18 Tajuk Untuk ‘Sekolah’ Kan Anak Di Bulan Ramadan. Info Yang Bermanfaat!

Share

Sesungguhnya bulan Ramadan ini merupakan untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat dan muhasabah diri. Malah, anak-anak juga tidak terkecuali merasaikan keistimewaan bulan ini, apabila ibu bapa mengejutkan anak-anak untuk bangun sahur dan berbuka puasa dalam suasana harmoni.

Bagaimana, tidak dinafikan ada anak-anak yang tidak dapat berpuasa sepenuh hari. Namun ini, tidak bermakna, ibu bapa tidak membiarkan bulan ramadan berlalu bergitu sahaja.

Perkongsian seorang wanita ini sungguh inspirasi apabila menyenaraikan 18 tajuk untuk didedahkan kepada anak-anak sepanjang ramadan.

‘Sekolah Puasa’ Untuk Si Kecil

Ada beberapa ‘tajuk’ kita boleh cerita pada anak-anak kecil di bulan Ramadhan. Rugi kalau tidak menggunakan masa ini dengan sebaiknya untuk mereka tambah ilmu. Santai-santai sahaja cerita. Ambil waktu sebelum tidur pun ok .

Antara topik boleh diajar ialah ;

1. Niat Puasa

2. Doa berbuka

3. Pahala orang berpuasa

4. Ganjaran berlipat ganda di bulan puasa

5. Adab-adab berpuasa

6. Larangan ketika berpuasa

7. Peristiwa Nuzul Al-Qur’an

8. Amalan-amalan di bulan puasa

9. Doa-doa atau zikir-zikir sebagai amalan harian ( yang pendek2 & mudah di hafal)

10. Solat Taraweh (Bil.rakaat, cara mengerjakan & kelebihan)

11. Malam lailatul Qodr

12. Keutamaan/kelebihan Sahur

13. Perkara yang boleh membatalkan puasa

14. Apa itu perkara makhruh, sunat, wajib, haram & harus di bulan puasa

15. Syurga dan Neraka

16. Syukur

17. Kelebihan sedekah

18. Menyambut Hari Raya

Sebenarnya mulakan sedikit awal penceritaan tentang bulan Ramadhan sebelum ianya tiba. Supaya anak-anak bersedia dari segi emosi dan fizikal dan tambahlah pengetahuan mereka hari demi hari.
.

Ada 30 hari Ramadhan, selit perkara-perkara atau amalan-amalan yang boleh anak-anak buat terus. Salah satu contoh topik sedekah, galakkan mereka bersedekah dan cerita tentang sedekah. 

Contoh praktikalnya ialah bekalkan mereka RM 1 setiap hari untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid (terpulanglah nilai berapa nak beri ikut kemampuan). Edarkan makanan pada orang yang serba kekurangan, packing kurma kecil2 untuk orang berbuka dan agihkan, dan lain2 berkenaan sedekah. 

Sekian dulu,

Ummu Salwa