“Ini ayah saya. Ayah saya selalu bangun awal. Tapi selalu balik lewat. Hari Ahad ayah saya kerja, orang lain cuti tetapi saya sayang ayah saya!”
Begitulah nukilan yang telah mencuri tumpuan wargamaya apabila luahan hati si anak ini yang ditulis di atas kertas dengan menggunakan pensil jelas menampakkan kejujurannya dalam menceritakan perihal ayahnya.
Hal ini mengundang sebak di kalangan warganet, apatalah lagi seakan kisah yang sama sebenarnya terjadi pada anak sendiri.
Percayalah bila lihat karya atau lukisan mahupun tulisan anak-anak berkenaan siapa kita di mata dan di hati mereka, pasti kita tersentuh hati.
Ads
Apa yang pasti, itulah luahan yang tak mampu mereka zahirkan kepada kita sebagai orang tuanya. Memang tidak akan ada mak ayah yang ingin melihat semua ini terjadi, tetapi keadaan memaksa.
Ramai akui terpaksa berkerja siang malam demi mencari rezeki dek kerana desakan hidup yang terpaksa dilalui ketika ini.
Ads
“Saya Sayang Ayah Saya…”
Membaca luahan terakhir si anak yang menyatakan betapa dia sayangkan ayahnya benar-benar menyentuh perasaan. Siapa sangka anak sekecil itu, sebenarnya sedang cuba untuk memahami kesibukan orang tuanya.
Tidak hanya netizen tersentuh hati dengan keadaan anak kecil tersebut malah turut terkesan apabila membaca luahan hati ayah di kapsyen yang dengan ikhlas memohon maaf kepada anaknya itu.
Ads
“Ayah mintak maaf. Ayah keluar mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Ayah sayang semua anak-anak ayah”
Sumber foto : Shah thegret
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sedih melihat situasi kanak-kanak yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik, Noor Nabila enggan situasi berkenaan berlaku kepada anaknya Jebat Jayden.
Malah, dia dan ahli keluarga lain juga bertutur dalam Bahasa Malaysia apabila berada Di rumah.
“Kita memang cakap Melayu di rumah, begitu juga dengan adik beradik lain. Saya tidak mahu Jayden menjadi anak yang mahir dalam bahasa Inggeris tapi tidak tahu cakap Melayu. Tak boleh. Kena pandai cakap bahasa Malaysia dulu.
“Itu pandangan saya secara peribadi. Bila saya jumpa ramai anak-anak yang tak boleh bercakap bahasa Malaysia. Saya rasa sedih. Wajahnya Melayu, tapi cakap Melayu pelat. Tak naklah macam tu. Bahasa Malaysia bahasa kita kan.
“Untuk Jebat juga, perlu tahu cakap (loghat) Kelantan dan Pulau Pinang. Pulau Pinang ikut bapa dia.Sharnaaz pun pilih cara begini. Apa yang saya lakukan ini adalah untuk memastikan Jayden ‘boleh masuk’ apabila bergaul dengan orang di sekelilingnya.
“Faliq (adik bongsu) masa kecil cakap Melayu tetapi sekarang apabila dah masuk sekolah, dia secara automatik cakap bahasa Inggeris sampai tak tahu cakap Melayu langsung.
“Jadi, saya tak nak (Jebat) jadi begitu. Saya tak nak dia mahir berbahasa Inggeris tetapi tak tahu berbahasa Melayu. Tak boleh,” kongsi Noor Nabila lagi.
Begitupun, Akui Nabila kepentingan bahasa inggeris tetap diberi perhatian,namun biarlah bahasa itu dipelajari Jayden ketika di sekolah nanti.
“Saya percaya apabila dia masuk sekolah nanti, dia akan mempelajari dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Jadi tak perlu risau mengenai hal itu,” katanya lagi.
Mengulas persoalan mengenai zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran tahun lalu, Kakak kepada Neelofa ini tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk menimang cahaya mata selepas ini.
“Insya-Allah saya memang merancang untuk menambah anak. Kalau ada rezeki memang tidak menolak tapi belum ada rezeki lagi,” katanya.
Sebelum ini, Nabila berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai 2020. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
Nabila kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 47 pada 19 Mac tahun lalu.
Detik yang takkan dapat dilupakan oleh ibu ini apabila terkunci di dalam bilik air bersama anak-anak lebih 7 jam lamanya.
Itulah yang di alami oleh ibu bernama Safra Hussain yang berkongsi pengalaman mencemaskan itu.
Alhamdulillah. Kami anak-beranak selamat🤲🏻 . Semalam terkurung dalam bilik air dgn anak3 selama 7jam lebih. . Paling risau kan anak2,sampai biru kecut tangan kaki. Cara kita org nak survive “Buka air heater paling panas” tapi risiko sesak nafas. . Masa tersedar terkunci dari dlm, cuba untuk tenangkan diri sebab kita sejenis cepat panik, cuba alihkan tumpuan anak2 main bubble. Macam2 usaha nak buka pintu sampai hanger towel pun kita cabut untuk ketuk tombol. Segala usaha sia-sia🥺
. Bila Mikayla cakap lapar,kita suruh dia minum air heater, Maleeqa plak menyusu je…..sampai tahap kita dah hypo… dh lemah rasa nak tidur, rasa mcm nak tutup je mata. . Hanya Allah je tahu, masa awal2 cuba nak alihkan perasaan panik, kita basuh lah toilet, bila dah hujung2 tak tau masa tu pkul berapa dah rasa x kuat tp tngok anak2 cuba kuatkan diri dan ketuk2 tombol…. masih sia2.
. Bila Mikayla cakap “Im cold” sbb mikayla sejenis kalau tidur dlm aircond taknak selimut sbb dia suka sejuk… tp kalau dia cakap “dah sejuk” luluhnya hati…. dia siap tanya kenapa tangan dia warna putih….. tangan kaki dia dah kecut…… . Pukul 2 suami tak sedap hati dah sebab kita tak update story, tak seen wassap & tak jawab phone…. pukul 4.30 dia tergerak hati nak pergi skolah Mikayla, bila cikgu ckp mikayla tak pergi sekolah, terus cepat2 balik rumah.
. Alhamdulillah 🤲🏻 Pengajaran untuk kita dan juga semua. Selain Allah tempat bergantung, bawalah phone kemana sahaja🙏🏻
P/s : Rupanya tombol jenis ni memang kena berhati2, ramai rupanya dah terkena cuma cerita kita sadis sbb dalam bilik air…. kalau dlm bilik mungkin lah kita boleh terajang.
Semalam Buletin Utama satu laporan mengenai kesukaran penduduk di Sabahuntuk mendapatkan keperluan makanan memandangkan kawasan tersebut dalam Perintah Kawalamn Pergerakan Diperketat (PKPD).
Dalam laporan tersebut ada menyiarkan detik sedih apabila bot ronda Polis Marin RH47 dikejar oleh seorang penduduk masyarakat Bajau Laut Pala’u di Semporna, Sabah di mana mereka merupakan penduduk Kluster Bangau Bangau.
Video dari group family. Seorang pakcik kejar bot polis marine untuk dapatkan bantuan bekalan makanan sebab bekalan makanan katanya dah habis.
Keadaan di Semporna, Sabah.
Sementara pemimpin politik merangkap pembuat polisi negara sedang bercakaran berebut kuasa. pic.twitter.com/Mt8mIOo0oH
Penduduk berkenaan dikenali sebagai Pakcik Ladja mendayung sampannya menghampiri bot Polis Marin untuk memberitahu bahawa ada beberapa rumah di kawasannya tidak mendapat bantuan makanan.
“Itu Kampung Halo hujung laut. Bahagian depan sudah dapat bantuan, tapi kami tidak ada. Kami tiada makanan Tuan, sebab tu kami terpaksa turun ke laut.”
Difahamkan sebanyak 27 buah rumah di kawasan berkenaan tidak mendapat bantuan makanan dan disebabkan itu mereka terpaksa korbankan diri untuk turun ke laut bagi mendapatkan sumber makanan demi kelangsungan hidup.
Pakcik Ladja merayu semoga ada bantuan dapat diberikan kepada penduduk di Kampung Halo kerana mereka tiada kemudahan jambatan untuk ke jambatan yang dihubungkan dengan tanah besar Semporna.
Sayu hati apabila melihat usaha pakcik Ladja yang mendayung sampan uzurnya demi memohon bantuan walaupun dalam masa yang sama sampan yang dinaikinya itu sudah dimasuki air laut.
Tidak lama kemudian berita baik muncul apabila bantuan yang diminta olehnya sudah sampai ke penduduk setempat.
“Wahai orang-orang kampung… Datang kami sini, bantuan makanan sudah sampai.”
Rata-rata komen di Twitter berterima kasih atas bantuan pantas yang diberikan oleh pihak polis dan NGO yang bertanggungjawab menyampaikan bantuan.
Omg he’s so pure🥺 tak boleh betulla nampak bapa² usia begini, bernafas saja pun tersentuh sudah hati apalagi dengar durang bercakap. Semoga cukup makanan durang sana and God, please protect them from this Covid19 🙏
Alahai kesiannye yg mungkin jiwa seorang ayah dan suami. Semoga pengakhiran yg baik bg manusia yg ikhlas. Dan binasalah manusia yg tanpa simpati dan mungkir sumpah 🙋🏻♂️
I’m personally sad when watching this video. They are human and people of Sabah too, they comply with pkpd. God bless to Polis Marine and those NGO who helping
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.