Jika ada masalah angin yang terlalu banyak di dalam badan seseorang wanita itu, secara tidak langsung ia akan menjejaskan kelancaran ibu untuk melakukan tugas-tugas harian di rumah.
Apa tidaknya bila perut sentiasa meragam, ketika itulah kita akan rasa senak perut malah hingga membawa kepada rasa hendak muntah dan semua ini membuatkan sesiapapun akan rasa tidak selesa.
Jika ingin dirawat dengan menggunakan kaedah tradisi, ramai yang mengatakan halia adalah ramuan yang terbaik. Ada orang akan makan halia begitu sahaja dan ada juga yang dicampur ramuan lain untuk dijadikan minuman herba bagi mengatasi masalah angin dalam badan.
dan di sini disertakan resipi untuk anda menyediakan jeruk halia agar dapat di simpan lebih lama dan boleh dimakan pada bila-bila masa.
Bahan-bahan diperlukan:
Ads
200g halia muda
1 sudu kecil garam
1 cerek air panas
1 cawan (200ml) cuka
70g gula ( kalau tak mahu gunakan gula boleh gantikan dengan 1 biji buah apple atau pear)
Cara menyediakan dan memasak:
Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk. Kacau sehingga gula hancur.
Didihkan 1 cerek air.
Potong nipis-nipis halia. Lagi nipis lagi sedap.
Letakkan halia ke dalam penapis. Curahkan air panas ke atasnya.
Semasa masih panas, masukkan terus halia ke dalam cuka masam manis tadi. Halia akan berubah jadi warna pink.
Biarkan beberapa hari. Lagi lama lagi rasa sedap.
Pun begitu, jika ada yang tidak boleh terus mengambil halia secara langsung ada baiknya nda jadikan minuman ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Norliza Mohd Salleh ini. Minuman herba ini nampak lebih enak dan pastinya menyihatkan.
“Rebusan selepas habis haid, boleh ringankan badan & buang angin. Awet muda, sihatkan rahim. Milk booster utk bf mom dan melawaskan”-Norliza Mohd Salleh
Ads
Resepi
1 sudu besar halba
2 helai daun pandan wangi
2 serai diketuk
1 ruas halia
1 ruas ibu kunyit
Ads
Cara penyediaan :
Rebus dengan 4 gelas air jadi 1 gelas
No gula ok..
sumber : Norliza Mohd Salleh Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim open house raya belum habis lagi. Makin hari menu makan yang dimakan semakin kencang dan gempak. Alamak tiba-tiba terlupa sebenarnya tengah diet, habis la plan nak kurus. Hari tu masa puasa dah kurus sikit. Oit, perut pon dah main buncit.
Jangan risau, ini antara salah satu petua untuk kempiskan perut dengan cara buat sendiri. Bahan-bahan hanya gunakan yang ada di rumah dan di depan mata saja. Tak susah pun nak buat. Yang penting rajin, jimat dan berkesan.
Jom kita tengok cara-cara untuk buat petua ini di bawah, dikongsikan oleh Kartika Juliana Abdul Karim di Facebook.
PETUA KEMPIS PERUT DAN BUANG ANGIN
Gaul 4 Bahan Ini Sahaja
BAHAN-BAHAN:
-3 sudu halba yang direndam selama 2 minit
-3 cm halia. Disarankan guna halia muda
-4 ulas bawang putih
-15 biji lada hitam
CARA-CARA:
Toskan halba yang direndam tadi. Kemudian masukkan kesemua bahan dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat. Nak senang kisar je.
Kemudian gentel bulat bulat kecil sebesar guli. Simpan dalam peti dalam satu bekas.
CARA MAKAN:
-2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan.
KHASIAT:
-Perut akan kempis dan angin akan keluar jika dimakan secara konsisten.
PANTANG LARANG:
-Ibu mengandung tidak sesuai.
-Ibu menyusu sesuai amal apabila anak sudah hilang kuning (jaundis) dahulu.
PESANAN:
-Jangan lah bergantung kepada tips ini sahaja, cuba buat senaman. Kalau badan rasa berat sangat, banyakkan jalan atau bergerak. Semoga kurus!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi anda yang ingin mencuba perubatan tradisional selain pengambilan ubat yang disarankan doktor, admin mahu kongsikan petua mudah yang menggunakan tiga bahan di dapur sahaja.
Petua ini dikongsikan oleh puan Fazila Ariel.
Ibu saya amalkn jus ni.. Daun belalai gajah + epal hijau utk rawat penyakit diabetes dan gout. Alhamdulilllah berkesan utk die.. Addnote: 1. ibu saya x tapis, terus minum dgn serat2. Die guna blender heavy duty, jd jus mmg hancur betul2
. Sukatan, mcm dlm pic, die guna 4 biji epal tp kuantiti daun saya x sure😅
3. Ibu saya minum 1 cwn sehari.. Apa2 pun ikut kesesuaian masing2. Apa pun dlm dunia ni, kalau dh berlebih, boleh jd toksik pd bdn jgk. Maybe boleh limitkn 3-4x seminggu dulu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ada mangga muda di rumah tapi tak tahu nak buat apa. Bosan asyik cicah dengan colek sahaja kan. Pernah rasa resipi chicken mango? Mungkin ibu-ibu boleh gunakan mangga muda yang ada untuk dibuat resipi ini.
Memang sedap dan puas hati kalau buat buat sendiri. Cukup rasa manis, masin dan masam malah rangup bila dikunyah. Ratah macam tu je pun dah sedap.
Kalau nak tahu rasanya kenalah cuba sendiri. nah, admin kongsikan resipi dari Iza Fariza Mohamed.
Mlm ni kita mkn chicken mango…diet kita tolok tepi..esok baru kita diet balik..hehe
Resepi sos chicken mango
3 senduk cili sos thai yg siam punya
3 senduk gula
1 senduk air
3 biji limau nipis besar(ambil jusnya)
7 titik kicap manis utk bg warna sos cantik
*2 ulas bwg putih
*6 biji cili api
Bahan bertanda ‘ * ‘ diblend . Semua bahan diatas dicampur dan dimasak hingga gula hancur siap.
Ayam ambil bahagian dada ptg bg nipis kemudian gaul ke dlm tepung bistari original… Kemudian grg hingga masak siap
Asesori penyedap mata…hehe
Daun ketumbar
Cili api
Bawang merah
Bahan utamanya semesti mango takde mango tak jd la chicken mango…:-) 🙂 🙂
Ok…by resepi ni hasil saya bljar kelas pjj online Semoga resepi ni bermanfaat utk sape2 yg nk mencuba utk yg nk buat mkn ke,bisnes ke,apa2 je lah…doakan semoga rezeki saya sentiasa dimurahkan
SELAMAT MENCUBA…..
Sumber: hawa qalisha ikin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.