“Ayah Minta Maaf…”-Luahan Anak & Permohonan Maaf Terbuka Ayah, Warganet Turut Sebak!

Share

“Ini ayah saya. Ayah saya selalu bangun awal. Tapi selalu balik lewat. Hari Ahad ayah saya kerja, orang lain cuti tetapi saya sayang ayah saya!”

Begitulah nukilan yang telah mencuri tumpuan wargamaya apabila luahan hati si anak ini yang ditulis di atas kertas dengan menggunakan pensil jelas menampakkan kejujurannya dalam menceritakan perihal ayahnya.

Hal ini mengundang sebak di kalangan warganet, apatalah lagi seakan kisah yang sama sebenarnya terjadi pada anak sendiri.

Percayalah bila lihat karya atau lukisan mahupun tulisan anak-anak berkenaan siapa kita di mata dan di hati mereka, pasti kita tersentuh hati.

Apa yang pasti, itulah luahan yang tak mampu mereka zahirkan kepada kita sebagai orang tuanya. Memang tidak akan ada mak ayah yang ingin melihat semua ini terjadi, tetapi keadaan memaksa.

Ramai akui terpaksa berkerja siang malam  demi mencari rezeki dek kerana desakan hidup yang terpaksa dilalui ketika ini.

“Saya Sayang Ayah Saya…”

Membaca luahan terakhir si anak yang menyatakan betapa dia sayangkan ayahnya benar-benar menyentuh perasaan.  Siapa sangka anak sekecil itu, sebenarnya sedang cuba untuk memahami kesibukan orang tuanya.

Tidak hanya netizen tersentuh hati dengan keadaan anak kecil tersebut malah turut terkesan apabila membaca luahan hati ayah di kapsyen yang dengan ikhlas memohon maaf kepada anaknya itu.

“Ayah mintak maaf. Ayah keluar mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Ayah sayang semua anak-anak ayah”

Sumber foto : Shah thegret