Kulit muka yang dah mula gelap gara-gara beraya sakan sepanjang minggu ini ada baiknya dipulihkan segera. Maklumlah barulah lebih yakin nak kembali bekerja minggu hadapan.
Tak perlu gunakan toner, menyental sepanjang malam atau membersih berkali-kali untuk cantik dan cerah. Cuba usahakan cara tradisional guna dua bahan ni je. Superb hasilnya.
Inilah yang disarankan oleh Huda Seman. Katanya keesokkan harinya, bangun pagi muka semakin cantik dan gebu. Ayuh cuba!
Mek dah try memang best weh hasil kejadian, bila amalkan puas hati. Yang bestkan musim raya ni nak glowing mowing meh cuba ni je. Takat nak flawles, harga jimat diykan je. Hehe betul, bukan untuk flawless je, jerawat, parut jerawat atau muka blackout kalau amalkan sure cantik.
Rasanya dah ramai yang tau kan. Jom kita pakat buat dan cantik. Rayakan sebulan korang.
Bahan yang diperlukan:
1/2 biji timun
Gel Alovera (beli kat guardian)
Botol kosong
Penyagat buah
Penapis teh
Ads
Cara caranya okey mudah je.
1. Korang just sagat timun tu je.
2. Lepas tu korang kena asingkan sebab nak air timun je. Perah bagi dapatkan air timun.
3. Lepas tu letak dalam mangkuk asing dan campurkan dengan alovera.
Ads
4. Kacau air timun dengan alovera tu sebati dulu tau.
5. Baru masukkan dalam bekas spray atau bekas untuk korang senang guna.
6. Dan simpan kat dalam peti ais ye.
Ads
7. Tahan lama minimum dalam 2 minggu atau sebulan.
8. Cara pakai waktu korang nak tidur atau masa free, spray kan aje takda masalah. Hehe best. Esok bangun tidur sure pegang muka, gebu gebas rasa.
Berbudi pada tanah tiada ruginya. Menuai hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.
Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan.
Melalui perkongsian di laman sesawang Kebun Bandar, penggunaan semburan MSG pada tanaman akan menghasilkan kesan yang bagus.MSG (Monosodium glutamate) merupakan salah satu penyedap rasa yang kelima yang sering digunakan dalam masakan.
Namun kini, penggunaan MSG juga boleh digunakan sebagai salah satu penggalak tanaman yang berfungsi memberi ‘booster’ kesuburan pokok selepas baja, terutama pada pokok yang susah hendak berbunga.
Batang tanaman akan menjadi lebih cepat besar dan berkembang. Manakala bagi dedaun sayur pula kan membesar dua hingga tiga kali ganda saiznya.Menarik bukan!
KAEDAH PERTAMA:
Sediakan satu sudu teh (5g) MSG untuk kegunaan satu pasu tanaman. Tabur terus bahan ini sebagai penggalak tanaman disebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
KAEDAH KEDUA
Bagi pokok kecil sediakan 1 sudu makan (15g) + 5 liter air (untuk tanaman seperti sawi, kangkung, bayam,salad,pokok kari, serai, pandan dan lain-lain)
Bagi pokok besar ( tanaman setahun ke atas) sediakan 5 sudu makan (75g) + 1 liter air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan,manggis dan lain-lain)
Guna air tanpa klorin seperti air tadahan penghawa dingin, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
Waktu siraman :
Waktu redup petang jam 6 petang ke atas.
Kekerapan :
Seminggu sekali. Siram di pangkal pokok dan sembur pada dedaunan pokok.
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula berbunga.
Selamat Mencuba!
Sumber: Kebun Bandar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan selain rasa syukur dan berterima kasih buat Yang Maha Esa atas kurniaannya. 24 tahun bukanlah satu tempoh masa yang singkat, bukan calang-calang orang yang mampu bersabar, namun kesabaran wanita ini akhirnya ternoktah dengan lahirnya zuriat yang dinantikan selama ini,
Ikuti perkongsian dari puan Fazilah Fazilah selepas lahirnya bayi perempuan yang dinantikan selama 24 tahun.
Penantian 24 tahun
Anugerah Terindah Penantian 24 Tahun …Syukur Pada Mu Yaa…Allah Melahirkan adalah pengalaman yg sangat luar biasa ….saat melahirkan menunjukkan kekuatan tekad untuk membawa kehidupan baru kedunia…
Yaa…Allah berikan syurgamu utknya kerana dia adalah syurga dlm hidupku..24 tahun tempoh yg lama pelbagai ujian di tempuhi.
Doa penuh pengharapan
Usaha ikhtiar dan doa dengan penuh pengharapan ..tiada satupun pasangan suami isteri yg telah Allah satukan dlm pernikahan yg sah tidak mahukan zuriat…tetapi rezeki manusia itu berbeza-beza …sebagaimana kisah Nabi Ibrahim A.S …telah berkahwin lama dan tidak dianugerahkan anak ujian yg dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S amat besar disebabkan Nabi Ibrahim merupakan insan yg Allah sayang…tetapi Nabi Ibrahim A.S tidak pernah berputus asa.
Semua atas kehendakNya
“Sebagaimana doa Nabi Ibrahim A.S kpd Allah “Kurnialanlah kepadaku seorang anak dikalangan anak-anak yang soleh …sebagaimana isteri Nabi Ibrahim Siti Sarah memberi keizinan kpd Nabi Ibrahim A.S mengahwini Siti Hajar….dengan harapan agar Nabi Ibrahim A.S mempunyi zuriat…akhirnya Allah memberi zuriat kpd Nabi Ibrahim A.S..
Anak adalah anugerah dan amanah dari Allah ….bg pasangan yg menanti cahaya mata insyaallah satu hari nanti Allah akan rezekikan utk kita jua …kerana semua atas kehendaknya .
Syukur Alhamdulillah pada hari Jumaat 05.06.2020 saya selamat melahirkan anak perempuan Nur Fasihah Qhadeejah Binti Mohamad…jam 9.58 pagi di Hospital Besar Ipoh. …. anugerah terindah buat saya dan suami walaupun diusia yg sudah lewat….kegembiraan dalam tangisan penantian yg ditunggu-tunggu akhirnya Allah maqbulkan …
“Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kpd Doktor K.Anussia Klinik Kesihatan Lawin …semua jururawat ..terutamanya kak zaharaton yg memberi perkhidmatan yg terbaik hanya Allah yg dpt membalas segala kebaikan ….kepada yg bertanyakan khabar…mendoakan yg baik2 utk sy…semoga Allah membalas sagala kebaikan .. #di sebalik ujian ada rahmat #sabar itu indah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada apa yang lebih menggembirakan saat ini bila insan yang kita sayangi dikhabarkan telah bebas daripada bahaya Covid-19. Ini seperti mana perkongsian seorang wanita, Suzy Sharif yang berkongsi kisah neneknya yang dipanggil Uwan.
Sebelum disahkan positif Covid-19, Uwan seorang nenek yang cukup kuat dan nampak aktif walau telah berusia 95 tahun. Masih direzekikan tubuh badan yang sihat dan mampu berdiri tegap, rukuk dan sujuk bagi mendirikan solat dengan sempurna.
Pun begitu, baru-baru ini ibu kepada 10 orang anak ini diuji dengan Covid-19 sehingga perlu dibawa ke hospital. Memikirkan keadaan itu, seisi keluarga dalam kerisauan, maklumlah Uwan telah berusia. Bimbang sekiranya akan menyebabkan Uwan terlantar sakit namun sebaliknya yang terjadi.
Usia 95 Tahun, Uwan Positif Covid-19
Semalam saya teringat sangat dekat uwan. Saya hubungi Pak Net yang duduk serumah dengan uwan. Katanya uwan sudah tidur. Badannya lenguh akibat suntikan vaksin.
Awal pagi tadi cepat-cepat saya call uwan. Biasanya uwan selepas Subuh dia tak tidur balik.
“Uwan sihat ke tu?”
“Sakit badan tak kena cucuk?”
“Uwan sihat haa.”
“Tak do domam tak sakit-sakit badan pun.”
Uwan saya sudah berumur 95 tahun. Tempohari kesihatannya diuji. Beliau positif covid.
Beliau sempat dihantar ke Hospital Klang untuk pemantauan.
Bimbangnya kami sekeluarga akan keadaan uwan lantaran usianya sudah renta.
Antibodinya pasti kurang. Bagaimanalah tubuhnya mampu untuk menangkis virus yang membunuh ini?
Sesungguhnya Allahu musta’an.
Sepanjang uwan di hospital, beliau dibekalkan dengan sebuah handphone supaya kami boleh berhubung.
Tapi kau kena sabarlah nak call uwan. Sehari semalam call tidak berjawab.
Kadang-kadang dua hari. Maklumlah insan seusia wan, handphone bukanlah keperluan.
Orang Paling Sihat Antara Pesakit
Syukurlah ada seorang anak muda yang sudi membantu uwan. Beliaulah yang sering mengingatkan uwan untuk menjawab panggilan kami. Jiran sewad katil sebelah.
“Kak jangan bimbang, opah (orang Perok gamoknya En Wan ni) ni yang paling sihat antara kami.”
“Dia tak duduk diam, nanti dia round satu wad cari kawan berbual.”
Mendengar itu sahaja sudah membuatkan hati saya berbunga-bunga. Subhan-Allah.Maha suci Allah Taala.
Syukur Atas Rezeki & RahmatNya
Akhirnya berita gembira memihak kepada kami. Uwan bebas daripada covid sepenuhnya selepas beberapa hari di hospital. Syukur kami ke hadrat Allah Taala bukan kepalang.
Inilah rezeki dan rahmat yang Allah kurnia kepada uwan. Beranak 10 badan maintain kecil comel. Matanya masih elok. Suaranya masih jelas tutur katanya satu persatu.
Solatnya masih sempurna dengan berdiri tegap, rukuk dan sujud. Sakit-sakit lutut setakat ini belum ada lagi dalam sejarah kesihatan uwan.
Jaga Pantang
Bahkan jika dibandingkan uwan dengan anak-anak perempuannya. Uwan lebih kelihatan sihat dan tegap walaupun rambut hitamnya sudah banyak ditutupi uban yang memutih.
“Uwan pakai ilmu apa ni?” Tanya saya mengusik.
“Haishh tak do pakai ilmu-ilmu doh.”
“Jaga badan tu dalam pantang.”
Haaa kalau uwan dah bukak cerita ilmu jurus pantang ni. Nanti saya perlahan-lahan angkat kaki lahhh.Hahaha.Lama tunggu nanti kot terkena batang hidung sendiri. Menyesal badan.
Terbayang stress bertungku siang malam dan berbengkung lilit yang sampai nak bernapas pun tak boleh. Minum air ibu kunyit lah, air akar kayulah. Tapi sungguhlah, jaga badan semasa muda untuk kesejahteraan ketika tua.
Banyak kenangan saya dengan uwan. Jika dunia adakalanya sering mempersoalkan tindakan dan sikap saya. Uwanlah insan yang paling memahami gejolak hati cucu sulungnya ini.
“Uwan jer tau apa yang ada dalam hati kau tu Jee.”
Uwan oh uwan.
Terus sihat ya wan supaya kita boleh berjumpa nanti. Doakan uwan saya ya kawan-kawan supaya semua urusannya di dunia dan akhirat kelak Allah permudahkan belaka. Rabbuna yusahhil.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.