Hati isteri mana yang tidak tersentuh apabila mendapat tahu suami menyimpan fotonya di dalam dompet. Demikian juga dengan pelakon bernama Amyza Adnan ini.
Dalam satu perkongsian di Instagram, dia memberitahu walaupun sudah 16 tahun berkahwin tidak pernah sekalipun dia membuka dompet suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir.
Malah, dia juga tidak pernah memeriksa barangan peribadi lain seperti telefon bimbit kerana baginya jika berbuat demikian, itu bermakna dirinya mempunyai sifat prasangka.
TAK SANGKA DALAM WALLET DIA ADA GAMBR PEREMPUAN NI!!!16 tahun usia perkahwinan…..kak kaaia tak pernah sekali pon bukak wallet dia, Nak duit mintak, phone dia pon x pernah check.
“Based on percaya and allah tau. For me,if i check i dah mula ada feeling yg x baik, which is rasa tak percaya.so jauhkan perangai insecure ni tau.
Tambah Amyza foto dompet suami yang tersimpan dua keping fotonya itu dihantar oleh kenalan mereka sewaktu suaminya dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
Alangkah terkejut,tertacing termacam2 la, bila dia admitted baru ni, my team yg send him to hospital send this to me!
Haaaaa pada suami or isteri yg ada skandal,jangan buat hal tau, kot ada rahsia2 tu baik hapuskan,, takut nanti time kau sakit,elok2 laki or bini kau nk jaga kau, terus dia biar kau mampos .
Sebab tu apa2 yg korang sorok kat drawer office,email office ,handphone,baik hapuskan la dan hapuskan jugak hubungan musibah tu. . Tak pon bipa ko sakit, panggil crush kononya tu jaga kau. Layak kan.
But like my case… tu gambar kak kaaia masa dara chuols. Masa dia angau kan kak kaaia ?.. auwww ,so u sakit ni i layan you bagai menatang minyak yg penuh. Kalau bukan gambar i kompom u sakit ni, i layan you macam minatang!!!!!!!
Demikian perkongsian Amyza Adnan di dalam instagramnya. Ahad lalu, Amyza ada berkongsi sebuah video di laman IG mengenai suami yang jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.
Perkongsian Amyza tersebut mendapat respond dari pengikutnya yang turut berkongsi pengalaman mereka.
Tak kurang yang memuji kecomelan Amyza ketika itu.
Sumber: IG amyzaaznankaaia