Perkongsian wanita ini yang mengalami sendiri situasi dimana dua orang anaknya sakit dan terpaksa mendapat rawatan kecemasan di hospital gara-gara tabiat suaminya yang suka merokok, wajar dijadikan pengajaran.
Ikuti perkongsian ini, semoga ianya dapat memberi kesedaran buat en suami yang masih merokok agar dapat berhenti merokok demi menjaga kesihatan anak-anak, keluarga dan dirinya juga.
Sebelum ni aku selalu share budak yang kena jangkitan kuman paru-paru. Sekali kena dekat anak sendiri yaAllah tak tahu nak cakap macam mana bukan sorang tau dua sekali kena.
Paling sedih ada yang cakap aku ni tak alert jaga anak-anak sebab pergi kerja cuci homestay bawak anak-anak sebab tu anak kena jangkitan kuman. Aku ni sebagai ibu tak akan la nak tengok anak sendiri sakit. Time jadi macam ni semua nampak buruk aku as ibu dah tu kalau aku kerja tak kan nak tinggal anak kat orang. Anak susu badan lagi memang tak boleh tinggal. Cuma kadang-kadang ada la tinggal si kakak dengan mama dia.
Ads
For those yang tanya aku sebab apa. Anak demam batuk. Makin teruk melebihi 4 hari tak bawak anak pergi hospital. Dua kali okey aku bawak anak pergi hospital mintak doktor cek anak. Doktor cakap anak ok tak dak apa. Masa hari kelima, makin terok aku bawak pergi emergency terus baru depa kalut nak x-ray then baru nampak kuman dekat paru-paru tu.
Masa anak dalam wad tu aku tanya doktor, apa punca anak saya jadi macam ni doktor .Doktor cakap punca kahak terlalu banyak sebab tu kena jangkitan kuman.
Then doktor ada tanya dalam family u ada orang merokok tak. Aku terus cakap haa ayah dia (perokok tegar) tapi ayah dia selalu smoke kat luar rumah. Doktor tanya ada tak lepas husband u smoke dia terus peluk anak ke apa. Aku cakap ada la jugak doc. kadang pergi mana-mana husband smoke dia terus dukung anak ni. Doktor terus cakap sebenarnya tak boleh mama,
even husband u merokok jauh ka, dekat dia still bahaya dekat anak-anak u. Asap rokok still bahaya dalam jarak 10 meter kalau husband u smoke di luar rumah pun masih besar kemungkinan asap rokok masuk dalam rumah.
Ads
Racun yang melekat kat baju kita tu dipanggil thirt hand smoker. Terhidu racun rokok bahayanya sama macam second hand smoker seperti perokok pasif. Mama tahu tak kalau husband u smoke asap rokok tu kena dekat baju husband u. Muka dia, kat rambut dia. so walaupun husband u tak smoke depan u and anak-anak, asap tu still lekat dekat badan dia. Bila balik sentuh anak, cium anak.
So secara tidak langsung asap rokok akan terkena dekat u and anak-anak. Effect merokok kepada secondary dan tertiary smoker sangat merbahaya.
So lepas ni mama make sure your husband kalau balik ja rumah mintak husband u mandi tukar baju semua baru boleh sentuh anak-abak ya and kalau boleh dalam masa sebulan ni jangan bawak anak u keluar. Biar anak u betul-betul sihat dulu.
Ads
See sebelum ni aku ada cakap dengan husband jangan smoke dalam rumah. Kadang-kadang dia curi-curi smoke dalam toilet. Kadang kat balcony rumah. Dah anak jadi macam ni dia slow-slow nak berhenti tapi dia cakap makan masa. Okey takpa tapi aku dah warning awal-awal nak hisap jugak rokok lepas balik tak reti mandi sila tidor luar. Lantak la orang nak kata aku isteri derhaka ka apa. Aku yang merasa penatnya macam mana jaga anak. Sampai tak tidoq tak makan.
Now adik ngan kakak makin sihat belum pulih sepenuhnya lagi. Anak-anak ibu kena quarantine. Ibu harap sangat adik dengan kakak sihat macam sediakala.
Lastly untuk bapak yang ada anak kecik tu beringat la. Mau gamak sangap sangat nak merokok keluar hisap jauh-jauh. Lepastu jangan la terus serbu p kat anak. Sebab aku dah kena. so sama-sama kita beringat. Jangan sebab kita orang lain yang dapat bahana. Buat suamiku,mohon doa pada Allah agar dilembutkan hati awak supaya berhenti merokok. Hati kita Ni Allah yang pegang.sekeras mana pon.sekukuh mana pon akan luntur insyaAllah dengan izinya.
Sebenarnya mengemop lantai pun ada caranya dan bukan hanya bergantung kepada pencuci yang mahal semata-mata. Guna apa yang ada di rumah tetapi berkesan, barulah lantai lebih bersih, licin dan berkilat. Ini yang disarankan untuk pastikan lantai lebih bersih.
Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang lama.
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Langkah 1 -Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.Langkah 2 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Langkah 3 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Langkah 4 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Daripada bekas terpakai dibuang begitu sahaja, manfaatkan ia dengan menjadi tempat untuk bekas tanaman yang boleh disiram air. Kaedah ini dikongsikan oleh Umam Agro di facebook.
Banyak manfaatnya untuk kita dan paling penting tanaman kita masih dapat bekalan air secukupnya untuk tempoh yang lama. Jom cuba.
DIY Dari Bekas Serba Guna Musim cuaca panas ni kadang-kadang bila kita terlupa siram habis layu pokok sayur kita. Nah cuba buat ni. Cuba buat satu dulu kalau menjadi baru buat banyak-banyak tau.
PERINGATAN : Untuk memastikan tanaman yang hendak dimakan ini fully organic, bila nak buat DIY ini gunalah bekas terbuang yang diisi bahan makanan, bukan tong cat ke apa ke. Paip PVC tu pun gunalah yang kaler putih (untuk saliran air dirumah). Jangan guna PVC untuk elektrikal.
Bahan-Bahan :
Bekas sesuai bersaiz 38′ – korang gunalah apa-apa bekas yang sesuai dengan saiz yang dicadangkan
4″ paip saliran beralun yang berlubang
1-1/2″ paip PVC
Tanah
Caranya:
Ini bahan-bahan yang diperlukan. Ingat guna paip pvc air bukan yang guna untuk elektrikal.
2. Potong drainage ni ikut saiz bekas yang korang gunakan. Kalau tak faham tengok gambar sampai habis dulu.
3. Bila dah potong ikut bekas, potong pula hujung dia tu ikut saiz paip pvc tadi.
4. Potong ikut saiz paip pvc.
5. Ni contoh bekas yang digunakan.
6. Tebuk lubang untuk tujuan over-flow. Ukuran 4″ dari bawah.
7. Ngam tak.
8. Potong paip PVC ikut ketinggian bekas. Pandai-pandailah korang. Jangan sampai terjulur keluar nanti tak cantik tapi mesti melebihi ketinggian tanah. Dah ukur, potonglah.
10. Masa untuk susun dan pasang.
11. Susun barang tu macam dalam gambar. Masukkan tanah dan semai benih.
12. Dah siap.
13. Penuhkan air dalam tiub PVC tadi sehingga air melimpah keluar dari lubang overflow yang ditebuk pada bekas tadi.
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin bagi mereka yang tidak mengalami masalah resdung tidak merasa betapa sengsaranya setiap pagi. Bagi yang mengalami masalah ini, kegatalan muka dan kepala ditambah dengan bersin bertubi-tubi serta tidak terkawal buat kita rasa resah dan tertekan.
Akibat daripada ini mata akan menjadi bengkak dan sembab lebih-lebih lagi ketika hendak pergi kerja. Itu belum masuk lagi rasa gatal di seluruh muka terutama kening dan hidung. Inilah kesusahan yang terpaksa di lalui oleh mereka yang mengalami masalah resdung teruk.
Ada yang mengamalkan bedak resdung yang dibacakan beberapa ayat namun petua ini boleh juga anda cuba. Jika bersesuaian dengan kulit muka anda, insyaallah masalah resdung akan semakin berkurangan. Jadi kena cuba.
BAHAN-BAHAN:
8 biji limau nipis
10 helai daun pandan
Caranya ikuti langkah yang diberikan ini.
1. Hiris daun pandan halus seperti bunga bunga rampai.
2. Kemudian perahkan limau nipis ke dalamnya. Gaulkan hingga rata dan sebati.
3. Sapukan pada keseluruhan muka terutama pada kawasan muka yang gatal. Biarkan seketika.
Apa yang anda perlu tahu, jika petua ini bersesuaian dengan anda, tak sampai lima minit, ulat resdung akan keluar melalui kulit muka. Kawasan paling banyak adalah melalui kening dan juga hidung.
Jangan terus berhenti sebaliknya lakukan petua ini berkali-kali. Disyorkan buat tiga kali seminggu supaya nampak cepat hasilnya. Antara waktu yang paling mustajab untuk melakukan rawatan ini adalah antara jam 10 pagi hingga 3 petang. Anggaran waktu ini dikatakan adalah waktu virus sedang aktif. Jadi usahakan buat sekitar jam ini.
Namun kalau tak ada masa, boleh juga melakukannya di malam hari. Malah yang anda nak tahu, campuran dua bahan ini juga boleh disimpan di dalam peti ais tetapi keberkesanannya sedikit kurang berbanding yang masih baru.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...