Isteri kepada pelawak Achey Bocey iaitu Nor Hasanah Yahaya memaklumkan akan menjalani prosedur membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nur Hasanah atau lebih mesra disapa Anne berkata dia masukkan di wad semalam di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, untuk pemeriksaan lanjut.
“Pertama kali dimasukkan ke wad dan buat pembedahan. Selepas doktor buat pemeriksaan telur saya dan Achey tak ada masalah. Kemudian saya buat ujian hysterosalpingogram atau HSG. Doktor buat imbasan untuk melihat keadaan tiub fallopian Tube.
“Doktor cadangkan untuk buang tiub itu kerana ada masalah tersekat pada tiub. Saya relakan sebab dah lama kami menanti untuk mendapatkan cahaya mata,” tulisnya.
Dalam entri itu, Anne turtu memohon maaf jika ada salah dan silap serta memaklumkan Achey tidak dapat menemaninya di hospital kerana terlibat dengan program Muzikal Lawak Superstar 3.
“Saya minta maaf pada semua andai kata saya ada salah dan silap ya. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sedih berpisah dengan suami sebab dia ada Muzikal Lawak Superstar 3 tak dapat temankan saya,” tulisnya.
Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Sumber : anne_achey._