Pandemik COVID-19 memberi kesan yang cukup besar bukan sahaja kepada kita bahkan satu dunia merasainya.
Ramai yang hilang pekerjaan dan punca mata pencarian untuk keluarga. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, ada pula yang tidak boleh keluar mencari rezeki dan yang kais pagi makan pagi adalah golongan yang paling merasainya.
Sebak hati Lia Natalia saat melihat kedaifan dan kesusahan warga Tawau Sabah yang terkesan dengan pandemik COVID -19.
Sebagai anak jati tempat berkenaan, pastinya, Lia atau nama penuhnya Alia Afiqah Abden tidak berfikir panjang saat pertubuhan Malaysian Relief Agency (MRA)di Sabah mahu menghulurkan bantuan memudahkan misinya terutama membabitkan data isi rumah.
Menerusi kerjasamanya bersama MRA itu juga, Lia bersyukur kerana urusan mengedar bantuan makanan kepada warga Tawau yang betul betul memerlukan dapat disalurkan.
Ads
Alhamdulillah syukur semua urusan Lia dengan kerjasama MRA dipermudahkan untuk mengedar bantuan makanan kepada warga Tawau yang betul2 memerlukan. Lia bukanlah wakil politik yang turun untuk memberi sumbangan, tetapi Lia nak berkongsi rezeki kepada warga Tawau agar sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang dalam kesusahan. . Buat pertama kali dalam seumur hidup, Lia sendiri turun memberi bantuan ke kampung2 dengan keadaan red zone di Tawau ni. Sedih melihat ada sesetengah warga Tawau yang tidak dipedulikan.
. Sebak hati Lia melihat keadaan mereka yang sampai 14 keluarga berkongsi sebuah rumah. Bayangkanlah kalau harap pendapatan sehari RM5 dan kena buang kerja lepastu nak bagi 14 keluarga makan dalam satu rumah?. Ada yang rumah macam pondok.. Allahuakbar.. Ingatkan zaman 2020 ni kita semua sudah maju. Rupanya tidak. . Banyak pengajaran yang Lia peroleh dan peluang ini membuka mata dan membuatkan Lia betul2 insaf. Kita sepatutnya besyukur apa pun yang kita ada. Apabila kita rasa susah dan serba kurang, sebenarnya ada yang lebih susah dan daif daripada kita. Dengan keadaan pandemik sekarang dan kes semakin meningkat, pendapatan mereka betul2 terjejas dan ada seluruh keluarga yang tidak kerja langsung dan terpaksa berikat perut.
Dalam pada itu, Lia Natalia turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menghulurkan sumbangan tersebut.
“Saya bukanlah wakil atau ahli politik yang turun untuk memberi sumbangan, tetapi hati saya terpanggil untuk berkongsi serba sedikit rezeki. Moga dengan bantuan ini dapat mengurangkan beban mereka dalam kesusahan.
Ads
”Kali pertama dalam seumur hidup, saya sendiri turun padang memberi bantuan ke kampung yang dilaporkan dalam zon merah. Saya sendiri tak mampu menahan sedih melihat ada warga di situ yang tidak dipedulikan.
“Bayangkan ada 14 buah keluarga terpaksa berkongsi dan bersesak satu rumah demi mendapat perlindungan. Saya sempat tanya ada antara mereka itu secara purata dibayar gaji RM5 sehari dan kena buang kerja. Apa lagi yang tinggal untuk isi perut?. Malah paling mengejutkan saya lihat ada rumah yang seperti pondok jadi tempat berteduh,” katanya menahan hiba.
Bagi pelakon filem Pinjamkan Hatiku, dia juga tidak bermaksud untuk menempelak mana mana pihak, tapi apa yang dilakukan atas inisiatif sendiri.
Ads
Tegasnya, dia tidak langsung berniat meraih publisiti saat misi itu dikongsi di media sosialnya.
“Banyak pengajaran yang saya peroleh dalam misi bantuan ini. Peluang ini membuka mata dan membuatkan saya jadi insaf. Saya nak orang tahu betapa susahnya orang di Sabah termasuk golongan yang tercicir daripada mendapat bantuan sepatutnya.
“Kita sepatutnya besyukur dengan apa pun yang kita ada. Apabila kita rasa susah dan serba kurang, sebenarnya ada yang lebih susah dan daif daripada kita.
“Dengan keadaan pandemik sekarang dan kes semakin meningkat, pendapatan mereka di sini betul betul terjejas dan ada seluruh keluarga yang tidak kerja langsung dan terpaksa mengikat perut,” katanya.
Misi bantuan itu dilakukan pada 24 Oktober lalu selama sehari. Lia berjaya membantu lebih 100 keluarga di sana. Sumbangan yang dilakukan adalah 100 peratus daripadanya.
Bukan hanya penampilan diri kena jaga, wajah yang bebas jerawat pasti membuatkan anda tampil cantik dan jelita di pagi raya. Dalam hal ini, ibu-ibu kenalah rajin melakukan rawatan wajah. Tidak semetinya ke spa untuk merawat, sebaliknya hanya guna bahan yang ada di dapur anda sahaja.
Penggunaan bahan-bahan sedia ada terutama daripada dapur rumah anda adalah cara terbaik mencantikkan kulit wajah. Bukan hanya cerah, bersih dan bebas jerawat bahkan kulit wajah tampil licin dan gebu. Nak nak lagi, menjelang raya ni kan.
Bagi ibu-ibu yang ada masalah jerawat, apa kata cuba petua mudah ini dan lihatlah hasilnya nanti.
Beras Dan Yogut
Beras dan yogut pastinya sentiasa ada dalam dapur kita bukan? Dua bahan ini antara bahan yang pantas dalam mencerahkan kulit wajah. Caranya mudah sahaja. Selepas beras di basuh bersih, kisarkan bersama yogut asli hingga sebati. Kemudian sapukan ke wajah membentuk masker selama 30 minit. Biarkan hingga kering. Apabila kering, sentallah kulit dengan lembut seperti scrub muka. Selain menanggalkan sel kulit mati, masker ini juga dapat melembutkan kulit wajah. Jadi kena cuba setiap malam sebelum menjelang raya. Mesti!
Skrub Kunyit
Yang ini pula menggunakan kunyit sebagai asas utama dalam mencantikkan wajah. Skrub kunyit boleh diaplikasikan di wajah untuk mendapatkan hasil kulit yang lebih cerah dan mulus. Ambil kunyit hidup bersama garam serta sedikit beras dan kisarkan hingga lumat. Kemudian sapukan ke seluruh wajah seperti memakai masker. Sama seperti skrub yogut, biarkan kering seketika dan gosok lembut kulit wajah. Bukan hanya cerah malah bintik-bintik hitam dan jeragat juga boleh ditanggalkan.
Soda bikarbonat Rawat Wajah Berjerawat
Jerawat menjelang hari raya pasti buat mood menjunam ke bawah. Lagi-lagi kalau nak berhari raya di rumah mertua juga bersama insan tersayang. Jerawat yang kekal di wajah buat rasa tak selesa bersalaman dengan tetamu yang berkunjung. Usah cemas, cuba petua ini. Ambil dua sudu makan soda bikarbonat dan bancuh dengan sedikit air hingga sebati. Sapukan pada jerawat dan biarkan mengering. Apabila kering barulah di bilas seperti biasa.
Air Campuran Timun
Cubalah minum air yang dicampur dengan timun. Kisar sendiri timun bersama air secukupnya dan minumlah setiap hari. Selain tubuh rasa lebih segar, amalan minum air ini juga banyak khasitnya untuk tubuh.
Air Detoks
Setiap malam pastikan anda menyediakan sebekas air detoks yang mengandungi lemon dan buah-buahan sitrus lain. Buang toksid dalam badam ketika tempoh ini dan lihatlah hasilnya. Anda cantik luar dan dalam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nasi daging antara hidangan yang terkenal di sebelah utara. Tak sah rasanya kalau menu ini tidak disediakan. Baik bulan ramadhan atau hari biasa. lebih-lebih lagi apabila tibanya raya Aidiladha.
Kadang-kadang bosan juga kan kalau daging asyik dibuat menu kari atau sup sahaja. Apa kata cuba resepi nasi daging oleh Puan Ica Ashida ini. Walaupun simple tapi cukup istimewa.
Sesuai untuk andai yang mahu sediakan hidangan ringkas tapi sedap bolehlah cuba resipi ini. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya di bawah ini.
RESEPI NASI DAGING YANG MUDAH TAPI ‘POWER’
Bahan-bahan
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Rempah kurma – untuk 3 pot beras saya gunakan separuh paket rempah kurma
Rempah 4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis
Daging direbus sehingga empuk
Minyak sapi – saya guna 3 sudu penuh
Beras – beras biasa pun boleh, saya guna beras wangi 3 pot
Cara membuat:
1. Rebus Daging
Mula-mula, rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk digunakan masa memasak nasi.
2. Basuh Beras
Beras dibasuh bersama 2 helai daun pandan. Saya masak 3 pot dengan menggunakan sukatan bekas beras tupperware.
Saya guna beras wangi, nak guna beras biasa pun boleh. Kalau nak lagi sedap guna beras Pulsa Gold Basmathi untuk masak nasi baryani.
3. Tumis Atas Kuali
Tumis rempah empat sekawan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan rempah kurma. Saya gunakan minyak sapi untuk menumis.
Kemudian masukkan garam dan perasa secukup rasa. Bila dah sebati, tambahkan secawan air rebusan daging. Tunggu mendidih dan masukkan beras sampai agak kering.
4. Pindahkan Ke Dalam Rice Cooker
Pindahkan beras bersama bahan yang ditumis atas kuali tadi ke dalam rice cooker.
Kemudian, masukkan daging yang telah direbus. Masukkan juga tomato. Saya tak gunakan susu cair ya.
5. Tambahkan Air Rebusan Daging
Masukkan air rebusan daging mengikut keperluan beras. Saya hanya gunakan beras biasa jadi jumlah air saya sama banyak dengan beras. Caranya macam nak masak nasi putih biasa saja.
Kalau guna beras Basmathi, kenalah ikut sukatan dia.
6. Siap!
Nasi daging telah siap dimasak. Memang ‘power’ kalau dimakan bersama sambal air asam. Tambah pula dengan bawang goreng atau sup daging, memang tak nampak orang sebelah dah!
Cara buat sambal air asam lebih kurang macam buat sambal belacan, cuma guna air asam jawa. Oleh sebab ramai yang tanya, saya sertakan juga cara membuatnya di bawah ini.
CARA BUAT SAMBAL AIR ASAM
Bahan-bahan
Cili padi
Belacan
Garam
Gula
Perasa
* semua bahan ini ditumbuk sehingga lumat
Lada merah
Tomato
Bawang besar
* semua bahan ini dihiris
Cara membuat:
Bancuh air asam jawa, masukkan bahan yang ditumbuk. Kemudian masukkan bahan yang dihiris pula. Siap.
Sangat mudah kan.
Sumber: Sirap limau via Ica Asnida
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita dan masalah keguguran rambut seperti sukar untuk dipisahkan. Percaya atau tidak, lebih serius terjadi selepas melalui proses melahirkan anak. Keguguran rambut semakin menjadi-jadi.
Dalam hal ini rawatan perlu juga dicari agar masalah ini dapat dikawal dan diatasi.
Mengamalkan petua dengan menggunakan lidah buaya umpamanya, antara cara yang terbaik untuk diamalkan.
Pun begitu, mendapatkan lidah buaya setiap hari mungkin sukar untuk kita. Tapi melalui perkongsian daripada Akmal Hamid ini, siapa sangka ada cara lebih mudah telah dilakukannya.
Ini perkongsiannya.
PETUA KURANGKAN RAMBUT GUGUR
Hari nie kakmanis nak share petua kurangkan rambut gugur. Bila dah pregnant, bersalin, lahirkan anak. Rambut gugur dengan kakmanis tak leh nak berpisah.
Kadang penuh atas lantai rambut gugur. Padahal baru jea vacumm. Stress gak tengok rambut macam tu kan.
Kakmanis baru tau pasal petua nie. Mula mula tau, macam tak caya. Takkan lah simple sangat leh kurangkan rambut gugur tu.
Cara dia tambahkan aloe vera waktu korang shampoo rambut.
Waktu mula buat petua nie, Kakmanis cuba campurkan sekali shampoo dengan aloe vera. Tapi dia macam tak nak bercampur. Nak berpisah jea.
Sekali Kakmanis dapat idea. Lepas dah shampoo tu, ambil aloe vera sapu jea atas rambut yang tengah berbuih tu. Biarkan dalam beberapa minit. Bilas lah semua sekali.
Kakmanis buat seminggu jea dah nampak perubahan. Rambut jadi lembut, guna jari pun boleh tau.
Alaa, beli jek brand apa apa. Kakmanis nak mudah beli yang dalam tube. Lelagi brand guardian sebab harga dia murah pastu kesan dia memang best. Kalau korang kaki jimat cam Kakmanis, beli brand guardian jek okey.
Rambut dah kurang gugur. Kalau korang nak tau, aloe vera ni ada vitamin C dan E, sebab tu bila pakai kat rambut, rambut kita lembut jek. Kalau ada masalah kelemumur pun bagus guna tips ni tau. Sebab aloe vera ni akan merawat kulit kepala kita supaya bersih dan sihat.
Baru nie anak Kakmanis demam panas, cool fever habis stok. Kakmanis sapu aloe vera jea 1 badan, memang kebah suhu dia. Tapi still kena pantau jugak.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.