Tinggal di bandar tentunya hendak mendapatkan daun pisang segar yang diambil dari pokok sebelum menyediakan hidanga bukanlah perkara biasa boleh dilakukan. Ini tentu sekali berbeza bila tinggal di kampung. Bila-bila masa boleh sahaja mengambil daun pisang untuk membungkus nasi lemak, lepat, pulut panggang dan sebagainya.
Jadi kebiasaannya kita di bandar ini akan membeli daun pisang di pasar basah. Umumnya dijual dalam gulungan yang banyak dan pastinya jika digunakan akan ada lebihan yang banyak.
Untuk itu, jangan bimbang cuba anda lakukan trik ini dan dikatakan ianya mampu bertahan dan nampak segar selama 2 bulan. Suatu jangka masa yang panjang dan ini secara tidak langsung memudahkan ibu-ibu untuk menyediakan menu yang dibungkus dengan daun pisang pada bila-bila masa.
Jadi ayuh kita fahami langkahnya sebagaimana yang dikongsikan oleh Ellyn Tan, dan semoga bermanfaat.
“Dapat daun pisang ni banyak dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ni supaya tahan lama.”-Ellyn Tan
Langkah demi langkah
1. Ikat getah daun pisang setiap 4,5 helai.
2. Rendam dalam air selama 30 minit.
3. Kemudian toskan atau sejat air sekejap.
4. Masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk.
Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.
sumber : Ellyn Tan via MAHN