2 Tahun Tanam Lemon Tak Berbuah, Tapi Bila Buat 4 Teknik Ni ‘Menjadi’ Sungguh!

Share

Umum mengetahui khasiat amalkan minum air lemon ini setiap hari sering diwar-warkan, khususnya dikatakan buah lemon ini kaya dengan vitamin C dan bila diminum bersama air kosong bagus untun pencernaan.

 

Bukan itu sahaja, malah amalan minum air lemon menjadi teknik atau cara mudah untuk seseorang dapat menurunkan berat badan. Tidak kurang juga ramai yang berkata, khasiat air lemon ini boleh buatkan kulit bertambah sihat dan cantik.

Menyedari begitu banyak lagi khasiat lemon ini, menyebabkan ada antara kita  gemar untuk menanam pokok lemon di laman rumah dengan harapan memudahkan untuk digunakan bila berbuah kelak.

Namun tidak dinafikan ada juga yang kecewa dalam bab memastikan pokok lemon yang ditanam dapat mengeluarkan hasil seperti yang diharapkan. Bahkan ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan pokok lemon yang ditanam berbuah.

Buat anda yang mengalami masalah seperti ini, sebenarnya ada teknik yang boleh anda praktikkan untuk pastikan pokok lemon tersebut berbuah lebat. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Fairose Mohd Noor.

Menurutnya yang berkongsi pengalaman di facebook berkenaan pokok lemonnya itu terlihat  kini berbuah lebat. Ujarnya sebelum ini, 2 tahun tidak  berbuah. Namun setelah dipraktikkan 4 cara berikut akhirnya pokok lemon meriah berbuah.

Langkah 1 : Pangkas Ranting

Pokok lemon perlu di pangkas ranting/cabang untuk pastikan dapat menghasilkan cabang yang lebih kukuh selain bertujuan untuk produktiviti.

 

Langkah 2 : Gali Lubang Berdekatan Pokok

Lubang digali berdekatan pokok lemon, boleh rujuk anak panah dalam gambar di atas. Setelah digali masukkan sisa makanan/sisa dapur ke dalamnya. Ia akan bertindak sebagai baja. Bila penuh lubang tersebut kambus dan kemudian boleh gali pula lubang lain berhampiran pokok. Lakukan perkara sama.

 

Langkah 3 : Sembur Dengan Cuka Kayu

Semburkan cuka kayu pada bahagian daun dan batang pokok. Cuka kayu berfungsi untuk melindungi pokok dari serangan perosak sambil dapat menguatkan daya tahan pokok daripada serangan penyakit. Selang seli sembur cuka kayu dan baja Ezigrow.

Klik SINI

untuk beli Baja Ezigrow

Klik SINI pula untuk beli Cuka Kayu

 

Langkah 4 : Sesekali letak baja bakar

 

Hasil daripada melakukan rutin 4 langkah di atas pada awalnya saya  sendiri tak percaya. Alhamdulillah..pokok sentiasa ada buah sehingga susah pula untuk dipangkas sebab sering berbunga…..syukur.

Selamat mencuba

Sumber : Fairose Mohd Nor

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club