Beauty Is Pain! Pakar Dedah Bahaya Pakai Korset

Share

Benarlah kata pepatah, ‘Beauty Is Pain’. Ramai orang terutamanya golongan wanita inginkan bentuk tubuh badan yang langsing, cantik dan perfect! Namun, ia bukan semudah itu. Ada pengorbanan yang terpaksa mereka lakukan untuk mendapatkan bentuk badan yang menawan ini.

Demi penampilan yang cantik menawan, ramai wanita memang sanggup membutakan mata dan memekakkan telinga. Sanggup menggadaikan nyawa dan wang tanpa memikirkan kesan yang bakal menanti kemudian hari.

Malah, ada yang sanggup berdiam diri walaupun menanggung kesakitan terutamanya apabila memakai korset yang sememangnya membuatkan mereka tidak selesa untuk melakukan aktiviti harian.

Ramai bersangka pemakaian korset akan memperbaiki postur tubuh badan. Namun, hakikatnya pemakaian korset yang ketat untuk jangka masa yang panjang akan mengakibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang.

Pemakaian korset juga boleh mengakibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru-paru berkurangan sebanyak 30-60%. Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang di dalam paru-paru yang boleh menyebabkan masalah pernafasan kronik.

Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini

Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja. Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penganiayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.

Sumber : ERA

Mesti Baca :