2 Anak Masuk Wad Serentak, Kesan Bila Suami Perokok Tegar! Ibu Ni Ceritakan Sebagai Pengajaran.

Share

Perkongsian wanita ini yang mengalami sendiri situasi dimana dua orang anaknya sakit dan  terpaksa mendapat rawatan kecemasan di hospital  gara-gara tabiat suaminya yang suka merokok, wajar dijadikan pengajaran.

Ikuti perkongsian ini, semoga ianya dapat memberi kesedaran buat en suami yang masih merokok agar dapat berhenti merokok demi menjaga kesihatan anak-anak, keluarga dan dirinya juga.


Sebelum ni aku selalu share budak yang kena jangkitan kuman paru-paru. Sekali kena dekat anak sendiri yaAllah tak tahu  nak cakap macam mana bukan sorang tau dua sekali kena.

Paling sedih ada yang cakap aku ni tak alert jaga anak-anak sebab pergi kerja cuci homestay bawak anak-anak sebab tu anak kena jangkitan kuman. Aku ni sebagai ibu tak akan la nak tengok anak sendiri sakit. Time jadi macam ni semua nampak buruk aku as ibu dah tu kalau aku kerja tak  kan nak tinggal anak kat orang. Anak susu badan lagi memang tak boleh tinggal. Cuma kadang-kadang ada la tinggal si kakak dengan mama dia.

For those yang tanya aku sebab apa. Anak demam batuk. Makin teruk melebihi 4 hari tak bawak anak pergi hospital. Dua kali okey aku bawak anak pergi hospital mintak doktor cek anak. Doktor cakap anak ok tak dak apa. Masa hari kelima, makin terok aku bawak pergi emergency terus baru depa kalut nak x-ray then baru nampak kuman dekat paru-paru tu.

Masa anak dalam wad tu aku tanya doktor, apa punca anak saya jadi macam ni doktor .Doktor cakap punca kahak terlalu banyak sebab tu kena jangkitan kuman.

Then doktor ada tanya dalam family u ada orang merokok tak. Aku terus cakap haa ayah dia (perokok tegar) tapi ayah dia selalu smoke kat luar rumah. Doktor tanya ada tak lepas husband u smoke dia terus peluk anak ke apa. Aku cakap ada la jugak doc. kadang pergi mana-mana husband smoke dia terus dukung anak ni. Doktor terus cakap sebenarnya tak  boleh mama,
even husband u merokok jauh ka, dekat dia still bahaya dekat anak-anak u. Asap rokok still bahaya dalam jarak 10 meter kalau husband u smoke di luar rumah pun masih besar kemungkinan asap rokok masuk dalam rumah.

Racun yang melekat kat baju kita tu dipanggil thirt hand smoker. Terhidu racun rokok bahayanya sama macam second hand smoker seperti perokok pasif. Mama tahu tak kalau husband u smoke asap rokok tu kena dekat baju husband u. Muka dia, kat rambut dia. so walaupun husband u tak smoke depan u and anak-anak, asap tu still lekat dekat badan dia. Bila balik sentuh anak, cium anak.

So secara tidak langsung asap rokok akan terkena dekat u and anak-anak. Effect merokok kepada secondary dan tertiary smoker sangat merbahaya.

So lepas ni mama make sure your husband kalau balik ja rumah mintak husband u mandi tukar baju semua baru boleh sentuh anak-abak ya and kalau boleh dalam masa sebulan ni jangan bawak anak u keluar. Biar anak u betul-betul sihat dulu.

See sebelum ni aku ada cakap dengan husband jangan smoke dalam rumah. Kadang-kadang dia curi-curi smoke dalam toilet. Kadang kat balcony rumah. Dah anak jadi macam ni dia slow-slow nak berhenti tapi dia cakap makan masa. Okey takpa tapi aku dah warning awal-awal nak hisap jugak rokok lepas balik tak reti mandi sila tidor luar. Lantak la orang nak kata aku isteri derhaka ka apa. Aku yang merasa penatnya macam mana jaga anak. Sampai tak tidoq tak  makan.

Now adik ngan kakak makin sihat belum pulih sepenuhnya lagi. Anak-anak ibu kena quarantine. Ibu harap sangat adik dengan kakak sihat macam sediakala.

Lastly untuk bapak yang ada anak kecik tu beringat la.  Mau gamak sangap sangat nak merokok keluar hisap jauh-jauh.  Lepastu jangan la terus serbu p kat anak. Sebab aku dah kena. so sama-sama kita beringat. Jangan sebab kita orang lain yang dapat bahana. Buat suamiku,mohon doa pada Allah agar dilembutkan hati awak supaya berhenti merokok. Hati kita Ni Allah yang pegang.sekeras mana pon.sekukuh mana pon akan luntur insyaAllah dengan izinya.

Sumber : Syuhada Redzuan