Begitulah yang dilalui oleh Puan Nur Hanariawati Mohd Najib dan suami, Mohd Baharim Abu Bakar, yang kematian kucing tersayang, Aladdin baru-baru ini. Lebih menyentuh hati, suaminya menangisi pemergian Aladdin. Pasangan suami isteri ini yang mempunyai 21 ekor kucing peliharaannya, berkongsi kesedihan setelah pemergian Aladdin di laman facebooknya katsumi Cat
Aladdin kami dh pergi selama-lamanya. Tak ade sakit even luka pun. Dia memang degil suka provoke kawan-kawan lain dalam bilik bawah. Dia panjat tingkap atas sekali. Di takdirkan Luis terlepas dari cage. Maka bergaduh seekor kat luar, seeko kat dalam. Ayah pun tak de..ibu smpai-sampai, ibu jerit Aladdin. Ibu nampak Luis dekat sebelah. Aladdin dah terkulai kepala tapi meowww kali terakhir tengok ibu sebelum kaku keras.
Ibu call ayah untuk balik. 15 tahun ibu kawin tak pernah tengok dia menangs. Tapi kerana seekor kucing teresak-esak menangis. Dan menggigil. Tak leh buat keje lain. Aladdin terima kasih kerana menyayangi dan disayangi. Terima kasih kerana bagi kekuatan untuk kami teruskan katsumi bila mana hampir mengalah kadang-kadang.
Buka pintu ada Aladdin. Tengok tv ada Aladdin. Pergi dapur ada Aladdin. Naik tangga ada Aladdin. Dan sekarang macam mana nak tengok setiap sudut tanpa Aladdin? Ayah kata ‘din ayah dh letak din main kat luar. Din tak payah tengok burung lagi. Nanti burung datang dekat Din ye sayang. Din tunggu kami kat sana. Dan mangkuk kibbles tu hanya Aladdin punya.. Mika pun akan dimandulkan lps ni.. Kerana Aladdin dah tak de. Seandainya tak de iman mungkin gila jadi nya.. Mujur hati ni kuat ‘setiap yang hidup pasti mati’.. Sakitnya sebuah kehilangan.
Sungguh jauh dikau pergi. Berpisah untuk selamanya… Kalau la boleh kosongkan memory nih.. Kucing… Kucing.. Kenapa kau beri kesan paling hebat dlm hidup ni . Kenapa? Ada ramai lagi yang sedang menggesel kaki skrg ni.. Tapi kenapa geselan dr kau jgk yg dirindu?? Kenapa Aladdin? Hari ni ayah dah melangkah keluar menjemput rezeki.. Dan ibu duduk kat tangga tempat Aladdin baring… Rindunya Din..
KENANGAN BERSAMA ALADDIN
Ibu nak puaskan jiwa dgn trus upload kenangan bersama Aladdin. Sekejap je.. Nanti berakhir dah rasa ni sampai dia tersimpan sndiri.. Hehe.. Jangan kata tak redha tau.. Hanya secebis memori.. Nampak macam mana tak sayang dia? Haha memang ayah dia je suka cium-cium budak-budak dalam rumah ni. Aladdin memang selalu laa kene gomol sebab dia tak lari. Cici Mika suka sangat.. Hehe.. Sam terlebih suka haha. Aladdin pulak dia datang sndiri.. Sekarang kita cium yang lain ye sayang.. Kita cium gamba din je. Budak bolat ni kita simpan dalam hati je okay. We love u din.
RINDU BUDAK DEBAB
Dalam reramai anak2 kita.. Mesti akan ada yg bijak sgt kalahkan jiwa kita kan? Kan?.. Hihi.. Inilah aladdin.. Kt mana kita rehat2 dia akan dtg selembut2nya jatuhkan badan dia.. Baring sblh kita lah.. Ekor kt muka kita laa hehehe.. Rindu laaa awak budak debab weh.. Ibu mcm nmpk je din duduk kat tangga.. Tapi skrg ibu dh kuat sayang.. Sama-samalah kita jaga kebajikan anak-anak bulus kita tau. Bukan stakat anak bulus kita tapi semua meow-meow kat luar sana ye acik2.. We ❤️ u syg