
Anak-anak bila dah dewasa, dah ada kerjaya dan pendapatan sendiri, benda utama yang ditanamkan dalam diri semestinya nak bahagiakan ibu ayah. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bukan berasal dari keluarga yang senang, mesti pernah tanam azam untuk ubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik.
Sama juga bagi pelawak Shashic, yang baru-baru ini membuat kejutan buat ibu ayahnya dengan menghadiahkan kereta pertama dalam keluarganya.
Shashic atau nama penuhnya Muhammad Noor Shashic Iewan Norihan adalah merupakan salah seorang peserta dalam rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021.
Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman Tiktok, brenda_za8 yang merakamkan momen indah keluarga ini ketika kejutan dibuat di sebuah kawasan gerai ibu ayahnya.
Menurut pemilik akaun, Shashic membelikan sebuah kereta cash buat mak dan ayahnya. Kelihatan moment gembira Shashic yang berjaya membahagiakan mereka. Malah, ayahnya turut membacakan doa sejurus selepas melihat kereta yang dihadiahkan oleh anaknya itu.
“Tahniah Sashic beli kereta cash kat Mak Ayah walaupun Sashic tak reti bawak kereta,” kata pemilik akaun dalam video tersebut.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengucap tahniah pada Shahic kerana membahagiakan ibu ayahnya. Malah ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri turut sama membelikan kereta pertama bagi keluarga mereka.
Sumber: @brenda_za8
“Sedih Arwah Tak Sempat Tahu Saya Mengandung.” Dua Hari Lepas Pemergian Mejar Zahir, Isteri Baru Tahu Hamil

Pemergian arwah suami dalam keadaan mengejutkan sukar untuk diterima. Lebih memilukan, berita kehamilannya juga tidak sempat diketahui arwah.
Balu kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun dalam satu kenyataan berkongsi rasa sedih dan hiba kerana suaminya tidak sempat mengetahui yang dia sedang hamil.
“Dua hari (selepas) arwah tiada, ada kawan yang kenal saya bertanya, mengandung ke Saya terkejut, betul ke saya mengandung, sebab dalam sebulan lebih kebelakangan ini, saya tidak buat pemeriksaan, saya rasa biasa saja.
“Tetapi tengok keadaan badan memang rasa naik, berat badan naik, makan pun tak berapa banyak sebab sedang diet, sampailah doktor dan kaunselor datang jumpa saya dan dia bertanya kenapa badan berisi dan kemungkinan mengandung,” ujar Nour Shafinar.
Tambahnya lagi, dia kemudian menggunakan kit ujian kehamilan sebelum mendapati dirinya sah hamil. Walau bagaimanapun, dia tidak pasti akan usia kandungannya kerana masih belum ada kesempatan untuk membuat pemeriksaan dengan doktor.
“Saya kuatkan hati, buat pemeriksaan guna alat ujian kehamilan, saya tengok (positif), Alhamdulillah saya mengandung, cuma saya sedih, arwah tak sempat tahu saya mengandung.
Beliau sebelum itu menerima kunjungan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Tuanku Zara yang tiba pada jam 12.30 tengah hari berkenan meluangkan masa hampir 30 minit bertanya khabar keadaan Nour Shafinar dan keluarganya.
Sementara itu, Nour Shafinar, 31 dan keluarganya juga tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas insiden yang menimpa suaminya.
Beliau berkata, sebagai seorang yang pernah berkhidmat dalam pasukan tentera, dia memahami risiko keselamatan yang dihadapi sama ada ketika latihan atau bertugas.
“Saya juga seorang penembak dan memang selalu bermain dengan peluru hidup, saya juga kenal rapat dengan kawan-kawan arwah ketika demonstrasi itu.
“Jadi saya minta semua pihak tidak membuat spekulasi atau andaian mengenai kejadian itu, saya serahkan sepenuhnya kepada siasatan pihak berkuasa,” katanya.
Menurut Nour Shafinar lagi, mengikut perancangan asal, dia dan tiga anaknya, Muhammad Irfan Daniel, 10, Nur Adriana, 6, dan Izzul Zakly berusia 6 bulan, berpindah ke Ipoh pada November nanti sementara arwah akan memohon bertukar tempat kerja.
“Tetapi ketentuan tuhan tiada siapa yang tahu, buat masa ini saya perlu uruskan beberapa perkara berkaitan arwah dan daftar sekolah anak-anak, bila semua urusan selesai, kami akan berpindah dan mulakan hidup baru di sini, sama seperti yang diminta arwah,” katanya.
Nour Shafinar yang menamatkan perkhidmatan sebagai anggota tentera di 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja, Jun lalu berhasrat untuk meneruskan minat Allahyarham dalam perniagaan.
Katanya, selain tugas ketenteraan, Allahyarham juga sebenarnya mahir dalam mereka bentuk baju yang digunakan anggota dalam program dan misi-misi khas menerusi label Zeck’s Empire yang diusahakan bersama sejak dua tahun lalu.
“Saya sendiri pun akan teruskan perniagaan perancang perkahwinan saya, buat masa ini mungkin akan mulakan secara kecil-kecilan dulu seperti buai berendoi dan mini pelamin,” katanya.
Mohd Zahir yang merupakan Pegawai Komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada jam 9.28 pagi kelmarin selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.
Jenazah selamat dikebumikan dengan penuh adat istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, semalam.
Sebelum ini, berita kehamilan Nour Shafinar dikongsikan oleh kakaknya menerusi laman facebooknya.
Sumber: Astro Awani, Sinar Harian & Sha Qalif
Didik Anak Makan Basuh Pinggan Sendiri, Amyra Rosli & Amar Baharin Pentingkan Teamwork Keluarga!

Bagi pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin kerja berpasukan bersama keluarga serta dua anak mereka menjadi keutamaan mereka di rumah.
Kata Amyra, dia tidak mempunyai pembantu rumah jadi kerja-kerja di rumah dilakukan secara berpasukan termasuk dua anaknya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia dan Amar juga turut mendidik dua anak mereka, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa dalam melakukan kerja-kerja rumah.
“Sekarang pun kami dah didik anak-anak kami, makan basuh pinggan sendiri, baju masuk bakul.
“Kami dah mula ajar mereka, sebab kami tiada pembantu dan ‘teamwork’ dalam family sangat penting walaupun anak baru berumur 4 tahun,” jelas Amyra.
Bahkan kata Amyra, dia paling beruntung kerana dia dan suami mempunyai citarasa yang sama bahkan kerja menguruskan kediamannya dilakukan bersama-sama tanpa rasa ada tekanan untuk berlebih-lebih.
“Kami tiada jadual khas untuk bersihkan rumah. Tapi Myra dan Amar, masing-masing dah pandai sendiri (dalam mengemas rumah). Ada masa kami terlalu ‘busy’ dan rumah bersepah, Amar tak kisah.
“Jadi bila suami tak kisah, tiada ‘pressure’ dalam bersihkan rumah, kita akan selalu bersihkan rumah mengikut waktu lapang. Namun Myra dan Amar sukakan rumah yang bersih dan lapang, jadi kita selalu buat,” ujarnya.
Berkongsi mengenai dekorasi rumah pula, kata Amyra dia dan suami cukup serasi dalam menghias rumah.
“Mengenai citarasa dekorasi rumah, Myra tidak mempunyai masalah dengan Amar. Sebab kami mempunyai ‘taste’ yang sama.
“Rumah yang kami duduk sekarang berkonsep moden, rumah yang akan berpindah nanti Insya Allah berkonsep macam ‘English Cottage’,” kata Amyra yang kini masih dalam proses renovasi serta dekorasi rumah baru.
Pasangan bahagia ini mendirikan rumahtangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Aqeef Anaqi,7 dan Ayra Arissa,4.
Peritnya Hidup Kak Kamariah, Letak Racun Dalam Nasi, Nak Bunuh Anak Dan Diri, Undang Sebak Warganet.

Peritnya Hidup Kak Kamariah, Letak Racun Dalam Nasi, Nak Bunuh Anak Dan Diri, Undang Sebak Warganet.
Siapa yang pernah alami kesusahan sudah tentu akan faham betapa deritanya hidup dan akan beringat apabila sudah senang.
Nyata kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada ujian dan cabaran. Justeru, hanya hati yang cekal mampu menangani segala.
Kisah tragis hidup wanita berhati wajar ini sungguh inspirasi. Dulu,ibu kepada lapan orang anak ini pernah mengalami ketekanan hidup hingga tahap cuba membunuh diri dan anak-anaknya.
Kini dia mampu tersenyum setelah kehidupannya kembali bersinar setelah memiliki 12 ekar ladang daun pandan. Semua ini hasil kekuatan dan semangat yang tinggi untuk bangkit demi anak-anaknya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi perkongsian yang dipaparkan di akaun tiktok milik thesafiyya.co telah meraih perhatian ramai warga maya. Ramai yang menitiskan air mata melihat kehidupan getir yang dilalui wanita ini yang mesra di panggil Kak Kamariah setelah di ceraikan suami.
Kata Kak Kamariah dengan nada sebak setelah suaminya lafaz talak tahun 2000 , dia terpaksa menguruskan anak-anaknya seramai lapan orang.
“Ketika itu anak masih sekolah, Yang sulung baru habis SPM dan paling kecil baru setahun.”
“Saya uruskan anak pergi ulang alik ke sekolah dengan menggunakan motosikal,” katanya dengan nada sebak.”
AYAH BAGI TAPAK RUMAH
Dengan bantuan abang ipar, tapak rumah pemberian ayahnya didirikan pondok kecil yang dijadikan tempat untuk dia dan anak-anak berteduh.
Bagainya biarpun kecil, dia bersyukur dan berasa bahagia dapat tinggal bersama anak-anaknya.
“Akak bahagia. Kami makan sikit, berkongsi pinggan. Tak ada orang nak marah,” ujarnya.
Namun, katanya perpisahan itu membuatkan hatinya remuk. Tambahan pula dengan anak yang ramai. Tambahnya lagi jika tiada makanan itu perkara biasa buat keluarganya.
LETAK RACUN DALAM NASI, MAK PENGSAN TERKEJUT
Bagaimanapun, sekuat mana hatinya, kadang kala, jiwanya lemah melihat kepayahan hidupnya.
Sehinggalah pada suatu hari, dia tekad untuk mengambil keputusan untuk membunuh diri dan anak-anak dengan meletakkan racun dalam nasi.
“Balik dari cari pucuk ubi, daun pandan dan kangkung, anak menangis. Dah bagi susu. Akak pandang beras. Ada satu pot lagi. Dalam fikiran masa tu, akan aku bunh anak termasuk diri aku sendiri.
“Biar mati sama-sama. Entah macam mana mak datang. Akak tengah tuang racun dalam periuk nasi. Mak sampai, dia suruh mengucap dan ingat tuhan.”
“Akak cakap tak nampak apa dah dalam hidup. Hidup ini dah hitam. Mak ambil nasi tu dan buang. Mak peluk dan kata ingat tuhan. Solat dan berdoa bukan buat macam ni.”
“Mak menangis dan pengsan lihat saya nak bagi cucunya makan racun.” luahnya dalam nada bergetar menahan tangisan.
HIDUP KEMBALI BERSINAR
Hidup manusia ini bagaikan sebuah pusingan roda, dahulu di bawah, kini berada di atas. Begitulah juga dengan Kamariah.
Katanya tuhan itu Maha Kaya. Jika dahulu hidupnya susah, sekarang sebaliknya. Mengimbau detik menjadi pengusaha ladang pandan, katanya, adalah pertolongan individu yang simpati dengan kesusahannya yang menunjukan arah untuk mengusahakan tanaman.
Menerusi bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia, Kamariah berkata dia telah memohon pinjaman RM50,000 untuk membeli kelengkapan dan urusan penanaman pandan. Katanya ketika itu dia sewa empat ekar tanah atas tanah orang lain.
Siapa sangka dengan berkat kesungguhannya itu, dia kini berjaya memiliki 12 ekar tanah tanaman daun pandan. Malah katanya purata pendapatan kasar sebulan adalah RM50,000!
“Alhandullillah syukur kepada Allah buat pandan dan bisnes lain dengan anak-anak purata kasar RM50,000 sebulan,” ujarnya berasa bertuah turut mendapat sokongan suaminya.
Sempat berpesan, bahawa untuk berjaya jangan mudah putus asas dan sentiasa berdoa.
Kisah yang sungguh inspirasikan kita. Teruskan berjuang untuk kehidupan yang lebih baik buat diri dan keluarga.
Watch on TikTok
WAGANET TITIP DOA DAN SEMANGAT
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan sebak melihat perjuangan wanita ini. Ramai yang menitipkan doa dan kata-kata semangat buatnya. Antara komen adalah seperti berikut.
“Hebat ujian akak tp akhirnya dapat hadapi dgn baik.”
“Ya Allah mulianya pengorbanan akak ni, moga ia dikurniakan anak-anak yang soleh Dan solehah yang memimpinnya ke syurga Allah.”
“Kuat semangat akak ni. Tahniah kerana dpt merubah kehidupan yang lebih baik”
“Tahniah akak. Akak dah berjaya dan seorang ibu yang hebat buat anak anak akak. Semoga akak dan anak akak berjaya dunia dan akhirat. Akk saya menitis air mata.”
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club