Firdaus Wong Wai Hung adalah seorang penceramah bebas yang cukup terkenal dalam menyebarkan dakwah Islam. Lebih mesra dengan panggilan Firdaus, dia sebelum ini merupakan penganut agama Buddha.
Seperti mana Ebit Lew, Saudara Firdaus cukup giat dalam aktiviti dakwah, malah dia juga turut menubuhkan sebuah pertubuhan dakwah Islam, Muslim Revert Malaysia (MRM) yang giat menyebarkan dakwah dengan cara yang tersendiri bersama penceramah bebas yang lain.
Terbaru dalam perkongsiannya menerusi Facebook, beliau meluahkan rasa syukur dan gembira kerana berjaya membawa ibunya ke jalan Allah. Beliau yang sudah 14 tahun memeluk islam mengakui cukup sebak setelah ibunya sendiri melafazkan dua kalimah syahadah dihadapannya. Jelasnya lagi, dia berasa sangat gementar dan sebak walaupun ini bukanlah dia mengislamkan saudara baru.
Alhamdulilah Allahuakbar.
.
Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.
Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri. Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya.
.
Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #ibufirdauswongsyahadah @ Multiracial Reverted Muslims – MRM
Rata-rata warganet meluahkan rasa gembira dan syukur dengan perkongsian tersebut.
Rusnani Jaafar Allahuakhbar Alhamdulillah….makcik benar2 rasa suka sekaligus rasa sebak dengan berita baik ini, semoga anakanda Firdaus sentiasa lebih bersemangat menaikkan dan menegakkan syiar islam dibumi Malaysia dan seluruh dunia💕
Halim Yusof Gambar pertama ustaz tu dah cukup buat saya mengalir air mata jantan.. alhamdulillah allah maha pemberi hidayah.
moga kita yag sudah islam ini allah jagakan hidayah ini sampai bila2
Zulhelmi Anuar Allahuakbar, syukur alhamdulillah. Sy pulak sebak dengar khabar gembira ni. Tahniah saudara.
Abi Nurwardah Alhamdulillah. Sebesar2 pengharapan dan ganjaran di dunia apabila Allah SWT membuka hati ibu sendiri memeluk ugama Allah (ISLAM). Maha Penyayang Allah SWT yg telah mengkabulkan doa Ustaz.
Mohamad Syafiq Alhamdulillah..benarlah hidayah tu milik Allah..sy percaya tuan Firdaus Wong sentiasa berdoa agar Allah bukakan pintu hati ibu untuk memeluk Islam..& Allah telah makbulkan doa tuan pada hari Jumaat yg mulia ini..
N Ones Maju Alhamdulillah…Allahu Akbar…beruntungnya ibu anda kerana mempunyai seorang zuriat seperti anda, Bro Firdaus….pahala jariah terhidang untuk ibu anda
Syamil Mell Bukan senang nk bg ibubapa kita turut apa agama yg kita anuti , tahniah saudara firdaus wong , anda mmg hebat moga ini jadi asbab untuk ke syurga bersama2
Zahra Glam Allahuakbar..bertuahnye IBU dikurnia anak YG hebat spti tuan. Lebih bertuah tuan diberi nikmat plg besar mmbawa IBU brsma2 DLM perjalanan ke syurgaNya. SY doakan dipermudahkan & seribu kerahmatan atas saudara sekeluarga.
Sumber: FB Firdaus Wong Wai Hung