Kata orang, yang pahit itu ubat. Begitu juga kalau hendak dibandingkan pahitnya daun betik.
Memang sangat pahit dan hanya mereka yang pernah merasainya sahaja tahu betapa pahit rasanya.
Pun begitu, tidak dinafikan ada sahaja yang gemar makan ulam daun betik ini. Begitu menyelarakan bagi sesetengahnya.
Namun apa yang lebih istimewa bila bercakap mengenai daun betik ini, dikatakan jika dimunim jus daun betik mampu membantu meninggikan platelet darah bagi pesakit denggi.
Bagaimana cara amalannya, jom baca perkongsian info ini.
2 helai daun betik setiap hari mampu meningkatkan platlet pesakit denggi
Kajian klinikal terhadap jus daun betik di dalam pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan bahawa pengambilan sebanyak 30ml (dua sudu besar) jus daripada dua (2) daun betik matang setiap hari, selama tiga hari menaikkan jumlah platelet.
Kenaikan platelet ini hanyalah salah satu dari pelbagai proses yang berlaku di dalam pesakit yang menghidapi demam denggi.
Kajian masih lagi berjalan berkaitan kegunaan jus daun betik bagi demam denggi. Pihak KKM tidak menyediakan jus daun betik di hospital-hospital kerajaan.
Daun betik dan keracunan Cyanogenic
Cyanogenic glycosides adalah bahan kimia yang digunakan oleh tumbuhan-tumbuhan tersebut sebagai pertahanan dalam menghadapi serangan serangga perosak atau haiwan pemangsa.
Dos cyanide yang paling rendah untuk memudaratkan manusia adalah sebanyak 1 mg bagi setiap kg berat badan.
Oleh itu bagi seseorang yang mempunyai berat badan sebanyak 60 kg, 12,000 helai daun betik perlu diambil pada satu masa untuk mengakibatkan keracunan akut.
Kajian keselamatan pengambilan daun betik mendapati ia selamat diambil dalam dos yang disarankan.
Sumber : Public Health Malaysia