Dalam keterujaan mahu menyambut lebaran, segala persiapan disediakan walaupun anak yang dikasihi sedang sakit.
Namun luluh hati ini, bila semuanya sudah tersedia, anak pula pergi selamanya 2 hari sebelum Syawal menjelma.
Itulah yang dilalui oleh pasangan Shahrul Amri Ibrahim dan isterinya, Nurul Akma Abd Rashid meskipun pemergian anak mereka iaitu Allahyarham Muhammad Tariq sudah dijangka sejak dia dilahirkan.
“Kami memang memang sudah mengetahui keadaan Tariq (umur tak panjang) sejak dia dilahirkan kerana arwah disahkan menghidap jantung berlubang sejak lahir. Malah sepanjang empat bulan usianya selepas dilahirkan dia berada di dalam wad dan menerima rawatan.
“Doktor pun sudah sedia maklum yang jangka hayat anak saya tidak panjang.”
Keadaan kesihatan Tariq bukanlah asing dalam kalangan pengguna TikTok kerana bapanya itu sering berkongsi gelagat si kecil berkenaan menerusi platform tersebut.
Ads
Bercerita lanjut tentang berita duka itu, Shahrul berkata dia dan isteri bagaimanapun tidak menyangka anaknya akan menghembuskan nafas terakhir pada 20 April lalu iaitu pada usianya setahun 6 bulan.
“Tariq berada dalam keadaan baik sehingga Rabu (19 April). Sebab tu kami tak sangka keesokan harinya dia akan pergi selamanya,” luahnya hiba.
Menurut bapa berusia 27 tahun itu, anaknya meninggal dunia semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman isterinya di Benut, Johor.
Ads
“Kami keluar rumah kira-kira pukul 7.05 pagi… pada masa ni dia tidak berhenti merengek (menangis).
“Setibanya di salah sebuah stesen minyak di Kajang, Selangor… isteri saya dapati Tariq sudah tidak bernafas,” ujarnya sambil mengakui tangisan anaknya pada pagi itu berbeza daripada kebiasaan.
Tambahnya, sejurus tiba di Hospital Kajang, doktor mengesahkan bahawa anaknya sudah meninggal dunia pada pukul 7.39 pagi.
Ads
Katanya lagi, jenazah Tariq dikebumikan di Rompin, Pahang iaitu kampung halamannya.
“Salam Lebaran daripada kami berdua. Tahun lepas raya bertiga, tahun ni berdua sebab Tariq dah beraya awal dekat syurga,” tulisnya ringkas.
“Tahun lepas kami dapat beraya bertiga tapi tahun ni hanya baju sahaja yang tinggal. Memang terasa kehilangan lebih-lebih lagi pada isteri yang sepenuh masa bersama Tariq.
“Pun begitu, dia terima dan reda dengan ketentuan Allah. Cuma saya bimbang keadaan dia yang kini sedang hamil anak kedua.
“Oleh itu, saya limitkan kerja dan memperlahankan sedikit perjalanan bisnes demi meluangkan masa bersama isteri,” katanya yang pernah tular melakukan tiga kerja sekali gus sejak bujang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila mana melibatkan kes suami tidak ambil peduli kisah isteri, mengabaikan isteri dan memperlakukan sesuka hati kepada isteri, hal ini sebenarnya perlu difikirkan oleh lelaki bergelar suami.
Jangan mempersoalkan berapa banyak tugasan yang isteri harus lakukan sebaliknya cubalah memahami mereka setiap hari. Tulisan lelaki ini, Ahmad Affzan Abdullah banyak benarnya. Mohon suami buka mata!
Ada orang bagi gambar para suami berdiri menunggu isteri di luar kedai. Lihatlah pengorbanan suami katanya.
Ya, aku tahu itu melawak saja, tapi nak sebut tunggu isteri membeli-belah sebagai satu pengorbanan, malu rasanya.
Isteri di Malaysia ini, pengorbanannya tak boleh dihitung. Berkorban diri, emosi, impian, cita-cita, duit, hubungan kekeluargaan. Macam-macam, semata-mata untuk suami dan anak-anak.
Awal-awal perkahwinan, sudah berkorban ikut suami ke mana saja yang suami mahu. Tinggal di rumah mertua, tinggal di negeri orang. Satu pengalaman baru yang sukar namun digagahi juga.
Tentang mengandung dan bersalin, tak perlu ceritalah. Muntah, pening, sakit, itu semua kena hadap seorang diri. Kalau dapat suami yang baik, alhamdulillah, ada juga tolong ringankan kerja-kerja di rumah. Kalau tidak, dalam sarat mengandung itu jugalah kena masak, membasuh, sediakan kelengkapan suami serta jaga anak yang lain. Nak minta suami bawakan ke klinik untuk regular checkup pun belum tentu dapat. Terpaksalah bawa kereta sendiri dalam serba kepayahan.
Suami tak cukup duit nak tampung sara hidup, isteri gadai barang kemas. Tak cukup, isteri pergi cari kerja walaupun cita-cita asalnya mahu jadi surirumah. Anak pun terpaksa dihantar ke nurseri sebab tak ada orang nak jaga.
Suami bila nak berhibur atau nak release tension, boleh keluar main futsal, mengeteh dengan kawan-kawan sampai subuh. Isteri nak buat macam itu? Jangan harap. Kalau stress pun pendam sendiri. Nak berbual dengan suami pun, belum sempat cerita satu bab, suami dah berdengkur.
Kadang-kadang isteri berkorban hobi dan minat sebab nak dahulukan suami. Tengok keadaan ekonomi keluarga, tak apalah bagi suami layan hobi dia dulu. Nak sambung belajar, bagi suami habiskan sambung belajar dulu. Nak minta belikan baju baru pun segan, takut nanti suami tak cukup duit.
Awal pagi, isteri dah siap memasak untuk sarapan dan siapkan anak-anak untuk ke sekolah. Rutin mengemas rumah tak berhenti sampai ke malam. Dah malam nak layan suami pula. Anak terjaga pukul 3 pagi, isteri juga yang kena bangun untuk susukan.
Nak balik raya, isteri yang paling sibuk, tak kiralah balik ke kampung dia atau tidak. Pakaian suami, pakaian anak-anak, semuanya sedia tersusun. Baju raya pertama, baju raya kedua, dah diasingkan siap-siap dalam beg dan bergosok. Dapur dan seluruh rumah habis dikemaskan. Kadang-kadang tak tidur malam 2-3 hari sebelum bergerak balik sebab nak sudahkan kerja.
Pengorbanan isteri itu banyak. Setakat suami nak menunggu lama meneman isteri membeli-belah, aku rasa tak padan. Sakit dia beranak pun kau tak mampu nak balas.
“Alah, emo pula. Melawak sikit pun tak boleh.”
Yalah, melawaklah. Orang perempuan memang selalu jadi bahan lawak dan dilawakkan.
Buat lawak tentang orang perempuan tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, tak pandai isi minyak, bersolek berjam-jam, balik raya bawa satu almari baju, nak cari baju sampai pergi 50 kedai.
Yang paling selalu kena, melawak pasal nak kahwin lagi satu.
Sedarlah, selain isteri kau, ibu kau juga seorang wanita.
Apa perasaan kau kalau orang buat lawak pasal ibu kau tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, atau buat lawak pasal ayah kau nak kawin dua? Ada nampak mummy happy?
Dalam Quran kata, “Ar rijalu qawwamuuna ‘alannisaa'”
Orang lelaki itu pemimpin untuk orang wanita, bukannya bermaksud kau boleh perlakukan dia sesuka hati. Tapi pemimpin dalam erti kata penjaga, caretaker, protecter, pelindung.
Maka apa-apa kekurangan isteri, terima seadanya. Keaiban dan kelemahan dia, suami simpanlah, bukan dijadikan bahan lawak. Tampung mana yang kurang, bantu mana yang dia tak mampu.
Nak buat baik pada isteri bukan dengan belikan cincin, rantai, beg tangan, baju, bunga, coklat dan segala material semata-mata. Bahkan yang perlu suami buat setiap hari ialah jaga hati dan perasaan isteri.
Gembirakan isteri, jadi pendengar yang baik. Isteri ada masalah, suami sama-sama selesaikan. Isteri tengah stress, biar dia luahkan pada suami. Nanti dia meroyan dalam media sosial, kau juga yang bengang.
Apa yang isteri minat, asalkan patuh syariah, suami layankan. Paling tidak pun, jangan dihalang. Tunjuklah yang kau ambil berat. Ini bila dia cerita pasal minat dia, kau leka melayan telefon. Kecewa sungguh rasanya.
Dalam perkahwinan ini, suami isteri ada pengorbanan masing-masing. Apabila masing-masing sudah tunaikan tanggungjawab, hormatilah pasangan kita dan hargai jasa dia dalam memastikan rumahtangga kita harmoni dan kukuh.
Sematkan azam baru. Buat yang terbaik untuk pasangan kau. Segala apa usaha yang kau buat, yakinlah Tuhan nampak dan Tuhan akan balas. Insya-Allah takkan sia-sia. Tak perlulah kau mengadu letih di media sosial sebab lama berdiri teman isteri membeli-belah.
Kredit: Ahmad Affzan Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Benarlah! Untuk didik anak ni bukan hanya cara displin je tetapi kena tahu dan faham natural perkembangan anak itu. Malah anak lelaki dan perempuan cara pembelajarannya juga berbeza.
Jangan buat main ye. Jika ibu ayah salah teknik mengajar anak, akan beri kesan kepada pembelajaran dan perkembangan dirinnya. Perkongsian ibu ini Nik Asma Nmryang di laman facebooknya amat bermanfaat untuk kita mengetahui bagaimana nak didik anak lelaki dan perempuan. Ini kerana sikap mereka ini berbeza dan perlu pendekatan psikologi yang betul mengikut jantina.
Jom semak teknik yang betul dalam mendidik anak lelaki dan perempuan!
TIPS UNTUK FAHAM KERENAH ANAK LELAKI KITA YANG COMEL.
Minggu lepas pegi seminar technic reading by Founder Little Caliph, Teacher Fari. Dia ajar technic cepat membaca dan ajar juga perbezaan anak lelaki dan perempuan.
Sedikit tips nak kongsi untuk kita para ibu ayah yang ada anak laki.
Jangan sekali-sekali bezakan anak lelaki dan anak perempuan. Beza dari segi kepandaian ke, cara belajar ke, mana lagi pandai ke anak laki ke anak pompuan ke, no no. Jangan bezakan. Cara anak laki belajar pun tak sama macam cara anak pompuan blaja. Totally different.
Meh kita baca di bawah bagaimana cara anak laki dengan anak pompuan belajar
1. Anak perempuan bila balik sekolah, kita tanya dia, belajar apa kat skolah, dia boleh jawab belajar lukis bunga, belajar abc, sekian2.
Anak laki kalo kita tanya, dia pun jawab entah. Tak pun dia jawab solat. Semalam tanya jawab solat jugak, kemarin pon solat jugak. Memang takde belajar benda lain ke, haha. Aku try tanya Hamzah, belajar apa kat sekolah, dia jawab belajar makan. Laaaa patutla besar, belajar makan je kat skolah ye. Hahahaha
2. Anak laki lebih kepada mechanical function. Tu yang kalau tengok budak2 lelaki, suka melompat, bergerak, berlari. Kadang kita panggil dia suruh duduk sebelah kita sekejap, dia datang duduk, lepas 5 saat dia hilang. Ini memang nature budak lelaki. Jangan expect dia macam anak perempuan, duduk diam2, baik2, no no. Boys will always be boys. Masa bergerak tulah dia belajar. Perempuan, masa duduk diam tulah dia belajar. Boys oh boys..
3. Anak yang lahir bulan 1 dan bulan 12, atau awal tahun dengan akhir tahun, kita tak boleh compare tahap pembelajaran dia, kerana semestinya yang lahir bulan 1 tu dah banyak progress dari yang lahir bulan 12.
Yang lahir bulan 1 tu by the time bulan 12, dia dah boleh berlari dah, yg bulan 12, baru keluar dari perut maknya, terkebil2 pandang syiling. Botol susu pun tak reti pegang lagi takkan nak compare yang dah berlari dengan yang tak pandai pegang botol susu lagi. Haha
4. Sebenarnya anak laki ni bila belajar dia suka benda bergerak, dia suka hands-on(pegang2, experiencing benda tu), suka eksperimen. tak macam girl, girl ni kita bagi latih tubi pun dia boleh siapkan. Boy kita bagi latih tubi, selalunya tak siap. Tapi endingnya, latih tubi tak siap pun last jadi jugak orang, keje jugak kat sirim, eh sirim tetiba. Haha kesimpulannya, anak laki ni die bukan tak pandai. Dia pandai, tapi learning method dan teaching method untuk anak laki berbeza dengan anak perempuan. Patutla hanzalah tu suka betul main2 pasir, kalo mandi dalam bilik air tu, habes die campur ubat gigi ngan sabun shampoo sume(habes duit mami nakkkk). Pak dia kata nak jadi ahli kimia kot. Suka main campur2 sume benda. Eksperimen kuat sangat. Mainan elok2 pun dibukaknya sebab nak amik magnet kat dalam mainan. Takpelah hanzalah, dulu mami ayah tak paham. Dah pegi seminar, barulah paham. Patutlah hanzalah macam tu.
Pengajaran no 4 ni, kita nak didik anak kena ada ilmu. Kalu takde ilmu, tu yang jadi nak marah-marah anak, tak paham anak, suka melabel anak nakal, padahal sebab ilmu tak cukup.
Hari-hari doa kat Allah mintak nak anak pandai, nak anak pandai bukan Allah bagi *ting* magic. Terus pandai. Tak, tak, tak. Nak anak pandai, terimalah segala macam eksperimen, cubaan itu ini yang dia akan buat, dan main dalam proses Allah nak jadikan dia anak yang pandai seperti doa yang kita minta. *insaf mok
5. Masa belajar, anak perempuan duduk tepi tingkap takpe. Anak laki, jangan bagi duduk tepi tingkap. Ingat tak tadi, anak laki ni dia suka benda bergerak. Tu yang bila cikgu ajar, dia tak boleh fokus, pasal banyak gangguan tepi tingkap, kucing lalu dia pandang, burung terbang dia pandang, lipas, cicak segala jenis binatang dan manusia yg lalu dia pandang. Tu yg masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Make sure anak laki kita, bila belajar suruh cikgu letak dia kat depan. Tengah2. Haha skema gitu. *kena make sure sg
6. Ada tak kejadian bila kita menjerit panggil anak laki, dia macam buat2 tak dengar? Sebenarnya, bukan dia buat2 tak dengar. Dia memang tak dengar. Rasa macam eh tipu takkan tak dengar. Kuat kot bunyi takkanla tak dengar. Ye mmg dia tak dengar.
Kajian menunjukkan anak laki tak boleh dengar bunyi yang berfrekuensi tinggi. Jeritan mak tu frekuensi tinggi la tu. Kalau suara bapak dia yang garau tu, tak yah jerit pun, laju je dia dengar. Macam mencabar keimanan mak je tau, ingatkan pura2 tak dengar. So mak2 kalau nak panggil anak laki, memang kena pegi dekat dia, lalu panggillah baik2, nescaya dia akan dengar. Tak caye boleh buat eksperimen. Anak pompuan, rasanya dua2 dia dengar. Hahahah jerit pun dia dengar, pelan2 pun dia dengar.
*Girls can hear 10x better than boys. Oh no wonder.
Contoh lagi, kalo anak nangis, lagi2 yg suara nak dekat sama tu, (laki dan perempuan). Mak2 boleh tau yang nangis tu yg mana. Ptutlah, aku boleh tau suara maira ke uzair yg nangis. Dengar suara sekilas sudah ku tahu uzair yg nangis. Tanya suami kito, dia ada ‘kot2’ maira kot, uzair kot. Haha xpe yang, sy paham dah.
7. Bila kita marah boys suruh keep quite and sit down. Cuba perati berapa lama boleh keep quite tu. Mesti kejap je, tiba2 5 saat dia start cuit kawan dia. Teacher fari kata tu memang nature dia. Tak boleh duduk diam. Memang macam tu.
Penah tengok tak budak laki hafal quran macam mana, sambil hafal sambil bergerak, makin lama makin nak tunduk, macam nak sujud dah gayanya ke depan ke belakang. Oh patutla…. kadang tengok sampai heran, semua duk menghafal gaya gitu. Sape penah nampak mesti boleh recall. Hahahaha
Ada lagi, penah tengok tak budak laki solat? Kejap cuit kawan, pastu sambung solat, main tolak2 guna punggungla, tolak kawan sebelah kiri, tolak kawan sebelah kanan. Sampai rasa eh tak leh solat diam2 ke. Budak perempuan elok je solat diam2. Pakai telekong elok2, ikot setiap step. Budak laki, boring jap klua saf main lari2 jap, rakaat nak abes, baru dia masuk saf balik. Takut kena rotan ngn ayah lettew.
Kalau girls, masa makan pun duduk elok2 je, masa rehat, rehat ngan kawan sama2, buka bekal, sit down, lepastu TALK, and TALK, and TALK and TALK seperti tiada hari esok.. haha .Sebab tula para suami, korang kena layan isteri bercakap, sebab yeah, girls memang suka bercakap. Thats their nature like forever. Kalau korang tak layan isteri bercakap, tu yg dorang bercakap di fb tu. KRT dan segala jenis mak nenek tu u name it.
Ok sekian, saja share untuk para ibu yang anak boys ramai macam kita ni. Tc Fari pun anaknya 4boys, patutlah dia paham sangat.
Lepas seminar, aku telah menjadi ibu yang baru. Hhahhaha. Yg lebih paham nature anak2. Tiba-tiba anak bising dalam kereta, suruh diam. Diam 5 saat, tiba-tiba dengar dorang gelak terkekek2 tengah main cuit2. Laaaa memang betol tak boleh duk diam hahahahhaha sabo jela.. Allah hantar anak2 untuk tarbiah mak ayah apa itu erti sabar sebenar.
Perkhabaran duka, apabila semalam, kita dikejutkan dengan pengarah, pelakon dan penerbit popular, AR Badul telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronori (CCU) di Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan jantung ekoran masalah salur darah di jantung tersumbat.
Bagaimanapun, pelakon yang terkenal bagi filem era 70-an dan 80-an termasuk filem-filem seperti Panglima Badol, Tuan Badul, Prebet Lapok, Darah Satria dan banyak lagi, kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dalam pemantauan doktor untuk tempoh 48 jam.
Terdahulu, menurut isterinya, AR Badul atau nama sebenar Armaya Aman Ramlie, 70 tahun, mengadu sakit dada dan berpeluh sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 4 petang semalam (ahad).
Isterinya, memberitahu suaminya mengalami serangan jantung mengejut di rumah mereka selepas Zuhur, semalam.
“Abang (Badul) tidak ada sejarah sakit jantung atau penyakit lain. Semalam dia kena mengejut di rumah. Secara tiba-tiba badannya berpeluh dan dia minta saya bawa ke klinik.
“Namun, saya terus bawa ke bahagian kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan barulah doktor beritahu abang ada masalah jantung dan dirujuk ke IJN.
“Setiba di IJN dan selepas pemeriksaan, abang menjalani pembedahan kecil bagi membuka semula salur darah di jantung yang tersumbat,” ujar isterinya Maizatul Osman, 39
Foto Juita Johari
Masih dalam pemantauan doktor
“Alhamdulillah, selepas pembedahan kecil semalam, abang dilaporkan stabil. Namun, dia masih ditempatkan di CCU untuk pemantauan. Jika tak ada apa-apa komplikasi lain, Insya-Allah dia akan dipindahkan ke wad biasa esok,”
Maizatul berkata, Badul perlu menjalani satu lagi prosedur sama dan berharap semua rakan dan peminat Badul dapat mendoakan kesihatannya.
Badul pernah merangkul trofi Aktor Terbaik dan Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) kelapan pada 1989. Beliau juga meraih trofi Pelakon Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1989.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...