Bukan mudah sebenarnya untuk seseorang perokok yang sudah bertahun lamanya merokok mengambil keputusan untuk berhenti atau mengurangkan jumlah rokok yang diambil. Tindakan ini tidak boleh dilakukan secara drastik, sebaliknya kena perlahan-lahan sehingga berjaya.
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter, Mohamad Hafiz
nekad dengan keputusannya untuk berhenti rokok sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang setahun.Sebelum ini, dia juga pernah berazam untuk berhenti rokok demi ibu bapa serta isterinya namun cubaan itu gagal direalisasikan olehnya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yang kagum dan terharu dengan tindakan dan pengorbanan lelaki ini. Rata-rata netizen mendoakan agar lelaki ini berjaya dan terus kuat dalam usahanya untuk membuang tabiat merokok demi anaknya.
Suami bernazar isteri hamil berhenti merokok
Tidak kurang juga pengguna Twitter yang turut berkongsi pengalaman tentang usaha mereka dan ahli keluarga dalam membuang tabiat ketagihan merokok.
Sumber: Mohamad Hafiz