14 Tahun Genap Kehilangan Adik Sharlinie, Undang Sebak Netizen

Share

14 Tahun Genap Kehilangan Adik Sharlinie, Undang Sebak Netizen

Hati ibu ayah mana yang tidak sebak apabila anak tersayang hilang tanpa khabar berita. Kisah adik Sharlinie yang pernah menjadi tumpuan negara suatu ketika dulu membuatkan ramai yang sebak.

Menerusi perkongsian saudara Syahril A. Kadir meruntun jiwa apabila tanpa sedar masa sudah berlalu tentang kisag adik ini. Menerusi perkongsian beliau, kehilangan adik sharlinie hari ini genap 14 tahun.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Kini genap 14 tahun Sharlinie terus hilang tanpa khabar berita. 

 Sejak kebelakangan ini macam-macam dengar kes budak kena culik, nasib baik setelah disiasat, ternyata ia adalah palsu, Alhamdulillah.

Namun adakah korang masih ingat adik Sharlinie Mohd. Nashar, yang dilaporkan diculik ketika sedang bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Petaling Jaya pada 9 Januari 2008?

Dalam perkiraan, kalau dia masih ada, Sharlinie sekarang dah pun berusia 19 tahun, muda remaja sudah. Ini kerana sewaktu kejadian dia baru berusia lima tahun.

Untuk rekod, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

Ingat lagi sewaktu kejadian saya mengetuai Meja Jenayah dan Laporan Khas di Sinar Harian.

Hampir setiap hari, pelbagai agensi media berusaha keras bersama-sama pasukan polis dan orang ramai untuk melaporkan perkembangan tersebut yang telah menggemparkan negara ketika itu.

Di mana saja ada operasi pencarian, anak buah saya termasuk dengan saya-saya sekali akan turun padang. Operasi pencarian mangsa dibuat sampai ke peringkat dari rumah ke rumah, kawasan pembinaan dan apa saja lokasi yang difikirkan mampu menemukan adik Sharlinie.

Yang paling kesian keluarganya. Dahlah kehilangan anak tersayang, ramai pulak yang ambil kesempatan kononnya mampu mendapatkan Sharlinie (dengan meminta sejumlah bayaran), itu belum campur ugutan dan SMS palsu hingga membuatkan mereka trauma yang teramat. Masa tu Whatsapp takde lagi, kalau dah ada, lagi jenuh!

Sudahnya keluarganya nekad berpindah dari Petaling Jaya dan pulang ke kampung mereka di Dungun, Terengganu untuk memulakan hidup baru.

Polis sampai habis ikhtiar ketika itu berusaha mengesan Sharlinie namun gagal hingga ke sudah.

Ingatlah, jangan ambil mudah. Kehilangan Sharlinie, pembunuhan Nurin dan Dirang, semua adalah ‘real’. Di luar sana masih ada manusia bertopengkan haiwan yang mampu berbuat apa saja jikalau kita terlalai.

Mangsa bukan hanya kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki juga tidak terkecuali.

Nauzubillah.

Sumber: Syahril A. Kadir

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
k

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club