2 Bulan Lagi Bakal Bersalin, Nampak Comel Sangat Isteri Bertubuh Kecil Ni Mengandung Hingga Raih Lebih 12 Juta Views!

Share

Pejam celik pejam celik, rupanya begitu cepat masa berlalu. Seakan terasa baru semalam kisah pasangan suami isteri ini viral di media sosial kerana lelaki ini berkahwin dengan pasangan yang mempunyai saiz badan yang kerdil seperti kanak-kanak.

Alih-alih bila meninjau di akaun  TikTok  Yaya mekcekk telah ada beberapa video yang dikongsikan yang memperlihatkan betapa gembiranya pasangan ini dalam menanti kelahiran anak sulung mereka yang bakal lahir 2 bulan lagi.

 

Dalam video yang dikongsikan Yaya yang membahasakan dirinya ‘ibu’ mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang membawanya keluar untuk membeli belah.

@buyahhh tq daddy bawak ibu shopping 🥰 #fyp #fypシ #tiktokfemes ♬ suara asli – ANAK E MAK NOR ❗️

Dapat dilihat dalam video yang ditonton hingga lebih 12 juta view ini, walaupun Yaya sarat mengandung dengan keadaan fizikalnya yang kecil namun tetap lincah dan bertenaga berjalan-jalan untuk membeli belah.

Aksinya berjalan sambil mengusung perutnya yang membulat sempat mencuri perhatian orang ramai.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan Yaya yang dilihat masih bertenaga untuk ke sana dan ke sini dalam keadaan kandungannya yang semakin sarat.

Malah tidak kurang juga yang mengusik mengatakan betapa comelnya ibu genit ini. Tidak dengan itu ada juga yang melahirkan rasa risau dan mendoakan agar dipermudahkan untuk melalui proses bersalin kelak dengan selamat.

 

 

Sumber : TikTok @buyahhh

 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club