2 Tahun Sama-Sama Diuji Kanser Usus Tahap 4, Wanita Ini Reda Ibunya ‘Pergi’ Dulu Akibat Kemalangan. Sebaknya Baca!

Share

Ajal maut , jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang, yang menentukan adalah Dia Yang Satu.

Bagi Farah Fakira, 21 tahun,  pemergian arwah ibu kandung dan ibu mentua dalam satu  kemalangan jalan raya adalah ujian dariNya.

Di dalam perkongsiannya menerusi instagram,  farahfakhira_ yang menghidap kanser usus tahap 4 reda dengan pemergian orang tersayang.

Sebaknya baca perkongsian pengasas produk terkenal ini.

Biarpun menerima ujian yang cukup hebat, namun Farah tidak buruk sangka kepada Dia Yang Maha Esa. Bahkan, dia menganggap itu satu ujian yang sedikit berbanding orang lain yang mungkin menerima yang lebih hebat lagi.