doktor tak bagi amaran kena jarakkan dulu waktu ke apa.. meanwhile suami saya dah nak baby hahaha.. However, Alhamdulillah doktor kata bayi dalam keadaan yang sihat dan tempat cyst pun masih dalam keadaan baik. So, doakan moga-moga kandungan ini insya-Allah sentiasa dalam keadaan yang baik dan bayi akan dilahirkan kelak dalam keadaan sempurna dan baik-baik saja.
Itu saja perkongsian saya, moga ada manfaat dan peringatan untuk semua especially kaum suami dan wanita.
“Mencari yang sempurna itu mustahil, namun bagi menyempurnakan insan lain itu adalah sebahgian dari anugerah Tuhan buat kita, manusia”
Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
Bahan:
Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara buat:
Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
Peram selama sebulan.
Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
10 mL pati + 2 L air biasa
Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Milo bukan sahaja enak dijadikan minuman tetapi juga boleh dijadikan bahan untuk membuat kuih muih dan sajian pencuci mulut. Cukup terkenal dengan tagline, ‘Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat’ Milo cukup ‘dekat’ dengan masyarakat kita.
Salah satu resipi yang boleh dicuba menggunakan Milo ialah agar-agar Milo. Resipi agar-agar Milo ini cukup menarik untuk dicuba kerana hanya dengan empat bahan sahaja, kita boleh hasilkan seloyang pencuci mulut yang lazat.
Anak-anak mesti suka makan terutama apabila dihidangkan sejuk-sejuk. Jom kita cuba resipi Agar-agar Milo seperti yang dikongsikan oleh Ayu Mashrudin ini.
RESIPI AGAR-AGAR MILO
BAHAN-BAHAN:
1 kotak air Milo (1 liter)
1 paket agar-agar serbuk
2 sudu besar gula
3 sudu besar Milo
CARA MEMBUAT:
1. Masak semua bahan di atas dan kacau hingga sebati.
2. Tuang dalam acuan.
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam. Hidangkan.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.