Sejak kemelut dengan balu abangnya, Allahyarham Abam yakni Nor Hidayah Mohd Ali, Pelawak Ali Puteh mendedahkan dirinya melalui detik sukar dan hanya mampu bertahan dengan menggunakan duit simpanan sendiri untuk menyara keluarga.
“Sejak awal lagi kes (dengan Nor Hidayah) mendapat perhatian, memang banyak job dibatalkan. Saya juga tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini.
“Pada Ramadan lalu, saya terima tawaran untuk muncul program mengaji Al-Quran di mana perlu membaca beberapa surah Al-Quran menerusi panggilan video.
“Itu saja tawaran diterima dalam tempoh itu. Saya dapat token bayaran sebanyak RM300.
“Saya sebenarnya bergantung pada duit simpanan sendiri untuk menyara keluarga dan perlu berjimat cermat kerana ada anak sedang membesar.
“Namun, saya bersyukur segala kelengkapan masih cukup.” katanya kepada media.
Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata juga terpaksa mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menerusi pengeluaran khas KWSP yang diluluskan kerajaan untuk kegunaan modal bisnes.
Ads
Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya.
Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu.
Saya tidak mahu salahkan sesiapa sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada diri sendiri.
Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini.
Ads
Justeru, Ali memberitahu dirinya bersedia untuk bersemuka dengan Nor Hidayah bagi menyelesaikan segala kekeruhan antara mereka.
Namun, Ali menolak seandainya ada pihak yang sengaja mahu menjadikan kisah mereka berdamai sebagai bahan untuk tontonan umum.
“Ada stesen televisyen mahu temukan kami, tapi bagi saya jika nak berdamai tak perlulah diberitahu pada khalayak. Biar saya lakukan sendiri.
“Dia boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid” ujarnya.
Ads
Pada Mei 2020, Nor Hidayah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan di akaun Instagram yang menggambarkan dia seorang individu tidak bertanggungjawab.
Selepas dua tahun, mahkamah memutuskan Nor Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Untuk rekod, Abam telah meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ke mana tumpah kuah jika tidak ke nasi, peribahasa ini begitu dekat jika dikaitkan dengan putera sulung Cristiano Ronaldo, Cristiano Jr yang mengikut jejak langkah bapanya dengan menyertai kelab Al-Nassr.
Remaja berusia 13 tahun itu difahamkan telah menandatangani perjanjian dengan skuad bawah 13 tahun (B-13) Al-Nassr dan sebelum ini pernah bermain untuk pauskan akademi di Real Madrid, Juventus dan Manchester United.
Difahamkan Cristiano Jr akan memulakan latihan dengan kelab Arab Saudi itu dalam beberapa hari akan datang dan akan memakai jersi No.7, nombor yang begitu sinonim dengan bapanya.
Ronaldo sebelum ini pernah mendedahkan bahawa anaknya meminta dia untuk terus bermain dan menangguhkan persaraan supaya mereka berdua dapat bermain dalam satu perlawanan bersama.
“Anak saya memberitahu, ‘Ayah tunggu beberapa tahun lagi… saya mahu bermain dengan kamu.'” ujarnya.
Cristiano Jnr. merupakan anak sulung daripada lima beradik buat Ronaldo yang pertama kali menjadi bapa pada usia hanya 25 tahun ketika anaknya dilahirkan pada Jun 2010, namun identiti ibu anaknya itu tidak pernah didedahkan secara terbuka.
Bila menyentuh bab persiapan keluarga untuk mengadakan majlis kenduri kendara, masa inilah kemeriahannya tergambar. Sanak saudara malah adik beradik tidak perlu disuruh-suruh, dengan sendirinya akan ringan tulang membantu.
Umpamanya dalam menyiapkan goodies untuk tetamu. Nur Diyana bersama adiknya, sama-sama ‘pulun’ untuk siapkan semuanya. Selain itu, apa yang lebih menarik tentang perkongsian bakal pengantin ini adalah cara bagaimana dia dapat berjimat untuk hasilkan goodies yang nyata nampak begitu eksklusif.
Nak tahu apa triknya, jom semak perkongsian ini. Jadi bolehlah dipraktikkan untuk majlis perkahwinan adik beradik kita pula.
DIY VIP Doorgift ideas untuk bakal pengantin
Kalau nak beli siap mahal juga ni jadi sebabkan tengah free saya dan adik yang tengah cuti semester buat lah hehehehe … sikit je ni cuma untuk majlis nikah, pulun la kan kami dua beradik siapkan memang jimat banyak kalau buat sendiri … tak susah pun balut-balut je siap, walaupun simple dan jimat banyak, tetap nampak exclusive juga kan ?
Tak Guna Bajet Yang Banyak Buat Goodies!
Tidak hanya dengan memberi sabun pencuci tangan dengan penjimatan yang hebat, malah Nur Diyana juga turut hadiahkan Buku Yassin yang dibelinya tanpa mengeluarkan wang tunai tetapi bijak menggunakan bajet yang tersedia di dalam kad matriknya.
Memberi sentuhan menarik pada goodies bag untuk diberikan kepada tetamu yang bertandang, gadis ini hanya menambah sedikit aksesori seperti daun hiasan, tali, getah dan kain net.
Kalau nak lebih murah, hand soap, paper bag dan tali jute semua tu kat Eco Shop pun ada jual siap boleh tambah manik blink blink lagi … memang puas hati buat sendiri walaupun penat huhuhuhu …
Sekarang tinggal cari duit untuk settlekan yang lain, diy vip doorgift is doneee
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh ibu ayah untuk pastikan anak dapat bangun awal setiap hari untuk ke sekolah.
Hingga ‘Bebuih mulut ‘ dibuatnya hingga puaslah nasihat, tapi tak juga berkesan. Jadi ada baiknya ikuti panduan yang diberikan oleh Ustazah Isfadiah ini.
5 langkah mudah ini buat anak senang bangun pagi:
1. Bersiap sebelum tidur – Pastikan 15 minit sebelum tidur anak-anak siapkan keperluan mereka untuk hari esok. Keperluan ke sekolah dan keperluan – pakaian ke Surau untuk solat Subuh. Pastikan mereka siapkan sendiri keperluan mereka dan ibubapa pantau sahaja.
2. Skrip otak sebelum tidur – baca set doa tidur memang dah wajib, skrip yang dimaksudkan adalah beritahu anak untuk bangun jam berapa contoh 5 pagi dan bersedia untuk ke surau dan bincang apa aktiviti yang akan dilakukan, biarpun benda yang sama kita kena ulang, mengulang perkara yang sama memang bosan tetapi itulah caranya untuk membentuk budaya dalam diri. Untuk sembahyang pun azan diulang-ulang sampai 5 kali sehari.
3. Skrip kejut anak – ayat yang kita guna untuk kejut anak seharusnya berbunyi lebih kurang seperti ini “Nak…! Bangun, Jom Subuh!” Atau mana-mana ayat yang sewaktu dengannya. Kalau kita kejutkan anak supaya dia bangun untuk ke sekolah, bayangkan apa jadi masa hujung minggu atau masa cuti sekolah? Itu yang tak bangun pagi tu sebab tiada sekolah. Solat Subuh pun liat le jawabnya.
4. Aktiviti fajar – Rancang aktiviti selepas solat Subuh seperti senam pagi, baca Al-Quran, tonton video pengisian rohani, sediakan sarapan pagi dan sebagainya. Aktiviti Fajar ini akan membantu anak-anak ceria dan cergas di awal hari.
5. Hargai Anak – Berilah penghargaan pada anak kerana bangun pagi, sesekali belikan hadiah, atau puji mereka, nyatakan betapa gembiranya kita dapat anak yang suka bangun pagi. Cerita lah pada anak kelebihan bangun awal pagi dari segi kesihatan fizikal kita, emosi dan rohani kita juga. Cuma kena pastikan Penghargaan ni tak boleh selalu beri, cukup sekadarnya sahaja. Penghargaan dan pujian sama macam garam dalam lauk, jika terlebih akan jadi pahit dan penyakit.
Semoga Allah bantu para ibubapa sekalian mendapat generasi bertaqwa.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.