15 Tahun Lalu Buat Wadey Jadi Sumber Rezeki, Ni Dikongsi Resipinya!

Share

Vadai, vadei, wadey atau ada juga yang menyebutnya wadeh, walau apa pun bunyinya namun kuih berasaskan kacang dhal ini memang mempunyai penggemarnya.

Enak dimakan panas-panas dan rasa kerangupan di bahagian luar dan rasa lembut di bahagian dalam bila digigit memberi keenakan rasa ketika menikmatinya.

Pun begitu, mungkin telah lama juga kita tidak dapat membeli kuih ini, jadi apa kata hari ini kita sediakan untuk menu minum petang bersama keluarga sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Mulianis ini.


15 thn lepas wadey punya rezeki sy.. Hasilnya sy dpt beli kelisa terpakai.. Punyala seronok dari titik peluh sendiri.. Alhamdulillah.. Tapi skrg sy dah x jual wadey..

Sape2 yg dlm kesempitan.. Try la buat ni.. Mula2 org x kenal.. Bila org dah kenal.. x menang tangan.. In shaa allah ade rezeki..”

– Mulianis Ahmad

Wadey

Bahan-bahan

Bawang besar dadu kecil
Cili api potong kecil
Daun kari hiris kecil
Jintan kasar
Pak aji
Garam
Gula
Baking powder sikit je( bahan rahsiah)

Langkah penyediannya :

Step 1 : Kacang dal rendam 3 jam toskan

Step 2 :  Kisar betul2 halus separuh.. Kasar separuh)

Step 3 : Satukan kacang dal yang telah dikisar.

Step 4: Masukkan semua bahan-bahan lain.

Step 5 :Bentukkan adunan seperti ini.

Step 6 : Goreng hingga masak.

Maaf saya masak bahan campak-campak aje.. Ikut citarasa.. tak de sukatan

100% saya bagi.. tak de rahsia-rahsia ye.. Saya tak de tambah tepung selain bahan-bahan diatas.

sumber : Mulianis Ahmad vis MAHN