2 Minggu Konsisten Buat Petua Ni, Akan Nampak Kesannya. Badan Lebih Ringgan & Berat Badan Turun!

Share

Mengawal berat badan dan seterusnya memiliki berat badan yang ideal tentunya ada banyak cara dan amalan yang dilakukan. Selain melalui pemakanan yang sihat dan melakukan aktiviti bersenam, bahkan mengamalkan petua juga tidak kurang hebatnya dalam memberikan kesan pada tubuh badan.

Ini seperti mana kaedah mengamalkan petua yang dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai . Menurutnya, minum air daun parsley yang dicampur dengan perahan lemon boleh memberi kesan pada sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.

“Aisyah share petua kurus yang best tapi simple. Macam biasa, kita guna bahan simple-simple jek. Ramai bagi feedback berat badan turun 3-5 kg dalam masa 2 minggu bila konsisten buat petua ni,” ujarnya pada perkongsian di facebook.


TEH PARSLEY UNTUK KURUS


Bahan- bahan;
1 genggam daun parsley dengan batang ( boleh guna jenis daun flat atau yang bergulung)
1 hiris jus lemon
1 gelas air panas mendidih

Cara buat;
1.Rendam parsley dalam segelas air panas mendidih.

2.Bila teh parsley dah suam, masukkan jus lemon.

3.Minum masa perut kosong.

Teh parsley ni sebenarnya rendah kalori tapi kaya dengan macam-macam vitamin yang best macam vitamin A, B, C, K, potassium dan iron.


Parsley ni sebenarnya kaya dengan chlorophyll juga tau. Sebab tu dia boleh detox badan dan kuruskan badan. Bila minum teh parsley ni, korang akan kurang rasa craving dan dia bantu kontrol lapar.  Selamat mencuba

Sumber : Aisyah Badar Bajrai 

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club