Cara Buat Kerepek Terung Rangup Tawan Selera Si Kecil Tak Suka Makan Sayur

Share

Cara buat kerepek terung yang rangup dan sedap dimakan sampai sekeluarga boleh jadi leka mengunyah. Resipi ini juga boleh membantu untuk bagi anak anda yang tak suka makan sayur.

Sesetengah kanak-kanak memang susah nak makan sayur. Jadi ibu kena guna pelbagai Teknik dan tips untuk menawan selera mereka agar makan sayur dalam menu seharian.

Kalau sekadar masak sayur menu biasa, memang tak dipandang oleh si kecil. Sanggup dia buat muka mencebik kalau dihidangkan juga. Tapi kalau dia rasa kerangupan dan kesedapan kerepek terung mesti dia tak sangka ia sejenis sayuran.

Apa itu terung?

Mengikut Hello Doctor, terung atau turut dikenali sebagai eggplant di Barat merupakan tumbuhan yang saiz agak panjang, berbentuk bujur yang mempunyai warna ungu gelap.

Walaupun ia mungkin bukan satu tumbuhan yang popular, namun terung merupakan antara sayuran yang sering menjadi pilihan dalam masakan Melayu.

Dipanggil sebagai terung, mungkin bukan sesuatu yang memelikkan, namun pernah anda terfikir kenapa ia dipanggil eggplant atau terjemahan secara terus dalam bahasa Inggeris, ‘tumbuhan telur’, sedangkan ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan telur?

Sebenarnya, panggilan ini merujuk kepada terung yang ditanam dan tumbuh di Eropah yang berwarna kekuningan atau putih yang menyerupai telur. Nama itu melekat sehinggalah ia mula dibawa masuk ke Barat.

Nama lain bagi sayuran ungu gelap ini adalah Solanum melongena. Ia dikatakan berasal dari keluarga ubi kentang dan tomato dan berkaitan dengan nightshade family Solanaceae

Ia boleh didapati dalam bentuk bujur atau telur besar dengan kulit licin dan berkilat dengan warna ungu gelap. Tetapi, adakah anda mengetahui apakah kebaikan terung daripada aspek kesihatan?

Terung juga adalah makanan baik untuk otak. Terdapat penyelidikan yang dijalankan ke atas tumbuhan ini memberikan tumpuan kepada kandungan anthocyanin phytonutrient (fitonutrien antosianin) yang terdapat pada kulit terung dipanggil nasunin.

Nasunin adalah sejenis antioksidan yang kuat dan bahan kimia radikal bebas yang terbukti melindungi membran sel daripada kerosakan.

Cara buat kerepek terung

Bahan-bahan:

  • Terung
  • Garam secukupmya
  • Serbuk kunyit
  • Tepung jagung
  • Serbuk cili

Cara membuat:

  1. Pastikan anda menggunakan terung yang masih keras kalau lembik tak jadi kerepek rangup. Potong terung nipis-nipis.
  2. Tabur garam, serbuk kunyit dan gaulkan.
  3. Kemudian tabur tepung jagung bagi ia bersalut dengan terung tadi. Tepung tak perlu bancuh air. Tabjur sahaja sebab nanti air yang ada pada terung akan lekatkan tepung tersebut.
  4. Kalau nak pedas boleh tambah serbuk cili. Kemudian boleh goreng dan angkat bila sudah kekuningan.Sedap dimakan sementara masih panas.

Sumber: Rasa

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie

tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.

Daftar nama sebagai peserta webinar di WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)