Dalam menjalani kehidupan seharian, ada kalanya kita akan merasai up and down. Ada suatu masa kita seakan berkeyakinan tinggi dan ada masanya kita akan merasakan kehidupan ini kejam untuk dijalani.
Namun harus kita sedari, jalan kehidupan ini sebenarnya kita yang tentukan. Dan tidak semua penderitaan akan selamanya derita. Tidak semua kejayaan, akan dalam genggaman jika tidak dipelihara.
Pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah berkongsi cara untuk ubah derita kepada bahagia di laman twitternya.
[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung
[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL
Ini thread cara nak ubah derita kepada bahagia :
1. Tukar rutin harian diri. Hidupkan pagi kamu seawal 4.30 pagi. waktu kamu sedang sendiri, masa itu kamu dekatkan diri dengan beribadat dan lakukan aktiviti produktif seperti membaca.
2. Perhatikan sekeliling di dalam rumah, asingkan mana yang perlu dan tidak diperlukan lagi. Bungkus yang tidak perlu dan dermakan pada yang memerlukan. Amalkan gaya hidup minimalist.
3. Sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan setiap 3-6 bulan. amalkan gaya hidup sihat dan perhatikan apa yang kamu makan . Pastikan nutrisi yang diambil adalah seimbang.
4. Cari true calling dalam hidup. Maksudnya kamu cari sesuatu yang bila kamu lakukan akan buat kamu semangat dan hidup sentiasa terinspirasi. Walaupun apa pun keadaan kamu, penat ke sakit ke, kamu tetap ada semangat nak buat.
5. Pelihara diri kamu terutamanya kesihatan mental kamu. Sentiasa jaga apa yang kamu fikirkan, elakkan overthinking dan gunakan minda kamu untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT dan alam.
6. Jaga hubungan kamu dengan Allah SWT terlebih dahulu. Cek solat 5 waktu dan sentiasa solat awal waktu.
[TIP KEWANGAN]
7. Jaga silaturahim kamu dengan keluarga. Sentiasa mohon maaf dengan mak ayah dan adik beradik. Sentiasa juga tanya khabar saudara mara baik jauh ataupun dekat.
8. Perbaharui kehidupan sosial kamu. Lihat circle kamu. Jika toksik, keluarlah segera. Carilah mereka yang sentiasa memberikan inspirasi dan dorong kamu ke arah kebaikan.
9. Buat rumah kamu jadi lebih nyaman dan tenteram. Pastikan rumah ada pengudaraan yang baik. Pasang pewangi, sentiasa kemas rumah dan bersihkan tandas selalu.
10. Pastikan tempat kerja kamu adalah tempat kerja yang dapat membina kerjaya kamu. Bukannya sesuatu pekerjaan yang mengekalkan kamu di satu tahap sahaja.
Hidup harus ada kemajuan, begitu juga dengan kerjaya dan tingkat pendapatan kamu.
11. Tukarkan cara kamu melihat masalah. Lihat ia sebagai peluang untuk belajar. Cari solusi. Tak jumpa? Cari lagi dan terus cari.
12. Buat kerja sampingan mengikut minat dan kesukaan kamu. Asah bakat dan skill kamu supaya kamu dapat duit dengan hal yang kamu suka. Ia akan buat kamu lebih bahagia dari merana rasa terpaksa.
13. Berikanlah sumbangan kepada masyarakat. Ikuti NGO, kerja amal dan sentiasa dekatkan diri dengan orang ramai. Gunakan masa dan tenaga kamu sebagai jalan ‘sedekah’ supaya kamu suburkan ladang pahala di akhirat kelak.
14. Perkuatkan hubungan kamu dengan alam. Hujung minggu, ambil masa untuk pergi beriadah, masuk hutan, berkhemah, mandi air terjun. ke sungai dan panjat bukit atau gunung.
Hutan dan alam ada ion yang dapat meneutralkan ion negatif dalam badan kamu.
15. Sentiasa hidup dengan memaafkan diri dan orang sekeliling. Memaafkan adalah tanda kamu kuat dan memilih untuk move on dari rasa derita yang tiada gunanya.
Kita hidup bukan sekali di atas dunia, tetapi kita hidup setiap hari.
Maka tiap hari adalah peluang baru untuk bahagia.
Jika kita tak boleh berbahagia di dunia macammana kita nak ‘taman bahagia’ yang Allah telah siapkan untuk kita di akhirat sana.
Tok Abah doakan kamu ya.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club