
Sememangnya biskut mudah menjadi lemau jika tidak disimpan dengan cara yang betul. Pastinya tidak enak lagi untuk dimakan untuk kali yang kedua.
Bagi mengatasi masalah ini, apa kata anda mencuba teknik ini. Hanya gunakan gula pasir dan balang kedap udara.
Caranya amat mudah.
1. Bersihkan balang dan tabur sedikit gula pasir ke dalam balang berkenaan.
2. Kemudian masukkan biskut dan tutup balang hingga ketat. Hasilnya biskut yang disimpan dalam balang akan kekal rangup dalam jangka masa yang lama.
Selepas ini, pastinya biskut raya yang anda sediakan akan tahan lebih lama keranggupannya untuk sebulan sepanjang Syawal nanti. Selamat mencuba!
Melancong Bersama Keluarga, Sambutan Raya Aidiladha & Aktiviti Korban Dibenarkan Ikut SOP Ditetapkan-PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihann (PKPP) bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos ini.
Dalam tempoh PKPP dilaksanakan, lebih banyak kelonggaran akan diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi prosedur opearasi standard (SOP) secara berterusan.
Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.
Jadi saudara-saudari bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu atau new normal setelah hampir 3 bulan tidak ke mana-mana.
Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup.
Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa sambutan Hari Raya Aidiladha akan dibenarkan.
“Saya nak sampaikan berita baik. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.
“Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.
Berikut antara ringkasan dari teks ucapan dari Perdana Menteri:
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP 10/06/20 – 31/08/2020
1. Rentas negeri dibenarkan
2. Gunting rambut dibenarkan
3. Pasar pagi/petang/siang/malam dan gerai-gerai yang bukan restoran dibenarkan.
4. Dobi layan diri, kolam mancing dibenarkan.
5. Aktiviti sukan yang tak melibatkan sentuhan badan dibenarkan.
6. Berbasikal dan konvoi motorsikal dibenarkan.
7. Sukan yang ada sentuhan tidak dibenarkan lagi.
8. Pelancongan domestik dibenarkan.
9. Sempadan negara masih ditutup.
10. Sambutan Hari Raya Aidiladha dibenarkan.
11. Solat berjemaah dilonggarkan dengan membenarkan lebih ramai. Akan diumumkan nanti.
12. Sekolah akan dibuka secara berperingkat. Pengumuman akan dibuat nanti.
13. Waktu operasi perniagaan seperti biasa dengan norma baru.
14. Pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat karaoke, taman tema, kenduri, rumah terbuka masih belum dibenarkan.
Sumber: Muhyiddin Yassin & Akhtar Syamir
Nak Tanaman Makin Subur, Cuba Letak 4 Benda Ni, Hasilnya Memang Tak Terjangka. Salah Satunya Rambut Manusia!

Pening kepala memikirkan bagaimana nak suburkan tanaman? Bagi ibu-ibu yang suka berkebun dan bercucuk tanam, melihat tanaman subur menghijau dan bersih pasti terasa puas hati.
Apa lagi kala melihat kesemua tanaman ini berbuah dengan lebatnya.Baik apa jua tanaman samada sayur atau pohon bunga-bungaan, selain baja yang membantu menyuburkannya, baja organik iaitu daripada bahan semulajadi adalah bahan terbaik bagi satu-satu tanaman itu sendiri.
Apakah bahan-bahan semulajadi itu?
Rambut Manusia
Ketika memotong rambut, orang-orang tua selalu meminta meletakkan lebihan rambut yang digunting ini di bawah pokok terutama pokok pisang. Mitos mengatakan kepala menjadi lebih sejuk mungkin ada benarnya, namun fakta yang lebih tepat, rambut ternyata membantu satu-satu pokok itu jadi lebih subur.
Rambut manusia mempunyai 30 kali ganda nitrogen berbanding baja najis haiwan? Jadi jika menggunting rambut, jangan malas untuk menyumbangkan nitrogen ini dengan menaburkan rambut yang telah digunting di kawasan berhampiran tanaman anda.
Teh Sebagai Mineral
Ya ini benar. Lebihan uncang teh atau lebihan air teh jangan pula terus dibuang sama sekali. Sebaliknya simbahlah pada pasu tanaman anda. Mineral yang terkandung pada seuncang teh besar khasiatnya pada pokok dan bunga anda.
Siramlah setiap hari, hasilnya pokok akan lebih cepat berbunga.
Kulit Pisang
Kulit pisang tanpa ada tahu menyimpan khasiat yang cukup hebat dalam membantu menyuburkan tanaman. Kulit pisang kaya kalsium dan magnesium yang sangat baik untuk menyuburkan tanah. Letakkan kulit pisang di dalam pasu tanaman anda atau di atas tanah, sekitar tanaman anda agar tanaman tumbuh dengan subur. Apa yang perlu anda tahu, kulit pisang ini juga cukup mujarab bagi menyuburkan pokok tomato. Kena cuba!
Hampas Kopi
Tidak hanya teh, kopi juga memainkan peranan yang sama. Jangan buang hampas kopi sebaliknya tapiskan dan taburkan di atas tanah tanaman anda. Tanaman hiasan terutama pokok bunga amat memerlukan mineral daripada kopi ini. Lakukan ini dengan kerap.
Berkebun Di Balcony Aras 34, Macam-macam Lelaki Ni Boleh Tanam & Ni Tipsnya!

Keterujaan untuk bercucuk tanam tidak membataskan saudara Azizul untuk memiliki kebun sayurnya sendiri walaupun tinggal di rumah kondo.
Bukan sepasu dua pokok ditanam olehnya malah banyak dan pelbagai, bahkan tanamannya hidup begitu subur.
Berkongsi info cara dan teknik yang dilakukan olehnya di sini, semoga dapat memberi inspirasi kepada anda.
Ini perkongsiannya.
Alhamdulillah.
Salam semua. Saya kongsikan kisah kebun langit aras 34 ini. Mula-mula pindah kesini hanya ingin tanam pokok Alor Vera, kari dan pandan sahaja. Tapi apabila tragedi PKP/MCO tu projek merebak sampai jadi kebun langit terus.
Saya cuma tanam sayur yang senang untuk di jaga dan sedap untuk di makan. Contohnya Kailan jenis broccoli, pakchoi, bayam Brazil, daun sup da ketumbar. Kangkung, sawi dan bayam merah susah sikit, ia memerlukan ruang besar. Kalau tak sayur jadi kecil dan halus.
Pokok cili ada beberapa pokok dan jenis. Bug putih tu memang selalu menyerang juga walaupun duduk di aras tinggi ni. Tapi saya dah jumpa satu teknik. Saya sembur serai wangi bercampur sedikit cuka kayu.
Kaedah siraman, saya guna air recycle dari penyaman udara. Saya akan bancuh baja hidroponik A+B terus ke dalam tong air tu. Itu yang subur menghijau lain macam.Tak perlu angkut air dari bilik air.
Rack putih saya beli di Aeon. Rack grey saya beli di shoppe. Ia tahan karat dan untuk outdoor. Ada beberapa jenis sayuran yang memerlukan cahaya direct. Jadi ruang bawah tak berguna sangat kecuali pokok pudina yang santai tak perlu cahaya terang.
Tanaman saya juga ada beberapa yang kurang menjadi contohnya kunyit dan daun kesum. Susah betul nak kembang subur kat atas ni. Begitu juga pokok keladi. Saya akan tetap berusaha.
Saya akan elak menanam pokok yang akan menghasilkan daun kering. Nanti jiran bawah marah. Biasanya sayur sahaja akan diletakkan ditepi balkoni. Pokok cili, daun kaduk dan kunyit disusun disebelah dalam. Senang nak uruskan daun-daun yang kering. Biasanya sebelum daun kuning saya dah cantas.
Untuk masa akan datang, saya ingin mencuba tanam cekur manis dalam pasu panjang. Hehehe.
Sumber : Azizul Ab Aziz
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club