“1st Time Tengok, Wah Gambar ‘Mahal’ Ni.” Ramai Teruja PS Normala Samsudin Throwback Gambar Kahwin, Memang Secocok!

Share

Beliau miliki pakej lengkap, cantik dan berbakat. Dek kerana itu juga anak kelahiran Segamat, johor ini pernah menerima jolokan Perempuan Melayu Terakhir.

Wajahnya yang manis dengan susunan kata-kata penuh kelembutan sewaktu menjadi pengacara terhebat pada awal tahun 1990-an sehingga 2000 membuatkan nama Normala Samsudin cukup dikenali ramai.

Memulakan karier sebagai wartawan penyiaran sebelum diberi kepercayaan sebagai penyampai tv dengan membaca berita waktu perdana, bakatnya kian terserlah.

Popularitinya sebagai pengacara program tersohor, Seulas Pinang dan diikuti Nona, mendorong ramai orang mengidolakan wanita ini sebagai sumber inspirasi.

Namun,selepas mendirikan rumah tangga bersama Tan Sri Azmi Khalid, kelibat Puan Sri Normala Samsuddin dalam arena seni jarang dilihat.

Menurut empunya diri, beliau selesa memberi tumpuan kepada suami dan anak-anak. Biarpun usia sudah menginjak sepatuh abad, namun seperti yang diperkatakan, wajah nenek kepada tujuh cucu itu tidak dimamah usia. Beliau makin anggun apabila berhijab.

Baru-baru ini, Puan Sri Normala memuat naik sekeping gambar throwback dia dan suami ketika majlis perkahwinan mereka dahulu.

Di dalam kapsyen ditulis perkataan ‘alhamdulillah’ dan juga 2006 yakni tahun pasangan ini disatukan sebagai suami isteri.

Di dalam gambar tersebut, Normala kelihatan cukup anggun dan menawan dalam persalinan rona putih bersama suami tersayang yang tak kurang kacaknya.

Tidak seperti pasangan suami isteri lain yang meraikan setiap kali menjelang tarikh bahagia disatukan, namun menurut Normala, mereka berdua memilih untuk tidak menyambut ulang tahun perkahwinan.

Sebaliknya mereka hanya berharap dapat gembira bersama keluarga dan bersyukur atas segala-galanya.

Moga Allah berkati dan rahmati hingga ke Jannah. We never celebrate bcos we choose not to. Just happy let the time goes by and be cheerful with family. Syukur segalanya Ya Mujib Ya Rahman Ya Rahim… #tetibakawansentthispic

Walaupun sudah 15 tahun usia perkahwinan pasangan ini, namun tetap sweet dan loving. Berjalan berpimpin tangan dan sesekali sang suami mengusik manja sang isteri.

Bahkan, wajah Normal tetap awet mudah seolah-olah tak dimamah usia. Perkongsian itu membuatkan ramai yang menitipkan ucapan buat pasangan ini.

Sejuk mata memandang
mrs_nine_9 Sy pun x pernah sambut anniversary lg kan birthday..tarikh kawen pun x ingat dah..sbb x nikah pd hari sepatutnye..moment paling perit dlm hidup la..sampai kemurungan sy bertahun tahun..dah tua ni baru nak renew life..harap tak terlambat..
fadzi_69 Shukur Alhmdllah that u r both happy.Happy Anniversary Mala n Bang Mi.May ur marital bond n love lasts till eternity.Aamin
makeupbyjackmahmood_officialAllahuakhbar..kak mala & Tan Sri…sejuk mata memandang..Alhamdulillah Allah memberi yang terbaik untuk insan mulia seperti kak mala….
Tak perlu celebrate janji bahagia
nurulasyikinbakriSemoga Kekal Bersama Hingga Ke Jannah.. The Most Sweet Couple.. ❤️❤️❤️
haidziro_lady_rogerAlhamdulillah.. Janji bahagia kan. X perlu selebrate kalau hati dh penuh dgn cinta, kasih syg & kebahagiaan. Hari2 dh celebrate tu 😍😍
ariey_armanstill remember…msa sy form 2..arwah babah sy vid kol msa wed u datin..bfore n now msih cntik n maintain…selamat ulang tahun datin n dato..😍
Memang cantik dari dulu sampai sekarang
falaq.88Time ni satu malaya gossip org segamat kawin menteri. Reporter x dpt sekeping pic pon. Btw hari ni bru nmpak.. Happy anniversary datin sri Normala. Moga pjg n berkekalan#aminn
nh_28831st time tengok gambar kahwin Puan Seri. Memang cantik dari dulu sampai sekarang.. 2006 tahun kenangan, Alhamdulillah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club