
Sememangnya biskut mudah menjadi lemau jika tidak disimpan dengan cara yang betul. Pastinya tidak enak lagi untuk dimakan untuk kali yang kedua.
Bagi mengatasi masalah ini, apa kata anda mencuba teknik ini. Hanya gunakan gula pasir dan balang kedap udara.
Caranya amat mudah.
1. Bersihkan balang dan tabur sedikit gula pasir ke dalam balang berkenaan.
2. Kemudian masukkan biskut dan tutup balang hingga ketat. Hasilnya biskut yang disimpan dalam balang akan kekal rangup dalam jangka masa yang lama.
Selepas ini, pastinya biskut raya yang anda sediakan akan tahan lebih lama keranggupannya untuk sebulan sepanjang Syawal nanti. Selamat mencuba!
Resipi Bihun Sup Utara Sambal Merah Terlajak Padu, Air Tangan Superdaddy Ni Simple Caranya Tapi Sedap

Dah ada idea nak masak apa untuk open house hari ni? Kalau orang utara, Selain laksa, bihun sup antara menu yang selalu jadi pilihan.
Jadi apa kata cuba pula Bihun Sup Utara yang menggunakan cabai atau sambal merah.
Admin kongsikan resipi dari saudara Khairul Abdullah. Cukup simple cara buatnya, guna pressure cooker je untuk mempercepat proses melembutkan daging.
Tapi kalau tak ada jangan bimbang, boleh juga guna resipi ini. Cuma masa merebus daging sedikit lama.
Bihun Sup Utara wehhh.
Entah tetiba teringin bihun sup. Terus aku singgah beli barang balik opis tadi. Ambik masa sejam juga nak siapkan semua ni. Kelam kabut masak lupa nak ambik gambar step by step. Sorry naaa.
Ini bihun sup utara, kami tak guna sambal kicap macam hampa, kami guna sambal merah.
Nak buat dia pun senang yakmat.
Nah resepi “Bihun Sup Utara Sambal Merah Tak Sama Macam Geng Joho Sambal Kicap” oleh Superdaddy Khairul Abdullah.
Allahu panjang pulak nama dia.😅
Bahan-bahan untuk sup:
300-500gm daging bersama tulang.
1 ketul sup bunjut
2 batang serai diketuk
1 inci halia diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah ditumbuk
Cara nak buat sup:
1. Masukkan semua sekali dalam pressure cooker kalau ada dan tambah air ikut banyak mana sup kita nak. Set timer dalam 35 minit dan tekan on.
2. Dah siap, masukkan garam dan gula jika perlu. Keluarkan isi daging dan potong kecil.
Siap.
Resipi Pizza Tanpa Uli, Ibu-Ibu Kena Cuba Ni. Wow Mudahnya, Jom Cuba!

Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini sudah tersedia cara yang paling mudah. Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, hidangan ini pantas memikat selera suami dan anak-anak. Jom cuba untuk hidangan petang ini.
Bahan-bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.
Sumber: Rafiza Idayu (Facebook)
Buat Laksa Nyonya Jangan Kedekut Santan. Suami Ni Kongsikan Resipi, Kuahnya Memang Power!

Untuk ringankan beban isteri tercinta, tak salah pun jika sekali sekala encik suami masuk dapur untuk sediakan makanan untuk keluarga, betul tak?
Bahkan ada juga isteri mengakui ada kalanya masakan suami lebih sedap dan digemari oleh anak-anak. Maklumlah, hidangan istimewa dari air tangan en suami lah katakan. Pasti dihargai oleh seisi keluarga.
Pun begitu jangan ingat lelaki hanya boleh sediakan menu ringkas sahaja, bahkan menu istimewa juga boleh disediakan sepertimana yang sering dilakukan oleh Encik Nazri Mat Zain yang juga merupakan seorang pesara tentera.
Siapa sangka menu yang dikongsikan olehnya di media sosial bukan biasa-biasa malah sering mendapat perhatian dan pujian warganet. Salah satunya adalah apabila berkongsi resipi Laksa Nyonya.
Lihat gambar kuahnya sahaja sudah dapat dibayangkan betapa enaknya hidangan yang disediakan oleh Encik Nazri ini. Jadi apa kata kali ini kita cuba pula sediakan menu ini untuk sama-sama dinikmati oleh seisi keluarga.
Resepi Laksa Nyonya
Bawang Besar 3 biji
Bawang Putih 4 ulas
Cili kering 10 tangkai
Cili besar merah 6 biji
Belacan besar ibu jari
Lengkuas 1/2 inci
Halia 1/2 inci
Kunyit hidup 4 biji
Buah keras 4 @ 5 biji
Campurkan semua sekali dan blend.
Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang blend tadi.. (Minyak jangan terlampau banyak yer) Semasa tumis tu masukkan
2 batang serai yang telah diketuk dan masukkan 2 kuntum bunga kantan yang telah dibelah 4 serta daun kesum dalam 50sen.
Setelah pecah minyak masukkan 1kg santan dan air
Kepekatan kuah ikut citarasa sendiri dan masukkan fish ball, tauhu fook ( tauhu yang selalu orang buat bergedil tu) dan sekeping asam gelugur
# Tauhu fook dan fish ball tu agak-agak lah yer. Ni sebab Papa buat dalam kuantiti yang banyak…
Masukkan garam, aji dan gula secukup rasa
Dah didih tutup api siap dihidangkan
# Kuah ni boleh makan dalam 8 – 10 orang…
# Terpulang samada nak guna mee kuning atau bihun – dicelur
# Bahan tabur macam laksa biasa
Daun salad
Bwg besar
Timun
Cili api potong
Telur Rebus
Selamat Mencuba.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
- Tengok Nasi Pun Dah Terliur. Rupanya Begini Cara Che Puan Gojes Buat Nasi Ayam, Tak Perlu Tumis Bahan!
- Anak Bongsu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof Jalani Hidup Sederhana & Bahagia. Raih Pujian Ramai!
- Buat Pancake Cara Cik Dayang Zuhaila, Dah Lama Masak Pun Tetap Lembut!
Sumber : Nazri Mat Zain
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club