Pada tahun 2020, Muhammad Haryz Nadzim, dijemput menyertai masyarakat IQ tinggi antarabangsa, Mensa UK, sebagai ahli termuda mereka.
Dipanggil sebagai “Little Einstein” kerana memiliki tahap IQ tinggi yang luar biasa. Kini, adik Haryz berumur 5 tahun dan diterima sebagai ahli Mensa UK pada umurnya 3 tahun.
Haryz mendapat skor sebanyak 142 dalam ujian Stanford Binet. Ujian tersebut adalah satu penilaian keupayaan kognitif yang digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan IQ.
Ibu Haryz, Nur Anira Ashikin, dan bapanya, Mohd Hilmy Naim, mengatakan bahawa mereka menetap di United Kingdoms. Kedua-dua ibu bapanya juga memiliki IQ yang agak tinggi kerana latarbelakang mereka dalam bidang kejuruteraan tetapi tidak sangka akan diberi cahaya mata yang secerdik ini.
“Kami tidak mempunyai banyak pengalaman, jadi kami fikir kanak-kanak memang begitu. Tapi sebaik sahaja dia mula dihantar ke pusat asuhan, kami diberitahu bahawa keupayaan dirinya melebihi budak lain. Ketika itu kami sedari bahawa dia agak istimewa” kata Anira.
Ibu genius ini tidak mempunyai rahsia kecerdikan anaknya malah hanya dengan pendedahan buku sejak 2 tahun, Haryz boleh membaca sendiri buku cerita. Setelah mereka mengetahui akan kepintaran anak mereka, Anira dan Hilmy mencipta satu saluran YouTube yang dinamakan “Little Haryz”, untuk menjadi inspirasi kepada kanak-kanak yang lain.
Pengiktirafan seperti ini tidak akan diberi jika guru Haryz di “nursery school” tidak memberitahu Anira dan suaminya tentang kebolehan pembacaan anak mereka yang terkehadapan berbanding dengan kanak-kanak yang lain usianya.
“Oleh itu, kami membawanya berjumpa seorang psikologis kanak-kanak pintar di Britain, dengan harapan dapat mengenalpasti di mana kelebihan dan kekurangannya. Haryz dinilai secara tidak formal dalam ujian Stanford Binet dan mendapat skor 142. Kami sekaligus diberi borang untuk dihantar ke Mensa” jelas Anira.
Walaupun Haryz merupakan seorang genius, dia masih bersikap seperti kanak-kanak yang lain. Ibu bapanya juga menggalakkan anak mereka untuk seimbangkan IQ dan EQnya.
“Matlamat kami adalah memastikan Haryz boleh pergi lebih jauh dalam minatnya tak kira apa jua bidang yang diminatinya. Kami tiada halangan dan kami akan cuba sedaya upaya memberikan sepenuh sokongan, pengisian dan dorongan untuk dia kekal ceria dan seronok dalam apa jua yang dilakukannya. Kami mahu dia terus ke hadapan dengan keinginan sendiri, jauh sekali untuk memaksa dirinya” kata Anira.
Semoga kisah adik Haryz dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa yang lain diluar sana agar sentiasa memupuk minat anak dan mainkan peranan anda sebagai ibu bapa sewaktu tumbesaran anak terutamanya menjaga perasaan mereka tanpa mengambil kira soal tahap pencapaian masing-masing.
Terima Kasih.
Sumber: Oh! InfoKini
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club