Menaiki pesawat memang mudahkan dan mempercepatkan perjalanan. Namun bagi yang menghadapi masalah kesihatan atau mengandung kena tahu polisi syarikat penerbangan untuk mengelak timbul masalah.
Dr Nurilyani Bujang, Pakar Bius di sebuah hospital ternama berkongsi pengalaman beliau mengenai polis penerbangan memandangkan beliau pengguna khidmat laluan udara ini.
Menerusi media sosialnya, beliau menjelaskan bahawa setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi berbeza. Lantaran itu, jika anda bercadang membawa orang yang menghadapi masalah kesihatan atau wanita hamil perlu tahu polisi sebelum mengambil keputusan membeli tiket.
Malah nasihatnya juga, wanita hamil perlu kandungan ke berapa minggu dibenarkan menaiki pesawat dengan surat perlepasan dari doktor. Begitu juga dengan penyakit berjangkit apabila bercadangan menaiki pesawat. Ikuti panduan doktor ini.
- Setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi yang berbeza. Maka, itu tanggungjawab anda membaca polisi dan bertanya sebelum membeli tiket.
- Pesawat berbentuk seperti Firefly dan Malindo tidak mempunyai jambatan udara. Proses menaiki pesawat adalah menggunakan tangga. Maka, pengguna yang mempunyai masalah mobiliti tidak dibenarkan menaiki pesawat.
- Bagi perempuan mengandung, kebanyakkan syarikat penerbangan tidak membenarkan wanita yang kandungannya melebihi 36 minggu menaiki pesawat.
- Sediakan surat pengesahan pelepasan dari doktor jika mempunyai masalah kesihatan dan termasuklah jika anda mengandung.
- Penyakit berjangkit seperti chicken pox, HFMD juga tidak dibenarkan menaiki pesawat.
- Segala ubat ubatan yang anda mahu bawa ke kabin perlu dalam bungkusan dan bentuk asal. Ini penting seandainya pemeriksaan perlu dilakukan jika terdapat keraguan pada ubat ubat tersebut.
- Bagi mereka yang memerlukan special assistance, anda perlu ke kaunter untuk memaklumkan keadaan anda dan juga mengisi borang deklarasi.
- Hadir awal ke lapangan terbang kerana proses pengesahan, deklarasi dan pemeriksaan memerlukan masa.
sumber: Nurilyani Bujang